Monday, June 20, 2011

kenapa Seth Tan baik sangat?


Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t


sharing number 41 
kenapa Seth Tan baik sangat? kenapa dia tak pernah marah Nora Elena? cehh~ so mari selidik. Majoriti orang marah .. mereka akan diam. tapi kenapa ya? any idea? so, today saya tiba-tiba berperasaan untuk share dengan anda semua .. sorry kalau ada yang tak logik akal tapi ini just my opinion .. ok? =) 


TAKNAK PANJANGKAN CERITA


biasanya mereka akan diam sebab malas nak panjang-panjang cerita .. yelah, bila tengah marah kan .. macam-macam leh jadi.  mulalah segala benda diungkit. contoh kata-kata Seth "yalah, apa pun yang Nora cakap .. abang terima" betul tak? =)



MALAS NAK MARAH


cam kelakar je kan? heee. tapi itulah realitinya .. even marah sangat dengan perangai seseorang .. dia akan malas nak marah.. sebab apa? marah itu kan bosan. haha. eh takde lah.. bila marah-marah .. nanti mesti penat.. tak percaya? cuba tengok Seth .. kenapa dia tak marah Nora? sebab dia malas nak marah Nora yang degil dengan persepsi buruk dia pada Seth.



BUANG MASA


yup! that's true.  buang masa je marah ni. marah pun tak guna .. sebab apa pulak? sebab orang yang kena marah tu sama je .. takde perasaan dengan apa yang orang marah kat dia .. so, daripada jadi orang gila meroyan.. better stop it even sakit hati yang melampau.  dalam cerita pun, Seth Tan tak marah Nora .. tapi dia tegur secara baik dan romantik. itu yang korunk suka kan? =p



SAYANG


orang kalau dah sayang. marah keluar api daripada mulut pun .. at last, akan diamkan diri dan tak jadi marah sebab sayang sangat kat orang yang create problem tu ..  macam Seth lah, marah-marah pun, tak jadi marah sebab tengok muka Nora je dah cair. hehe


PENYESALAN


bila tengah marah .. suhu tahap maximum .. semua benda yang dibuat pun tak sedar .. yelah kan.. marah kan sifat syaitan .. jadi, benda yang tak logik pun boleh jadi .. contoh? bunuh membunuh lah kawan-kawanku. =)  sebab tu orang yang tengah marah tu diam sebab taknak adanya penyesalan di kemudian hari.  ini contoh leh pakai si Eid tu .. after dia marah-marah, tuduh Nora macam-macam and putuskan pertunangan, at last? menyesal kan? rugilah dia. 




okaylah, itu je kot. erm. satu je saya nak cakap.. sebenarnya, orang yang marah dan diam tu.. dia sangat kecewa dengan tindakan anda. jadi, imbaulah kembali sekiranya anda ada membuat seseorang marah dengan anda. kecewa tanpa tindakan bermaksud dia sangat menyanyangi anda .. dia amat memerlukan anda. hargailah sebelum terlambat.


thank you for reading this entry. =) lot of love for all of you.


hargailah kasih sayang orang terhadap kita
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

6 comments:

cman jeini said...

marah..mane ade marah..nasihatttt:)
marah utk positif that better
ade org suke cmtu ape??..

cx's said...

lain orang .. lain pendapat. =) tq cman jeini

iyan shazlind said...

sy pun kalau marah sgt sy diam je...sebab kalau marah then kita ckp banyak2 kang tak pasal2 tercakap benda yg sepatutnya..lepas dh hilang marah tu baru la cakap, so takde la tone tertinggi atau apa kan :)

cx's said...

hehhe .. sama la kite. huhu.. tp aye ni kalo time tu marah n tkleh diam.. nasib la kot sapa yang jadi mangsa. kih3.. sori sgt org yg t'kene tu. huhu tgh mrh kan. mane sgje. ye idok? huhu

#ciksuzlin said...

betul la. penat marah2 ni.

cx's said...

ya. penat marah ni actually tp bila tk lps.. rs cm beban lam diri. btw tq sudi komen here ciksuzlin .=)