Wednesday, June 29, 2011

lelaki kedekut? euwww~

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 75
selamat petang readers! =) kali ni nak cite pasal lelaki kedekut. hehe. asal lak kan? ok, tadi aye tengok drama kat TV2 .. dalam pukul 12 lebih kot.. tak perasan plak. tajuk drama tu GILA .. hee. kenapa gile? haaa.... nak cite la kat sini.. GILA KEDEKUT! haishhh~


dalam cite tu kan. lelaki tu sape ntah nama pelakon tu.. dia boleh eh tawar menawar dengan mak bapak pompuan yang dia nak ni.. leh plak dia kena fikir dulu .. nak keluar duit atau nak lepaskan je perempuan tu? haha. lawak lah.. camtu pun ade kan? padehal dia adalah seorang pegawai yang paling berjaya dapatkan client dengan jumlah yang tertinggi.. aish. sampaikan makan pun. dia keluarkan duit syiling dalam beg duit kecik yang makcik-makcik selalu bawak pegi pasau.. Ya Allah.. malu aih .. 

dalam banyak-banyak lelaki kat dunia ni la kan.. simpang lah malaikat 44 kalau terdapat lelaki kedekut ni.. korunk sanggup ke? maybe ada yang kate sanggup .. yelah, cinta itu kan buta.. so, anything can happen.. BUT .. korunk tau tak yang lelaki kedekut ini sangat-sangat melimpah ruah rezekinya?? eh sat.. bukan lelaki tetapi orang yang kedekut .. kita open sikit space topic ni.. kenapa aye cakap orang yang kedekut ni melimpah ruah rezekinya? sebab .. 

apabila seseorang itu kedekut .. maka Allah akan berikan kepada mereka kelebihan dan rezeki yang melimpah ruah yang akhirnya tidak memberikan manfaat kepada orang itu.  

kenapa orang kedekut ni selalu sangat dapat rezeki yang banyak? okay , aye bagi contoh .. korunk pernah jumpa orang yang benar-benar kedekut? okay.. aye ade seorang.. tak perlu aye sebut disini.. membuka aib orang tu.. tapi kat sini aye nak share je ye untuk dibuat pengajaran... 


beliau yang si kedekut ni.. rumah mewah .. duit tiap-tiap bulan anak bagi.. pohon-pohon semua berbuah ranum banyaknya .. TAPI ... korunk tau disebalik kemewahan beliau .. akan ada satu yang Allah tarik kenikmatan itu daripada mereka yang kedekut ini .. iaitu anak-anak beliau.. kenapa? even anak-anak beliau bagi duit tiap-tiap bulan.. tapi.. dalam setahun .. 1, 2 kali belum tentu anak-anak beliau balik.. dan pohon-pohon beliau yang berbuah ranum itu .. tidak terjamah langsung.. tupai pun tidak menyentuhnya .. and finally.. buah-buah itu busuk dan gugur bersepah diruang tanamannya .. 

korunk boleh nampak tak apa yang aye cuba sampaikan?? kita dekat dunia ni.. segala rezeki dan kurniaan adalah harta Allah .. jadi.. buat apa kita kedekut untuk berkongsi harta Allah dengan orang lain? tak rugi pun kalau kita share. 


Rasulullah s.a.w bersabda:
 “Takutilah kamu akan bakhil, kerana bakhil itu pernah membinasakan orang dahulu daripada kamu sehingga mereka suka mengalirkan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang diharamkan ke atas mereka.”


Allah bagi kita jalan yang sangat luas untuk kita dapat rezeki dalam macam-macam bentuk.. jadi.. selagi kita berpeluang bernafas, manfaatlah harta untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain kerana rezeki yang kita miliki kadangkala ada hak kepada orang lain.


Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam, maksudnya:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu tergantung di Arasy, yang dikirim oleh Allah kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.


Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu: menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil terhadap diri (sendiri) dan memberi salam kepada orang lain,” (Riwayat Ahmad)


okaylah kawan-kawan.. janganlah terlalu kedekut yang kononnya berjimat tetapi sanggup bergadai dunia untuk duit.. ingatlah.. duit tidak membawa kita ke syurga.. meh sini aye kasi contoh-contoh orang kedekut punya fe'el .. 

. Seorang lelaki telah tidur di rumah orang kaya kufah (Iraq). Ketika waktu malam lelaki tersebut melihat tuan rumah telah membolak balik tubuh anak-anaknya kekanan dan kekiri.

Apabila sampai waktu subuh, tetamu tadi bertanya "Kenapa kamu berbuat demikian kepada anakmu?" Tuan rumah itu menjawab "Budak-budak ni telah makan sebelum tidur dan tidur mengiring ke kiri.

Makanan tadi akan diproses dan turun yang menyebabkan mereka bangkit pagi kelaparan. Aku pun membolak balik tubuh mereka ke kanan dan ke kiri supaya makanan tadi tidak cepat hadam dan mereka tidak merasa lapar bila bangun dari tidor."

jika korunk semua nak tahu lebih lanjut tentang kedekut. .boleh klik kat sini , sini dan sini .. sekian aje daripada aye.. jika ada salah dan silap .. harap ada teguran .. terima kasih sudi baca! =)


beramallah didunia kelak mudah diakhirat
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

5 comments:

CikFF said...

dunia.. dunia.. huhu...

cx's said...

thanks sudi komen and singgah sini CikFF =)

SyazwanSarawak said...

manusia akan sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang dah ada. huhuuh

cx's said...

heheh btul la tu.. tq syazwan sarawak sudi komen here! =)

ima said...

hehe...nice story...blh jd pengajaran kpd org yg kedekut kt luar sane😄