Sunday, June 19, 2011

Innalillah ..



Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 37
Innalillah? upst! takde siapa-siapa yang meninggal pon .. just tajuk entry. =) so, apa khabar semua? semoga sihat walafiat hendaknya dengan izin Allah .. InsyaAllah =)

okay, apa yang cuba hendak disampaikan adalah sangat ringkas .. tapi tak tahu la plak tiba-tiba jadi panjang berjela. heheh. kalo panjang. layankan aje ye y0p! huhu

tahukah anda antara penggunaan-penggunaan yang berkaitan nama Allah? contoh? tuh cam tajok entry tuh ha. hehe. okay .. contoh lain .. Masya-Allah .. Subhanallah. tapi, tahukah anda bila boleh digunakan? let's go!


MASYA-ALLAH


bermaksud : Allah yang Maha Agung
digunakan tatkala nampak atau terlihat sesuatu yang MENAKJUBKAN atau sesuatu yang sungguh WOW! haaa.. cenggitu ler .. nak contoh ayat? saya bagi dua jenis ayat biasa dan ayat penggunaan nama Allah ok.

kebiasaan :
perrgggggghhhhhhhh! gila bapak cantik gunung kinabalu ni!! 

ayat lebih Islam :
Masya-Allah!! cantik sungguh gunung kinabalu ni.




SUBHANALLAH


bermaksud : Maha Suci Allah.
biasa digunakan apabila adanya sesuatu keadaan yang agak sesal.. lebih senang cam adanya sedikit kecewa dihati melihat sesuatu .. ataupun ditimpa sesuatu masalah atau kekurangan.

kebiasaan :
Isssshhhhhhhh! ape yang kau buat ni manusia oiii?? salah lah!!

ayat lebih Islam :
Subhanallah. salah tu wahai sahabatku .. <dengan nada yang lembut>


INNALILLAH




bermaksud : sesungguhnya untuk (kepada) Allah
mengikut kefahaman orang kita.. mereka hanya guna Innalillah apabila adanya sesuatu kematian sahaja.  tapi, tahukah anda sebenarnya ia boleh digunakan apabila ditimpa MUSIBAH? tak kira sesiapa pun yang mendapat musibah atau ujian daripada Allah.

kebiasaan :
weh! kau tengok tu dak timah jatuh kerusi! hahahaha!

ayat lebih islam :
Innalillah .. macam mana timah boleh terjatuh? <sambil membantu>

contoh lain bagi Innalillah adalah apabila kita ternampak ambulan yang sedang membawa pesakit dengan bunyi sirennya .. tatkala melihat member jatuh kerusi.. kemalangan ...


INSYA-ALLAH



bermaksud : dengan izin Allah
apabila kita tidak mampu memberi sebarang janji terhadap sesuatu.. makanya disebut Insya-Allah

kebiasaan :
tengoklah dulu eh... aku tak pastilah boleh ke tidak.

ayat lebih islam :
Insya-Allah.  dengan izin Allah, aku pasti datang.. =)


okaylah kawan-kawan, itu sahaja entry kali ini. ringkas kan? heheh. sebelum itu, jika adanya kesalahan dalam entry ini.. besar tapak tangan saya tadahkan sekiranya kalian ingin membantu untuk menegur dan membetulkan saya. segala keikhlasan kalian .. hanya Allah mampu membalasnya .. terima kasih =)


ilmu itu perlulah diperluas kerna ilmu itu anugerah Allah
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

No comments: