Mengapa Al-Quran diangkat pada bulan Ramadhan?

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 1
Selamat berpuasa kepada semua Umat Islam didunia :) semoga dibulan yang penuh keberkatan ini mampu mengubah dan mendidik kita menjadi insan yang lebih berguna dan soleh serta solehah didunia dan akhirat. Amin. Seperti tajuk entry kali ini, aye nak share, mengapa Al-Quran diangkat pada bulan Ramadhan? 


Pertamanya
Al-Quran diturunkan mengikut peringkat-peringkat yang telah diaturkan oleh Allah s.w.t seperti berikut .

Al-Quran 
Jibril (perantaraan) 
*
Langit Dunia 
(Tempat Mulia Alam Ghaib yang tidak diketahui oleh manusia. Namun, Sahabat bernama Abdullah Ibnu Abbas berkata, diturunkan ke langit dunia sebagai persediaan diturunkan ke dunia)
*
Rasulullah Nabi Muhammad s.a.w
(sedikit demi sedikit diturunkan selama 23 tahun)
*
Di Dunia
(diturunkan secara keseluruhannya Al-Quran ke dunia pada bulan Ramadhan)

Keduanya
Untuk pengetahun readers, ayat pertama yang menjadi asas daripada ayat-ayat lain sebenarnya juga diturunkan pada bulan Ramadhan.

Ketiganya
Al-Quran merupakan Mukjizat Allah yang mana Mukjizat adalah yang melemahkan semua yang lain.  Menurut kalimah Arab, Mukjizat dipanggil sebagai Ar-Jiza membawa maksud "sesiapa yang mencabar Al-Quran, dia akan lemah daripada kemampuan menewaskan Al-Quran"  

Ibnu Khadul, 
Mukjizat merupakan sesuatu yang tidak mampu ditiru oleh manusia ataupun sesuatu yang berada diluar kemampuan insan.  

Imam Ibnu Khasir melalui kitabnya Tafsirul Quran
menyatakan Hadis tentang Mukjizat dan menjelaskan bahawa kesemua Rasul mempunyai Mukjizat dan akan berhenti apabila Rasul itu wafat.  contohnya, Nabi Musa a.s, tongkat saktinya yang boleh bertukar menjadi ular dan tongkat itu juga yang membelah lautan menjadi dua.  Tiada siapa pernah melihat tetapi kita percaya melalui kewujudan Al-Quran.  

Mengapa Al-Quran diangkat pada bulan Ramadhan kerana hanya Mukjizat Nabi Muhammand s.a.w sahaja iaitu Al-Quran tidak akan hilang dan wujud didepan kita sehingga kiamat walaupun Junjungan Besar Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w telah wafat.

Dr. Danial Zainal Abidin
Disini aye nak ceritakan juga mengenai pertemuan Dr. Danial Zainal Abidin bersama Bekas Paderi Church di Amerika Syarikat yang merupakan Pakar Bible pada tahun 2009.  Dr. Danial menceritakan bahawa Dr. Jerald F. Dirks, lepasan Master Infinity Ketuhanan dan Bible di University Hazard yang telah dilantik menjadi paderi telah mengkaji Al-Quran dan beliau amat mengagumi Al-Quran sehingga beliau memeluk Islam.

jadi kawan-kawan, nampak tak kebesaran Allah? dan terjawab tak Mengapa Al-Quran itu diangkat pada bulan Ramadhan? Subhanllah :) Semoga perkongsian ini mampu memberi kita kesedaran agar tidak jauh daripada Mukjizat Allah itu :)


Ramadhan Al-Mubarak 1432H
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Post a Comment

1 Comments

bombay said…
Selamat berbuka...;)