Thursday, September 15, 2011

Kenapa bukan aku?

Bismillahirahmanirahim
Assalammuaikum w.b.t

AP Mode
Hye korunk. Dalam dunia ni, tak semua yang kita nak akan kita dapat. Sebab apa? Sebab Allah telah aturkan segalanya buat kita. Cuma kita sahaja yang tidak pernah mampu untuk membatasi pemikiran yang telah Allah berikan. Bagi mengelakkan kita terpesong jauh, lebih baik jika kita mengucapkan syukur kepada Allah agar iman kita tetap teguh. InsyaAllah.


Kita selalu bertanya kenapa bukan aku? Contohnya, kenapa dia boleh dapat kereta daripada parents dia dan kenapa bukan aku juga begitu? Kenapa jodoh dia cepat tapi kenapa tidak aku? Begitulah persoalan kita apabila kita lihat sesuatu yang dimiliki oleh orang lain dan tidak pula kita yang memilikinya. 

Kawan-kawan, kita sebagai manusia biasa tidak akan pernah terlepas daripada inginkan sesuatu agar hidup kita lebih sempurna. Tapi tahukah anda apabila Allah tidak izinkan kita memiliki sesuatu itu di awal waktu adalah kerna Allah telah aturkan sesuatu yang lebih baik pada kemudian waktunya nanti?

Tak susah untuk mengelakkan kita bersikap tidak puas hati dan tidak bersyukur terhadap Allah. Apa yang kita mampu buat adalah sentiasa fikir positif dan jika setiap kali kita tidak berpuas hati timbul persoalan kenapa bukan aku? .. cepat-cepatlah soal diri kita sendiri, kenapa Allah tak izinkan aku mempunyai kereta ketika belajar adalah kerana aku akan memerlukan banyak belanja untuk minyak kereta dan kemungkinan besar aku akan berjalan tidak ingat dunia sehingga alpa bahawa aku seorang student.

Memang mudah kan bila kita berbicara? Tapi bagi melaksanakannya? Amat sukar tapi percayalah, tanamkan semangat dan jangan putus asa agar kita kekal dengan rasa syukur terhadap qada’ dan qadar Allah. InsyaAllah J

Ucapkanlah Alhamdulillah
“lahirkanlah keikhlasan dihatimu”

2 comments:

Wanie said...

kenape bukan aku yg dapat keje?
itulah yg bermain dekat otak skang ni..
tp sentiasa pike positif..hehe

keta lepas dah keje nanti pakai la ye cx..
mungkin keluarga diorang senang, boleh la parent nak support :)

pCL [p@kcikLie] said...

alhamdulillah..aku bersyukur dgn apa yg aku ada skrg ni...tq kerana mengigatkan..tp knp bkn aku yg mengigatkan korang sumer...!