Sunday, June 12, 2011

terung susu kambing

Bismillahirrahmanirahim
Assalammualaikum.

perkongsian keduabelas
kali ni nak SHARE pasal terung.. kita dah selalu sangat jumpa terung dekat pasar-pasar kan? tetapi itu semua terung yang biasa kita buat masak. mesti kalian dah kenal jenis-jenis terung yang biasa kita temui kan? contoh? okay, mari tengok gambar dekat bawah ni .. credit to google for the pictures! =)

terung asam


terung belanda


terung pipit


terung putih


terung satut


terung telunjuk


terung tekokak / leunca


MUNGKIN ada juga jenis terung yang baru kita tahu hari ini dan mungkin juga sudah tahu dan sudah hafal mungkin? siapa tahu kan? =).  tetapi, BUKAN jenis-jenis terung yang ingin saya cerita.  yang menarik perhatian saya untuk dikongsi bersama kalian kali ini adalah TERUNG SUSU KAMBING.  kalian pernah dengar tak? urm .. mungkin pernah tapi tidak pernah bagi saya.. baru hari ini saya tahu.. hehe

nak tahu bagaimana rupanya? MOH! saya kasi gambar =)

hijau - ketika muda


kuning - masak

cantik kan? hehe.  menarik sungguh bentuknya. ^_^ itulah yang menarik minat saya untuk saya kongsi bersama kalian.  kalian tahu tak apa BIODATA terung ini? kalau nak tahu.. MARI saya kongsi lagi.. =) 

Nama SaintifikSolanum Mammosum.

Nama Orang Kampung / Botani : Terung Susu Kambing

Nama Lain : Titty Fruit, Terung Tetek Kambing, Apple of Sodom, Cow's Udder, Nyun Wenkibobi, Soresumba, Mackaw Bush and Nipple Fruit. 

Asal Usul : Mexico dan Amerika Selatan

Ketinggian : 1.5 meter

Cara Membiak : Biji Benih

Jenis Bunga : Putih dan Ungu <rujuk gambar>







KELEBIHAN terung susu kambing :
  • Buah terung susu kambing yang dijadikan serbuk digunakan untuk membunuh serangga perosak seperti lipas.
  • Bunga terung susu kambing yang direbus dipercayai dapat meredakan batuk kokol.
  • Daunnya yang direbus dan diminum boleh melegakan masalah ginjal dan pundi kencing
  • Bijinya boleh digunakan untuk merawat selesema.
  • Buahnya yang dikisar dan dijadikan jus, kemudian diminum boleh merawat sakit jantung.
  • Air rebusan buah terung susu kambing yang diminum boleh merawat sakit darah tinggi, kencing manis, buasir, selesema, asma, gout dan barah payu dara.



manusia akan tertarik kepada sesuatu yang cantik dan menarik
"lahirkanlah keikhlasan daripda hatimu"

No comments: