Ingat Takut Lupa Mati

Bismillah
As salam semua!

perkongsian kelapan

tahukah kita.. BILAkah kita mati? DIMANAkah tempatnya kita akan mati? dan paling merunsingkan adalah.. BAGAIMANAkah cara kita mati? Subhanallah Ya Allah..



tengah hari tadi, saya menonton siaran al-hidayah episod 23 di tv3 sambil berbual dengan emak saya.  walaupun mulut sedang ligat berbicara, tetapi telinga masih saya pasang agar benar-benar menghayati apa yang YBhg Ustaz Dato’ Hassan Din Al Hafiz syarahkan.

YBhg Ustaz Dato’ Hassan Din Al Hafiz

tahukah anda bagaimana cara ketika nyawa seseorang itu dicabut oleh malaikat maut? ketika itu, fokus saya terus tertumpu kepada persoalan YBhg Ustaz Dato’ Hassan Din Al Hafiz

"percayalah setiap kematian itu satu penyeksaan"
"seringan-ringan siksa mati adalah sebesar-besar azab"
Ya Nauzubillah Ya Rabbi Ya Allahuakbar!

YBhg Ustaz menyatakan, ada dua jenis manusia dan cara nyawa dicabut adalah berdasarkan kepada amalan mereka iaitu orang yang disayangi Allah dan yang kedua adalah orang yang dibenci Allah.

antara orang-orang yang DISAYANGI ALLAH adalah:
  1. orang yang solat 5 waktu
  2. orang yang taat kepada perintah Allah
  3. orang yang taat kepada kedua ibu bapanya
  4. orang yang banyak menuntut ilmu
  5. orang yang banyak beramal diwaktu usianya
antara orang-orang yang DIBENCI ALLAH adalah:
  1. orang yang tidak pernah solat 5 waktu
  2. orang yang lalai akan perintah Allah
  3. orang yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya
  4. orang yang mengamalkan rasuah
  5. orang yang melakukan maksiat.

tatkala NYAWA ORANG YANG DISAYANGI Allah hendak dicabut... Allah perintahkan kepada malaikat maut agar mengambil nyawa manusia itu dengan cara yang diperitahkan.

'wahai malaikat maut.  orang yang aku ingin engkau cabut nyawanya ini adalah orang yang aku sayang, orang yang aku kasih akannya.. maka, cabutlah nyawanya dengan cara yang terhormat'
sungguh besar penghormatan yang Allah berikan kepada orang-orang yang beriman disisiNYA... DAN ..  ketika malaikat maut ingin menjalankan tugasnya.. malaikat maut datang dengan hormatnya dan berbicara dalam hemah kepada orang yang disayangi Allah itu dan berkata
'wahai manusia, aku datang adalah diatas perintah Allah untuk mengambil nyawamu'
DAN .. mengalirlah nyawa manusia itu keluar daripada badannya secara perlahan- lahan. walaubagaimanapun, manusia itu tetap merasakan kesakitan yang tidak terhingga.


jika orang yang disayangi Allah itu turut merasakan azabnya ketika roh keluar daripada badan.. azab bagaimanakah yang menimpa kepada manusia yang dibenci oleh Allah?  SUBHANALLAH.

p/s : anda ingin tahu bagaimana azab yang menimpa kepada manusia yang dibenci oleh Allah? ikuti entry saya yang seterusnya. tq! =)

jadikanlah diri kita diantara orang-orang yang dikasihi dan disayangi Allah.
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Post a Comment

0 Comments