Monday, June 27, 2011

sanggup bermadu?

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 65
selamat petang semua. kali ni nak cerita kisah madu. korunk sanggup bermadu? jika kita tanya persoalan ni kepada mana-mana wanita pun .. rata-rata akan jawab tidak sanggup.. kerna apa? cemburu? tidak rela? takut suami tidak adil? 

yaa.. itulah antara persoalannya.. memang benar lelaki sekarang ni hanya tahu mahu ikut sunnah Nabi s.a.w tetapi perkara wajib 5waktu sehari pun belum tentu dibuat.. apatah lagi berlaku adil dalam rumah tangga yang mempunyai lebih daripada seorang isteri? maaf jika kata2 aye menyinggung mana-mana pihak tetapi aye tidak cakap semua lelaki sama ok.. sila baca sehabis-habisnya entry ni.. jika baca sekerat jalan.. aye confirm .. anda akan terpesong .. 


kalau aye dimadu? Ya Allah ya tuhanku .. memang aye tidak sanggup .. tidak sama sekali .. Ya Allah ... simpang malaikat 44.. tetapi kawan-kawan .. hanya beberapa orang wanita yang berhati mulia sahaja yang sanggup dan redha akan ketentuaan keatasnya .. kenapa aye cakap cmni.. yelah kan.. berapa orang sahaja yang sanggup dimadu? cuba korunk cari .. brapa ramai je yang korunk jumpa madu-madu yang baik? susah kan? 

apa yang cuba aye nak sampaikan ni adalah berkaitan kisah madu yang sangat redha akan ketentuan mereka terhadap qada' dan qadar Allah.. tapi kenapa mereka redha? sebab utama adalah hati mereka ikhlas dan suci menerimanya .. kedua .. mereka yakin suami mereka itu mampu berlaku adil dan segalanya kerna Allah.. namun .. pastinya kita sebagai seorang perempuan .. pasti akan ada sedikit cemburu kan? mustahil jika tidak .. sedangkan lidah lagi tergigit.. inikan pula suami isteri.. 

okay, mari aye kongsi kisah yang membuatkan aye rasa suci sungguh hati mereka ni .. tapi tidak aye ye.. aye tak capai lagi tahap untuk membenarkan diri dimadu. huhu.. tak sanggup. =)


kisah 1 :
Raden Ilham Maria seorang isteri kepada seorang suami yang telah membina masjid meraka selama 16 tahun.. tempoh yang sangat lama.. namun dugaan tiba apabila suami Raden mula bermain cinta di pejabat.. namun kawan-kawan .. setiap kali suaminya bercerita kisah Hani iaitu rakan sepejabat suaminya sendiri .. Raden tidak pernah marah .. malah lebih gemar untuk mengetahui kisah Hani .. 

Hani seorang gadis yang biasa dan mempunyai teman lelaki.. namun dikecewakan apabila teman lelakinya itu berkahwin dengan gadis lain.. kekecewaan Hani membawa Hani ke Makkah bersama ibubapanya.. disitu Hani memohon dan bermunajat kepada Allah agar memberikannya jalan petunjuk .. 

sebelum Hani ke Makkah.. Raden yang sedar akan hasrat suaminya yang menyukai Hani .. terus memberi idea agar suaminya melamar Hani dan diambil sebagai isteri .. ikhlas sungguh hati Raden.. terdapat pelbagai konflik yang melanda tatkala tempoh melamar itu berlaku.. namun akhirnya .. mereka akur dan Raden sendiri yang membantu menyiapkan majlis perkahwinan suami dan Hani.. 

sehingga kini, mereka hidup aman bahagia kerna suami Raden dan Hani sangat adil dan mereka tinggal berasingan ... namun, selalunya Hani akan bertandang ke rumah Raden untuk berborak dengan Raden. jika raya, mereka bertiga akan bersama raya mengikut giliran.. kemana sahaja mereka pergi, mereka pasti bertiga.


kisah 2 :

Noni seorang ibu yang mempunyai 8 anak .. memberi keizinan dan redha akan ketentuannya apabila madunya itu benar-benar memerlukan bimbingan suami dan Noni sendiri dalam mencari Islam..  madu Noni merupakan seorang bukan Muslim yang sanggup meninggalkan agamanya demi Islam.. maka itu , hati suci Noni telah membenarkan suaminya berkahwin lain kerna Allah.. 


sungguh muliakan hati mereka? jika kawan-kawan nak tahu kisah mereka lebih lanjut .. bolehlah klik kisah 1 : Raden Ilham Maria dan kisah 2 : Noni  .. terima kasih sudi baca entry aye kali ini sehingga ke coretan terakhir. =) terima kasih banyak-banyak. 


Allah menguji kerna Allah tahu kita mampu
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

4 comments:

cman jeini said...

tnggjwb 1 kelarge pon mempnyi tugasan yg besar..
cmne 2 + 3+ + 4.. poneg derrr...
kompom mase takan adil mane2 pihak..huhu

cx's said...

=) tiap orang lain citarasa dan lain pendapat. so, let it go. let they think for their own life. haha

Anonymous said...

tp klau die org kaye sume bnde die leh bli kan..
sebut je...haha

cx's said...

just can give you a big smile. =) people have different thinking. so, i accept yours. =)