Friday, September 16, 2011

Erti cinta kepada dua jantina

Bismillahirahmanirahim
Assalammuaikum w.b.t

AP mode
Sangat mudah apabila melafazkan cinta jika tanpa perasaan dihati namun bagi mereka yang benar-benar merasakan dan mengerti apa itu cinta, sangat sukar baginya untuk melafazkan kerna terlalu bernilai kata cinta itu sehingga mereka sanggup melepaskan agar tidak pernah merasa kecewa.

You’ll always be a part of me
I’m part of you indefinitely
Girl don’t you know you can’t escape me
Cuz you’ll always be my baby..

Lelaki
Cinta pada lelaki adalah suatu perasaan yang tak mampu diungkapkan dan selalunya lelaki sangat sukar untuk jatuh cinta kerna cinta pertama lelaki adalah cinta selamanya.

Wanita
Cinta pada wanita adalah sesuatu yang sangat complicated kerna naluri wanita sangat seni dan sensitive.  Wanita juga tidak mudah jatuh cinta tetapi wanita mudah untuk memupuk rasa cinta itu buat si lelaki yang bergelar suami.

**

Lelaki
Mudah bagi lelaki untuk mencintai seorang wanita kerna telah Allah ciptakan tarikan bagi lelaki untuk tertarik terhadap kecantikan wanita.

Wanita
Mudah juga bagi wanita untuk mencintai seorang lelaki kerna wanita selalu menginginkan kasih-sayang dan perhatian daripada seorang lelaki.

**

Lelaki
Sukar untuk setia kerna lelaki sedia adanya tidak mampu untuk melawan nafsunya yang satu apabila adanya wanita lain yang cuba menggodanya.  Namun apabila lelaki itu setia, dia tidak akan pernah memandang wanita lain kerna wanita yang satu itu adalah segalanya bagi dirinya.

Wanita
Sangat setia kerna bagi wanita, cintanya hanya buat seorang lelaki yang disayangi dan tidak mudah berpaling tadah kerna hati wanita sangat ikhlas dan jujur dalam memberikan ketulusan.  Namun, wanita juga akan sukar setia apabila dirinya pernah ditipu atau dipermainkan oleh insane bergelar lelaki.

Jadi, cinta bagi dua jantina adalah sangat kompleks untuk ditafsir, apa yang perlu kita lakukan bagi memudahkan penafsiran tersebut adalah, lelaki dan wanita perlu ikhlas dalam memberi dan menerima cinta agar kesetiaan dan kasih sayang itu terpupuk sebatinya dalam hati selamanya. InsyaAllah.

*selingan
Cintaku kecundang ditengah jalan kerna dirimu yang tidak pernah tahu menilai antara kaca dan permata.

Belajarlah untuk setia
“lahirkanlah keikhlasan dihatimu”

1 comment:

Luqeem™ said...

kesetiaan dpt membawa kpd kebahgiaan..:D