Monday, September 5, 2011

Doa dalam minyak wangi

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

hye korunk. selamat petang, dah lama rasanya tak update blog. selama seminggu cx bercuti daripada menulis. mesti korunk pelik kan, yelah .. everyday blog cx updated tapi cakap cuti. :) itu kan entry AUTOPUBLISH .. memang la update tapi cx tiada. hehe. 


kali ni cx nak share satu jenama minyak wangi ni keluaran daripada SK Fragrance. Minyak wangi ni diberi nama DD bagi singkatan 'dekat di hati selalu' . haa dah macam tv9 pula kan.. DD ni diimport daripada Perancis dan harga bagi sebotol DD adalah RM15. 

Farahsuzie yang juga pengasas jenama ini, DD diinspirasikan daripada jenama minyak wangi terkenal termasuklah Gucci, DKNY, Polo, Jadore, Burberry, Paris Hilton, Bvlgary, Armani dan JLo. Kata Farahsuzie, DD ini dikeluarkan untuk mereka yang mungkin kurang kemampuan untuk menggunakan minyak wangi antarabangsa yang harganya sangat tinggi.

Noraniza Idris merupakan artis yang merasmikan keluaran DD ini. Sebanyak empat set haruman dengan empat jenama yang berbeza diperkenalkan. Pek-pek tersebut iaitu pek famili (RM60), pek wanita (RM55), pek lelaki (RM55) dan pek untuk remaja (RM55). yang paling penting adalah, DD ini dibaca dengan surah Yusuf (ayat 4) bagi membangkitkan kecantikan dan surah Thoha (ayat 39) bagi membentuk keyakinan diri. surah ini dibaca oleh Ustaz yang bertauliah.


*minda celaru
jika sehari sebanyak 2000 botol dikeluarkan.. Ustaz tu baca untuk setiap botol ker? 



Inspirasi hidupku adalah 'kamu'
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

3 comments:

Gelugoq said...

haha.. mungkin baca sekaligus

____Myera Nyera said...

fuhh. minda celaru ek haha. tapi betul gak. -.-

sekamar rindu said...

salam..

nama minyak wangi pun dah menarik..
nak kena beli ni..:)