Thursday, August 4, 2011

Petua Mencuci Hati

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 8
Dalam bulan Ramadhan ni, ramai berebut-rebut mengejar pahala ibadat kerna di bulan yang mulia ini, telah dibuka semua pintu syurga dan ditutup bagi semua pintu neraka. Maka, rugilah jika tidak mengejar pahala Free yang telah Allah berikan.  Tetapi, kenapa masih ada yang tidak mengendahkan peluang ini? kerna.. hati mereka tidak dicuci dengan ilmu Allah.  


Petua Mencuci Hati

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a - “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w sebelum tidur

3. Solat taubat

4. Membaca Al-Quran - Sekurang- kurangnya bacalah“Qulhu-allah” sebanyak 3kali.

5. Berma’af-ma’afan sesama insan setiap hari

6. Bisikkan kepada diri perkara yang positif – katakan lah “Aku sebenarnya…." (perkara yang elok-elok belaka)

7. Set/Cuci minda – sebelum tidur, senyum, pejam mata, berdoalah/katakanlah di dalam hati tentang sesuatu kebaikan. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya. InsyaAllah

8. Berpuasa

9. Ingat tentang mati - dapat menghindarkan kita daripada melakukan dosa

10. Biar diri berwuduk sentiasa 

Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
Jadi kawan-kawan, mari kita cuci hati kita agar sentiasa melakukan perkara yang baik-baik.  Pernah dengar  kisah Nabi s.a.w dibedah Malaikat untuk dicuci hatinya? :) cetry google. 

sumber : Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

Ilmu Allah itu sangat luas
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

3 comments:

LADYHEART said...

thnkx 4 the info yer..:)

yad'z said...

jom sama2 sucikan hati... ^^

NasZ said...

betul tu. tips yang sangat bagus.. hati saya pun kena bersih ni.

MOHD NASER.com