Saturday, July 2, 2011

suami paksa isteri melacur diri


Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 7
zaman sekarang ni, segalanya tak masuk akal langsung.. apa yang nak dibuat.. langsung tidak memikirkan dosa pahala dan siksaan akhirat.. Ya Allah.. seorang suami sepatutnya dijadikan Allah bagi melindungi dan menjaga kebajikan seorang isteri .. tetapi? adakah ini yang diharapkan oleh seorang perempuan setelah bergelar isteri? tidak tahukah seorang lelaki itu, dosa pahala dan tanggungjawab terhadap seorang isteri? Astaghfirullahalazim .. sedarkah seorang suami bahawa isteri itu amanah Allah??

Isteri itu Amanah Allah - picture from google

hari ini aye baca paper.. apa yang aye jumpa? itulah.. seorang suami yang tidak tahu hukum dunia dan akhirat sebagai seorang suami.. korunk tau tak.. suami ni paksa isteri dia jadi pelacur? untuk apa? Ya Allah Nauzubillahminzalik .. gara-gara nak bayar ansuran kereta.. Ya Allah.. apa jenis suami lah agaknya .. lebih teruk lagi ye korunk.. benda ni dah terjadi dekat 10 kali dalam setahun.. Ya Allahuakhbar!

isterinya yang baru berusia 25 tahun itu dipaksa dan si suami itu sanggup menjadi bapa ayam bagi mencari pelanggan.. disebabkan tak tahan dengan perangai jijik suami .. si isteri ni akhirnya berjaya juga lari .. itupun, selepas dia dipaksa melayan seorang pelanggan dekat hotel murah.. 

Ya Allah .. kawan-kawan diluar sana.. sebelum anda menjadi seorang suami kepada seorang isteri.. belajarlah hukum hakam Allah.. sungguhpun seorang suami ada hak dan kuasa dalam keluarga.. dan sungguhpun seorang isteri itu syurga nya pada suami.. perlulah ingat bahawa .. jika sesuatu yang bertentangan dengan agama ... berdosa besarlah seorang suami itu kerna tidak menjalankan amanah Allah untuk menjaga isteri itu..

sesungguhnya agama Allah ini sangat adil dalam memberi hak kepada setiap ahlinya .. bukan mudah untuk menjadi seorang suami atau isteri jika kita tidak cukup ilmu agama untuk menilainya.. itulah kawan-kawan.. kadang-kala benda ni kita tak boleh nak jangka.. tapi percayalah.. jika ilmu agama itu tebal didalam diri .. InsyaAllah.. selamat dunia akhirat.

sumber : mymetro


Islam tidak pernah berat sebelah dalam menilai
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu" 

No comments: