Tuesday, June 14, 2011

SENANGnya dapat PAHALA

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum muslimin muslimat

sharing number 17
kalau tengok tajuk, anda semua dah dapat agak apa yang saya nak cakap. hehe. ok, mari saya terangkan lebih lanjut SENANG bagaimana yang saya maksudkan?

tak perlu pergi jauh-jauh lah kan untuk bagi contoh yang maybe complicated at last right? huhu.. ok.  mari kita ambil contoh KETIKA MASUK TANDAS.


langkah-langkah mendapat PAHALA


1. MEMBACA  
    Berdasar hadith Anas yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
     Ertinya: " Adalah Nabi SAW apabila hendak masuk tandas baginda membaca : Bismilah,Allahuma a'udzu bika minal khubutsi walkhabaa'itsi ( atau dengan menyebut nama Allah, ya Allah! Aku berlindung kepadaMu dari godaan syaitaan lelaki dan syaitan perempuan."
     2. baca pula DOA sebelum masuk tandas




Maksudnya:

"Nabi Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina"


3. Tutup kepala dengan kain


4. Langkah masuk tandas dengan kaki yang betul - KAKI KIRI


5. Menyangkung / duduk memBELAKANGkan QIBLAT

berdasarkan Abu Hurairah.
Ertinya: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : Jika seseorang diantara kamu untuk buang hajat, maka janganlah ia menghadap qiblat atau membelakanginya."  Riwayat Ahmad dan Muslim.


6. TIDAK BERCAKAP

berdasarkan Abu Sa'id dan Jabir, bahawa Rasullah SAW bersabda:
Ertinya : " Jika dua orang buang air besar, maka hendaklah yang satu menutup diri dari yang lain dan jangan bercakap cakap kerana Allah murka atas (perbuatan) itu". Hadith Riwayat Ahmad


7. BERSUCI daripada hadas menggunakan TANGAN KIRI 

hadith Abu Qatadah, ia berkata:
Ertinya: " RAsulullah s.a.w bersabda : Seseorang diantara kamu sewaktu kencing sekali tidak boleh memegang kemaluannya dengan tangan kanannya dan tidak boleh membersihkan air besarnya dengan tangan kanannya serta tidak boleh bernafas didalam tempat minumnya".  Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.


8. Membaca doa BERISTINJAK



Maksudnya :
Ya Allah! Sucikanlah hatiku dari munafik dan peliharalah kehormatanku dari segala kekejian.



9. BERDEHEM ketika beristinjak - sunnah Nabi s.a.w


10. MemBASUH TANGAN selepas istinjak dengan sabun - agar hilang bau dan kotoran

berdasarkan hadith Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Nasa'i:
Ertinya ; " Adalah Nabi SAW, biasanya bila pergi ketandas, saya yang membawakan air dalam bekas yang dibuat dari tembaga atau tanah liat. Lalu baginda menyapukan tangannya ketanah."


11. Membaca DOA KELUAR tandas 


Maksudnya :
Aku berharap mendapat keampunanMu Ya Allah.  SEgala puji-pujian bagi Allah yang telah menghilangkan dariku sesuatu yang menyakiti dan menyihatkan aku.


12. Keluar dengan kaki yang betul - KAKI KANAN


13 . Ucaplah ALHAMDULILLAH - tanda syukur kepada Allah




Jadi .. BAGAIMANA? mudah kan? hanya dengan satu perbuatan .. kita boleh / telah mengumpul 13 PAHALA .. itu baru satu perbuatan.. bagaimana perbuatan harian kita yang lain? =) sungguh mudah bukan untuk mendapatkan PAHALA?

bayangkan jika anda tambahkan bilangan perbuatan harian kita seperti BANGUN daripada TIDUR, MANDI, MAKAN dan MINUM, melihat CERMIN, keluar masuk RUMAH, naik KENDERAAN ... mudah kan? syukur kehadrat Allah kerana Allah telah memberi kemudahan yang paling senang untuk kita sebagai hambaNYA untuk mengumpul pahala.  SUBHANALLAH! =)


semakin kita mencari, semakin banyak kita perolehi
"lahirkanlah keikhlasan daripda hatimu"

No comments: