Friday, July 1, 2011

dibiar ibu jatuh tergolek

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 2
morning peeps! entry kali ni aye nak share dengan semua sekali.. ingatan untuk aye sekali.. kita dekat dunia ni.. dikurniakan ibu bapa yang sanggup bergadai nyawa untuk kita namun kita.. jangan sesekali memilih jalan hitam yang mampu memusnahkan kehidupan kita dan juga ibubapa kita..


korunk tau kan.. sesungguhnya syurga kita terletak dibawah telapak kaki ibu? jika tahu.. silalah waraskan pemikiran kita agar kita tidak melencong kearah yang mampu menyesatkan dan menghancurkan kita.. mesti korunk semua dah biasa kan bila sebut pasal dadah? ya.. dadah lah segala punca utama berlakunya sesuatu yang tidak kita sendiri ingini.  


wahai anak-anak remaja .. adik-adik yang masih dibangku sekolah.. janganlah sesekali korunk sentuh najis-najis yang mampu merosakkan korunk kelak. please.. aye merayu demi masa depan bangsa dan negara.  biar korunk nak nakal macam mana pun.. masih boleh diterima tetapi jangan sesekali sentuh najis dadah. besar implikasinya.. jangan sesekali kata nak mencuba. Ya Allah.. buruk padahnya adik-adik.. 

sedih bila terkenangkan hal-hal yang macam ni.. anak-anak bangsa kita rosak gara-gara dadah.. kat sini aye selitkan kata-kata sesalan daripada bekas penagih dadah .. ambillah ikhtibar adik-adik dan  kawan-kawan sekalian.. 

“Malah, saya tergamak melihat ibu terjatuh di dalam hujan lebat ketika menghantar duit kepada saya yang menunggu di dalam kereta. Saya harap peluang kedua ini, dapat saya gunakan untuk menjalanii hidup lebih gembira dan tenang,” kata bekas penagih dadah, Hazmi Ismail.
“Kemuncak ketagihan kepada heroin menyebabkan saya menghabiskan RM1,000 bagi mendapatkan bekalan selama seminggu. Ibu bapa pula terpaksa memberikan wang kepada saya semata-mata mengelakkan saya terjebak ke kancah jenayah.

readers sekalian. bantulah mereka agar tidak terjebak dengan najis dadah ini.. aye terlalu sedih apabila anak bangsa kita terjebak .. coraklah hidup kalian dengan kebaikan.. hanya kita yang mampu mengubah diri kita.

sumber : hmetro.com.my


matanglah dalam mencorak future yang baik
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

No comments: