PERMOHONAN KEMASUKAN KE UITM SESI 2/2011

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t 

sharing number 1 
just nak share. taknak cakap panjang-panjang.. UiTM di hatiku. sila apply secara online beramai-ramai kalau berminat nak continue study kat UiTM untuk 2nd intake. goodluck! =)

click picture if you want to apply it =)

Permohonan : Program Diploma/ Asasi Dan Program Profesional 
Tarikh mohon : 1 Julai 2011 - 31 Julai 2011.
Masa Permohonan Mula Dibuka : 12 Tengahari
Pesanan : Pembelian No. Slip Melalui BSN Adalah Diperlukan Bagi Permohonan Online Tersebut

Advertisement

CARA MEMOHON MELALUI APLIKASI DALAM TALIAN
(ONLINE APPLICATION)

Permohonan untuk program yang ditawarkan adalah melalui aplikasi dalam talian (Online). Permohonan dalam talian melalui laman web www.online.uitm.edu.my akan dibuka pada 1 Julai 2011 (Jumaat) Jam 12 Tengahari.

Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil), di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan melalui laman Web Aplikasi Elektronik UiTM yang beralamat www.online.uitm.edu.my dengan memasukkan nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Pemohon dinasihatkan mencetak maklumat permohonan yang telah muktamad tersebut sebagai bukti permohonan telah dibuat.

"NOTA: Pemohon diingatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti sah pembayaran."


okaylah.. goodluck pada yang memohon nanti! 

Bersatu kita warga UiTM
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Post a Comment

0 Comments