Friday, August 12, 2011

Disebalik Rasa Itu

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 31
Tadi korunk sahur apa? mesti sedap kan.. yummy~ cx tadi sahur lauk pindang + sambal goreng bilis + binjai. sedap tak? sedap tak? heheheh. sangat sedap.  Dah la cx ni hantu sambal. ;p mane tak datangnya gastrik? kih3. jangan ikut perangai cx ini ye.  tak baik untuk para ibu mengandung. oke melampau.  cx nak share pengalaman cx pabila hati kecewa :)


M+E+N+A+N+G+I+S
ini first thing yang cx taknak ianya berlaku tapi mata ni pantas bertindak.  dia tidak mengikut arahan betul lah kann.. kena saman baru tahu. ggrrrr~ orang kata, bila kita menangis, at least kurang sedikit beban yang kita tanggung saat itu.  So, menangislah even korunk rasa malu or ego nak mampus gila taknak nangis. :)

T+I+D+U+R
kalau ada problem yang korunk sendiri tak larat nak tanggung, better korunk tidur jerk.  even korunk tak mengantuk tapi bila korunk dah menangis bagai bini mati laki, cx confirm korunk akan letih .. lebih-lebih lagi si mata yang tidak bertindak mengikut arahan tadi untuk menangis. Tidur boleh membuatkan korunk rasa tenang.  kalau tak tenang, korunk tutup muka dengan bantal biaq pernafasan tu terhenti sendiri . terima kasih 

T+A+B+A+H+K+A+N  H+A+T+I
perkara ni sangat sukar untuk dilakukan, sungguhpun korunk ni keturunan HULK ataupun THE ROCK, tapi bila melibatkan hati, confirm cair babe.. tak mampu nak tangani permasalahan hati. sadis tau tak? so, cubalah tabahkan hati.. tapi kan, pada pengalaman cx la kan, sedang cuba tabahkan hati, dalam masa yang sama rasa macam hati ni terguris gila macam kena simbah dek asid. *oke taknak kena asid.  kalau korunk alami kekecewaan, korunk akan tahu camne rasanya 

M+E+N+D+I+A+M+K+A+N D+I+R+I
ini cx selalu buat. mendiamkan diri even hati kata tidak. kenapa? entahlah, cx rasa dengan cara mendiamkan diri dapat bantu hati cx sendiri. bantu yang macam mana? cx pon tak pasti.. tapi mendiamkan diri ni umpama memendam rasalah kan.  bahaya sikit bila buat benda ni cuz effect dia sangat panjang. itu cx akui. so, korunk.. jangan buat benda ni. 

Actually, cx dah pernah buat entry macam ni tapi entry ni lebih kepada diri cx sendiri lah kan.  Jangan nak sangkal lebih-lebih eh. Ini diri cx sendiri dan bukan orang lain.. :) terima kasih.. nak tahu entry mana yang cx cakap serupa? ceclick kat SINI .. okaylah, selamat berjuang wahai para hati sedunia! :) lots of love for you my beloved readers :)

Allah uji diriku dengan rasa yang dipinjamkan itu
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

3 comments:

ككندا ازري said...

Salamun'alaik..

Pernah ana diaju dengan sapaan di FB :

"Orang kata.. Hati seseorang itu ibarat balang kaca. Jika ia terhempas dan pecah, namun di tampal semula, retaknya tetap jelas kelihatan.. begitu jua hati...sekali ia jatuh luluh, kesannya..diri sendiri yang tahu.....BETUL KE....??"

Ingin ana berkongsi di sini salah satu doa yang Rasulullah صلى الله عليه وسلم ajarkan buat kita moga hati kita tenang dan terpelihara bilmana datang ujian sebegini..


Amalkan doa ini;

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً , تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ

Allahumma Inni As-Aluka Nafsan Bika Muthma’ Innatan,

Tu’ Minu Biliqa Ika,

Wa Tardha Biqadha Ika,

Wa Taqna’u Bi’athaa Ika.


"Ya Allah, daku memohon daripadaMu jiwa yang tenang,

yang beriman dengan pertemuan denganMu,

redha dengan ketentuanMu,

dan berasa cukup dengan pemberianMu.


Hadith Riwayat | Al Hafiz Ibn 'Asakir

Amin Ya Allahu Rabbi..
Amin Ya Allahu Rabbi..
Amin Ya Allahu Rabbal 'Alamiin.. "

Semoga bermanfaat..

Nak kongsi dengan kawan-kawan lain..?
Jemput ziarah;

https://www.facebook.com/photo.php?pid=441715&l=0ab41fb2e8&id=100000439044803

cx's said...

@ككندا ازري Syukran Ya Ustaz :)

ككندا ازري said...

Afwan..