Thursday, September 15, 2011

Jika Emak Sudah Tiada

Bismillahirahmanirahim
Assalammuaikum w.b.t

AP Mode
Kali ni cx nak share simple jerk. Cx nak cerita jika emak sudah tiada sebab ramai sangat pelajar yang dah besar panjang tapi sikit-sikit emak. Itu emak. Ini emak. Pada cx, kita boleh bermanja dengan emak kita tapi sila jangan menyusahkan mereka.

Maksud cx disini adalah, tak perlulah if beras kat rumah sewa dah habis pon nak cakap ‘emak.. beras kat rumah kita dah habislah..’ gggrr~ tak payah nak menggeletis sangatlah ya .. cuba simpati sedikit dengan keadaan emak yang semakin dimamah usia tuh.. Wake up guys! Berdikari~


Just try to put yourself in your mom’s shoes.  Memang seorang ibu tidak sanggup melihat anaknya susah tapi please, kita dah besar, dah boleh berfikir, sila berdikari dan sila guna akal fikiran yang Allah bagi untuk lebih matang dalam bertindak sendiri. Tak perlu sikit-sikit emak.

Contoh ya cx bagi, housemate cx ni berumur 21 tahun.  Jika diikutkan, dah boleh mendaftar mengundi and orang kata dah boleh jadi mak orang dah tapi kan, pili paip shower rumah rosak pon call mak dia. Ya Allah. No need la sayang .. dekat apartment ni kan dah ada pihak pengurusan. No need to call your mom .. kan mak dah risau and mak dia terus call pihak pengurusan.  Tak perlu semua tu kawan-kawan, just take action by yourself.

Cx bukan apa tau, sampai bila kita nak buat semua benda kena minta bantuan emak? Just imagine if korunk dah tiada emak? Imagine jerk kay, cx tidak mendoakan. *jangan nak pelik-pelik eh.  If mak dah tiada, korunk mesti hilang punca, yelah, dah terbiasa segalanya cakap kat mak dan hanya tahu dah siap jerk semua. Ya Allah kawan-kawan, belajarlah untuk berdikari ya. Kita dah besarlah sayang.

*pesanan Mak Temah
Penat mak bela kau bertahun-tahun sampai kau besar belajar tinggi-tinggi, kau still nak susahkan emak kau. Takkan seluar dalam koyak pon still nak suruh emak jahitkan? Renungkanlah ..

Hargailah ibu tersayang
“lahirkanlah keikhlasan dihatimu”

4 comments:

Cik Mimie said...

kalau rase sesuatu bnde tu boley settle sndri, bek settlekan sndri kan.
tak payah dok nak call mak memanjang.
semua org pn ade hal msg2..

Aimifiqa said...

betul2. tak bolh bayangkan jika emak tiada nnt. takut snagt. tapi benda itu akan dilalui satu hari nanti.

My Name is Mar said...

seluar dalam koyak, selalunya buang terus..
ho-ho-ho!

Nafisah Ruslan said...

ini mungkin sebab dia anak manja kot. tapi dah besar sampai 21 thn tu memang agak malang lah kalau semua bende pun xtau buat..