Monday, July 11, 2011

nukilan hati

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 33
kadang-kala apabila kita mempunyai masalah.. kita cuba mencari sesuatu untuk kita lakukan agar masalah itu tidak mengganggu fikiran kita.. kita cuba melupakannya even terlalu sukar.. kadang-kala juga, kita mencari seseorang untuk kita ajak berbual bicara bersama agar masalah itu hilang diingatan buat seketika .. mencari peneman yang mampu menenangkan hati kita yang tidak pernah tenang.

credit to google

kadang-kala apabila kita cuba menjadi yang terbaik buat mereka.. mereka tidak pernah nampak akannya.. apabila sesuatu itu telah tiada.. barulah terbongkar segalanya.. yang dipendam terluah akhirnya .. namun kita sebagai manusia.. tidak pernah sempurna.. 

kadang-kala kita tidak pernah bersyukur akan segala kurniaanNya.. apa yang kita tahu, hanya sekadar merungut mengapa dan kenapa aku tidak dijadikan seperti itu dan ini... kadang-kala kealpaan kita ini mampu membuatkan diri kita hanyut dalam dosa yang kita reka sendiri..

kadang-kala sahabat itu mampu membuat kita mengalir air mata .. samada suka atau duka . namun kita .. tatkala makin dewasa, kita mampu dan mula sedar akan segalanya.. kita cuba menjadi yang terbaik diantara yang terbaik. cuma kadang-kala itu, kita alpa .. 

dunia hanya sekadar tempat persinggahan seorang manusia. namun kita seringkali alpa akan persinggahan itu yang akan membawa kita kelubuk yang tidak lagi bercahaya. 

nukilan hati.


Allahuakhbar, hanya padaMu tempatku bersujud
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

5 comments:

NasZ said...

betul tu..kita selalu lupa dan alpa..nice entry..

MOHD NASER.com

cx's said...

tq NasZ =)

aimie amalina said...

betol! selalu ingt tuhaaan selalu ade utk kite..=)

cx's said...

tq aimie amalina. =)

cman jeini said...

love sings..
when it transcends the
bad things
have a heart and try me,
'cause without love i won't survive....