Wednesday, June 15, 2011

Wanita menurut Islam

Bismillah
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 25
Ramai tidak tahu betapa untungnya menjadi wanita.  tatkala kita dilahirkan.. kita perlu bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai seorang wanita.  lagipun, lupakah janji kita kepada Allah ketika didalam perut ibu? janji kita untuk menjadi hamba Allah yang taat akan segala perintahNya?

Jangan sesekali kita sesali dengan kejadian kita kerna Allah lebih bijak mencipta dan menjadikan sesuatu.  anda ingin tahu 5 kelebihan wanita berbanding lelaki? let's move =)


wanita solehah

ANTARA HADIS BERKAITAN KELEBIHAN WANITA

  1. Doa wanita lebih makbul daripada doa lelaki kerana sifat penyayangnya. Ketika ditanya Rasulullah s.a.w. akan hal itu, baginda menjawab, Ibu lebih penyayang daripada bapa. Dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
  2. Wanita yang solehah adalah lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
  3. Perempuan yang sentiasa solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah ia dari mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. 
  4. Wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dahulu daripada suaminya
  5. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

saya share video ini buat anda semua.  HAYATILAH ..

 De'Hearty - Wanita

Lirik

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa


Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh


Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi


Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa


Engkaulah wanita istimewa


Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan



Kita tidak boleh menjadi seperti Siti Khadijah tetapi, cubalah untuk mencontohinya.
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu" 

No comments: