Monday, August 1, 2011

Rahsia Sahur

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 2
hye everyone! :) sihat? Terawih? :) okay, kali ni aye nak share tentang rahsia sahur pula. actually aye dengar ceramah daripada Dr. Danial Zainal Abidin .. macam-macam yang diperbincangkan daripada buku tulisan Dr. Danial sendiri yang bertajuk "Tuan Bertanya, Dr. Danial Menjawab" , dikupas sedikit demi sedikit persoalan yang sering menjadi tanda tanya masyarakat. Melalui kupasan kali ini, Dr. Danial share tiga rahsia sahur untuk dikongsikan sesama kita. Apakah Rahsia Sahur itu? mari kita sama-sama terjah :)



Pertama
Merujuk kepada buku tulisan Dr. Danial soalan 34, di muka surat 93, Nas dari Rasulullah Nabi Muhammad s.a.w, diriwayatkan oleh Imam Bukhari & Muslim, yang bermaksud, "Bersahurlah kamu kerna pada sahur itu ada keberkatan" 

Dr. Danial cakap, kalau korunk berpuasa tapi tak sahur, puasa korunk still sah sebab sahur ni ianya sekadar ibadah jer tapi hukumnya sunat.  so, rugi sedikitlah bagi mereka yang tidak bersahur ni, sebab ..  korunk akan kehilangan keberkatan yang telah dijanjikan Allah seperti Nas Rasullah s.a.w diatas. :)

Kedua
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Senantiasalah umatKu berada dalam kebaikan selama mereka melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa" .. Sahabat Nabi s.a.w bertanya kepada sahabat yang lain, dikatakan melewatkan sahur itu, berapakah agak-agaknya lama / lewat yang dibolehkan sebelum masuk waktu subuh?

Sahabat Zaid bin Sabit r.a menjawab, "sekadar membaca 50 ayat sebelum sampai kepada waktu subuh" .. so korunk, Dr. Danial cakap lagi, keadaan ini lebih kurang dalam 10 - 15 minit yang mana merupakan waktu sahabat-sahabat bersahur bersama Rasulullah s.a.w .

Ketiga
yang terakhir ni, rahsia sahur yang Dr. Danial cakap, jika bersahur, InsyaAllah berpuasa itu tiada masalah. :) Bak kata orang putih, "no problem whatsoever" ... so, korunk.. bersahurlah walau seteguk air atau pun sebiji kurma :)

sumber : Baca @ Ramadhan

Bersahur itu ada keberkatannya
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

1 comment:

Nur Zulaikha said...

doa pada waktu sahur dan buka juga dimakbulkan..wallahu'alam..

http://wwwzuemygen91.blogspot.com/2011/07/ramadhan-yang-pertama.html