Friday, June 17, 2011

cinta kau dan aku

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 33

CINTA? cakap tentang cinta .. semua orang tahu.. kan? =) aku cinta kau .. kau cinta aku . kita sama-sama cinta .. memang cinta itu sangat indah.. sangat memberi kebahagian terhadap pasangan yang sedang hangat dilamun cinta.. tipu lah kan kalau kata cinta itu bosan.. cinta itu takde makna .. cinta itu merapu.. ish3! jika anda belum jatuh cinta .. janganlah buat conclusion sendiri kerna anda juga yang akan menerima padah bila cakap besar. =) 

NAMUN ... ada dua jenis cinta .. dan awak semua pun dah tahu rasanya .. saja saya nak ulang kembali .. cinta pertama adalah cinta yang membawa kebaikan dan cinta kedua adalah cinta yang membinasakan .. 

credit to google

CINTA YANG MEMBAWA KEBAIKAN
merupakan cinta yang berlandaskan keimanan dan agama sebagai tiang kasih sayang

CINTA YANG MEMBINASAKAN
merupakan cinta yang berlandaskan nafsu dan duniawi semata-mata

memang seronok bila kita jatuh cinta namun kita perlu ingat bahawa cinta itu juga yang membinasakan kita .. janganlah kerana cinta, kita menjadi tidak bijak dalam menilai dan membina kehidupan. 

saya ada terbaca satu entry tentang GADIS MURUNG GAGAL BERCINTA .. daripada situ, ia menyebabkan saya berfikir sejenak. kata gadis tersebut, beliau hilang pedoman gara-gara gagal bercinta. ingatlah kawan-kawan.. apa yang penting adalah.. . kita perlulah mencintai ALLAH melebihi cinta kita kepada pasangan kita kerna cinta ALLAH adalah cinta hakiki. 

saya bukanlah alim ulama' tapi kita sebagai manusia, dikurniakan akal fikiran untuk berfikir.. jadi, fikirlah .. mungkin ada yang kata kau belum rasa, boleh lah cakap kan! .. ya saya tahu tu.. tapi cuba kita fikir.. cinta itu datangnya daripada siapa? dan cinta itu pergi juga kerana siapa?? pernah tak kita selidik kenapa Allah berbuat demikian terhadap kita?? kawan-kawan .. 


Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan Allah tahu hambaNya itu MAMPU! =)

cinta didalam hati kita ini pun adalah kurniaan daripada Allah.. jadi, perlulah mencintai Allah terlebih dahulu sebelum semaikan kasih cinta itu terhadap pasangan kita.

KENAPA YA?

sebab .. jika kita cinta akan Allah.. Allah pasti mencintai kita semula.. oleh itu, jika kita cinta kerana Allah .. Insya Allah .. cinta duniawi kita akan terjaga kerna takut akan Allah. yelah kan, kita ni manusia biasa yang tak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan.. tidak mustahil gara-gara cinta, kita terkandas melebihi batas. jadi, waspadalah. =)


sumber : klik je SINI

sucikanlah cinta kita dengan cinta dariNYA
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

No comments: