Menteri @ Paderi Kristian Memeluk Agama Islam

Bismillahirahamanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 35
selamat petang kawan-kawan .. kali ni cx nak share tentang Menteri Kristian yang memilih Islam untuk kehidupannya dunia dan akhirat.  Kisah beliau ini, cx ketahui melalui ceramah Dr. Danial Zainal Abidin mengenai Baca@Ramadhan episod 1 dimana Dr. ada menyebut serba sedikit tentang beliau.  korunk boleh rujuk dekat SINI.

siapa Menteri Kristian yang cx nak cerita ni? haa.. nama beliau adalah Dr. Jerald F. Dirks :) meh cx share biodata beliau ya dan kemudiannya cx cerita kisah keislaman beliau :)

Dr. Jerald F. Dirks

NAMA : 
Dr. Jerald F. Dirks

PENCAPAIAN :
(1971) Sarjana Muda Sastera (falsafah) dari Harvard College
(1974) Sarjana Teologi dari Sekolah Teologi Harvard
(1976) Sarjana Sastera (kanak-kanak psikologi klinikal) dari Universiti Denver 
(1978) Doktor Psikologi (Psy.D.) ijazah dalam bidang psikologi klinikal dari University of Denver
(1998) program sijil sesi beliau dalam pengajian Islam dari Imam Muhammad ibn Saud Islamic University

KEISLAMAN 
Dr. Jerald merupakan seorang paderi yang tersohor sebuah gereja di USA.  Beliau merupakan Ulama Injil yang dikagumi sehingga digelar sebagai Hollis Scholar yang mana tidak terusik 'iman' nya dengan segala anasir-anasir jahat yang boleh merubah agamanya.

untuk pengetahuan korunk, Dr. Jerald memeluk Islam pada tahun 1993 dan menyelesaikan Umrah serta Haji pada tahun 1999.  Beliau tertarik kepada Islam sebab pada ketika tu, beliau mempunyai tugasan untuk menyiasat atau pun membuat research tentang kuda-kuda Arab, so, beliau memerlukan seseorang untuk membantu beliau menterjemahkan penulisan Arab.  ketika ni, seorang warga Arab Islam bernama Jamal menghulurkan bantuan.

sedang mereka bertukar pendapat dan idea, dalam diam, Jamal berdakwah secara halus.. maksud halus kat sini adalah, Jamal meminta izin untuk solat di rumah bekas Paderi ini dan melalui solatnya, Dr. Jerald dan isteri tertarik untuk memeluk Islam.

*
so, kawan-kawan, besar kan kuasa Allah? bayangkan seorang paderi yang tebal "imannya" telah berubah untuk memilih Islam. Subhanallah :) Jadikan kisah ini sebagai kekuatuan Agama kita dan semoga kita tidak terlibat dalam golongan-golongan yang Murtad seperti yang hangat diperkatakan pada masa kini. Allahuakhbar!


Islam agama yang benar
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Post a Comment

6 Comments

Shira Mary Jenn said…
islam itu indah..sebab tu paderi yg "tebal" iman pon boleh tergoda dengan keindahan islam.. ;)
kinn said…
Alhamdulillah. semoga kita yg Islam ini terus kukuh imannya. :)
Anonymous said…
salam...selamat petang dan selamat berbuka puasa..

sangat terharu membaca entri ini...beginilah apabila Allah SWT memberi hidayah kepada hambaNya...
AMRI OTHMAN said…
wow,,,mengagumkan dgn info terkini di bulan ramadhan cam nie pulak tuh.... alhmdllh...!
=)