Peranan ibubapa tunjang utama sebuah keluarga?

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t


sharing number 52
apa khabar semua? lama dah aye tak update blog.. kurang sihatlah.. =) selalu sangat sakit kepala. urm okaylah, kali ni nak luah pendapat dan mungkin anda juga boleh share pendapat anda dengan aye .. jika aye silap. maafkanlah.. tiap orang lain citarasa dan pendapat kan? =)

betul ke peranan ibubapa tunjang utama sebuah keluarga? pada aye .. ada dua jawapan. satu mungkin ya dan satu mungkin tidak. kenapa? 


sebab utama kepada 'YA' adalah ... sebuah keluarga memang terbentuk dengan peranan ibubapa ketika anak-anak masih kecil yang mudah dididik .. yela kan ,, mendidik biarlah daripada rebung an? 

sebab kedua kepada 'TIDAK' adalah .. sebuah keluarga bukan terbentuk dengan peranan ibubapa ketika anak-anak meningkat dewasa .. kerna mereka lebih cenderung terpengaruh dengan anasir luar seperti rakan-rakan .. keadaan buruk baik daripada kisah kehidupan orang lain .. jadi begitulah . 


disini, aye nak share contoh-contoh yang mungkin boleh membantu korunk gambarkan ..

keluarga pertama: 
ibubapa yang beriman dan selalu mendidik anak dengan didikan agama seperti mengajar anak solat dan mengajak mereka solat berjemaah.. bersama-sama membaca al-quran .. menunjukkan contoh yang baik bagi anak-anak.. jika anak silap.. tidak dipukul tetapi nasihat dengan kata-kata yang penuh kasih sayang beserta sebab-sebab kesilapan anak tersebut .. akibatnya : anak mendengar dan menurut kata ibubapa

keluarga kedua:
ibubapa yang manjakan anak dengan duit dan harta dunia .. segala yang dipinta diberi tanpa sebarang penolakan, sayang katanya.. jika anak melakukan kesilapan .. dibiarkan dengan anggapan .. anak masih kecil dan mungkin ingin merasa kesilapan dalam hidup .. namun ... setiap kali kesilapan yang anak lakukan, tidak diendah dan dibiarkan .. akibatnya : anak menjadi kurang ajar dan sering meminta-minta


keluarga ketiga:
ibubapa yang hidup bersederhana, didik anak pun secara sederhana .. namun membetulkan kesilapan anak-anak dengan cara marah dan tidak sertakan sebab utama kesilapan yang dimarah .. akibatnya : anak tidak berpuas hati dan mula tunjuk perasaan dengan pelbagai kerenah yang tidak elok


keluarga keempat:
ibubapa yang bersederhana juga hidupnya .. mendidik anak-anak dengan kasih sayang sungguhpun marah . namun tetap sertakan kasih sayang ... dipukul jika anak tidak mendengar kata tetapi pukul mengikut keadaan dan memujuk kembali anak dengan memberi sebab kenapa berbuat demikian .. akibatnya : anak-anak baik dan jika silap, masih boleh dilentur dengan memberi pengajaran


keluarga kelima:
dididik anak dengan penuh kasih dan sayang. diberi apa yang dipinta .. segala ilmu dunia dan akhirat juga dibekal namun ketika anak meningkat dewasa .. bercampur dengan kawan-kawan.. mereka mula berubah .. sungguhpun segala permintaan telah ditunaikan namun masih tidak berpuas hati dan tidak beryukur.. akibatnya : anak akan bertindak diluar jangkaan walaupun mempunyai ilmu didikan yang cukup


jadi, anda sudah dapat apa yang cuba saya sampaikan?? kenapa saya mempunyai dua jawapan di awal perbicaraan tadi? jadi, mari sama-sama kita renungkan sejenak .. kita sebenarnya tidak boleh menyalahkan didikan ibubapa sahaja semata-mata kerna kita tidak pernah tahu apa sebab utama kepada keadaan yang tidak diingini itu berlaku kepada keluarga mereka. jadi, mari kita berdoa agar kita dikurniakan keluarga yang mampu membawa kita ke syurga kelak. InsyaAllah.


restu Allah terhadap kita adalah berdasarkan restu ibubapa
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Post a Comment

4 Comments

iyan shazlind said…
keluarga keempat tu boleh dibuat contoh...mendidik anak kena mengikut zaman...takleh terlebih dimanjakan..nanti anak2 rosak..
CXopportunities said…
thanks iyan shazlind!! =)
cman jeini said…
aye stuju cikguuu..=)