Sunday, June 12, 2011

daging tetel masak gerang asam

Bismillah
Assalammualaikum

sharing number 14
hye everyone! good morning! morning? ya morning right now =) so, today i just want to share my simple recipe of TETEL MASAK GERANG ASAM  Malacca style. BUT .. this recipe is the simple one.  SIMPLE? ya! very simple! easy for you if you want to learn .. MARI saya kongsi .. =)





BAHAN - BAHAN

  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • kunyit - (serbuk)
  • cili mesin - (mengikut suka)
  • secubit alba
  • seketul bunga lawang
  • sebiji buah pelaga - (buah keras)
  • sesudu / setengah sudu rempah - (jika suka)
  • semangkuk air asam jawa
  • daging tetel - telah direbus hingga empuk
  • air
  • garam
  • 1 senduk minyak masak
  • 2-4 batang serai - (diketuk)
  • daun limau - (jika suka)

CARA - CARA

  1. Tumbuk lumat bawang merah + bawang putih + halia
  2. Campurkan cili mesin + alba + buah pelaga + bunga lawang + kunyit + rempah + daun limau + alba + serai
  3. Panaskan minyak masak. 
  4. Tumis semua bahan 1+2 sehingga cili garing.
  5. Masukkan sedikit air dan daging tetel.  tunggu sehingga air daging meresap ke kuah.
  6. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.
  7. Biarkan mendidih.
  8. Siap sedia untuk dihidang bersama nasi putih dan ulam.
GOOD LUCK PEEPS!! =)

jangan segan mengaku sesuatu yang baru dipelajari
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

2 comments:

An Najwa said...

wahhh musti sedap org melaka msk ni..pasni leh masakkan utk sy ye..hehe~

cx's said...

huhu. InsyaAllah. rajin2 la dtg uma sy n mizat nty ye. huhu