Sunday, June 12, 2011

mari beramal di bulan REJAB

Bissmillahirahmanirahim
Assalammualaikum saudara seislam ku.

sharing number 15
tahukah anda bulan ini adalah bulan REJAB?? sudah 10hari rejab berlalu.. 'Ya Allah, ruginya aku tanpa sebarang amalan yang aku kumpul untuk bulan ini.. Subhanallah.' 

Tahukah anda betapa besarnya ganjaran yang Allah janjikan buat hambaNYA yang beramal di bulan ini?  sesiapa yang tidak tahu akan ganjaran tersebut, maka rugilah ia. bagi sesiapa yang mengetahuinya .. saya pasti, adanya penyesalan tatkala terlepas walaupun satu hari untuk beramal  pada bulan Rejab ini.  KENAPA YA? mari saya KONGSIkan bersama anda ..



Beberapa HADIS RASULULLAH S.A.W menunjukkan KELEBIHAN BULAN REJAB:

1. Hendaklah kamu MEMULIAKAN bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab BULAN ALLAH, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRA' MIKRAJnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa SEHARI dalam bulan Rejab mendapat SYURGA yang TERTINGGI (Firdaus). Puasa DUA hari DILIPAT GANDAKAN pahalanya.

5. Puasa TIGA hari pada bulan Rejab, dijadikan PARIT yang panjang yang mengHALANGgnya ke NERAKA (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa TUJUH hari pada bulan Rejab, diTUTUP daripadanya 7 pintu NERAKA.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat MELIHAT wajah ALLAH di dalam syurga, dan menjadi ORANG PERTAMA menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan AL-QURAN ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa SEHARI dalam bulan Rejab seumpama puasa EMPAT PULUH TAHUN dan diberi MINUM AIR dari SYURGA.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diAMPUNkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. DIAMPUNKAN dosa-dosanya yang lalu.

b. DIPELIHARA Allah umurnya yang tinggal.

c. TERLEPAS daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada AWAL Rejab, perTENGAHannya dan pada AKHIRnya, seperti puasa SEBULAN PAHALAnya.

12. Siapa BERSEDEKAH dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, DIANGKATseribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Rasullullah s.a.w. bersabda;

“Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”

 Ya Allah Ya Tuhanku.. sungguh besar ganjaran yang ENGKAU berikan buat kami.. KAU ampunilah kami yang serba kekurangan ini.  Bimbinglah kami Ya Allah. Amin 



Berpuasalah di bulan REJAB
"lahhirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

No comments: