Saturday, July 2, 2011

Bas Terbalik di Mersing, Kota Tinggi

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 8
Ya Allahuakhbar.. macam-macam kejadian berlaku sekarang dibumi Allah ini.. kadang tu, seram sejuk aye nak baca berita-berita yang tersebar .. apa yang mampu aye dan kita semua lakukan adalah berdoa semoga mangsa yang terlibat selamat hendaknya..

hiasan - google's picture

kes bas terbalik ni terjadi dekat lereng bukit kilometer 47.5 jalan Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi ..  bas ni actually dari Kuala Terengganu nak ke perhentian bas Larkin .. tapi yelah kan.. malang tak pernah berbau .. tiba-tiba bas yang dinaiki mereka terbabas dalam pukul 6:15 pagi.

Tapi alhamdulillah tiada sebarang kematian .. cuma lapan orang termasuk pemandu bas cedera dan dihantar terus ke hospital Kota Tinggi.  kebanyakan mangsa yang terselamat dan cedera ringan masing-masing cuba selamatkan diri dengan merangkak keluar daripada bas dan dibantu oleh orang ramai yang lalu lalang dikawasan tersebut.. 

sumber : harian metro

No comments: