Thursday, June 30, 2011

mungkin sesaat lagi itu adalah ajal kita

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 79
entry ni aye baca daripada akhbar harian metro.. apa yang nak sangat aye share adalah tentang ajal.. sudahkah kita bersedia akannya? adakah kita ada membuat silap dengan sesiapa sebelum ini? marilah kita memohon keampuanan sementara masa masih ada.. 

USUNG...anggota polis dan keluarga mengangkat mayat Mohd Zamzuri Irwan (gambar kecil).

apa yang aye baca tadi, terjadi dekat Terengganu.. memang benar kata orang.. naluri seorang ibu sangat tepat apabila adanya terdetik sesuatu.. mangsa Mohd Zamzuri Irwan seorang yang banyak bercakap selama ni, tiba-tiba je dia berubah .. lepas mangsa basuh motor yang baru dibeli sebulan lepas.. tiba-tiba mangsa pergi minta maaf dengan ibunya.. kalau korunk.. korunk pun akan pelik kan? itulah petanda .. 

mangsa actually accident dengan kereta Proton Wira. masa tu, mangsa menunggang motosikal dengan kawan dia.. Namun, mangsa tercampak jauh yang menyebabkan kecederaan teruk.. kawan mangsa pulak.. terseret dan koma sampai sekarang..

kawan-kawan, marilah kita beringat sesama kita.. jika kita mempunyai kesilapan yang mungkin sedar atau tidak.. mintalah maaf. ajal maut semua di tangan Allah.. kita sebagai manusia perlulah bersiap sedia agar tidak terlambat.. 

sumber : click sini


tak perlu tunggu raya jika mahu memohon keampunan
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

No comments: