Saturday, September 17, 2011

Rentung selepas menyeludup

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

hye korunk. tadi cx tengok berita tv1. then antara berita yang menarik perhatian cx untuk share adalah kisah dua penyeludup yang rentung apabila kereta yang mereka pandu terjunam kedalam tali air kering. dipercayai mereka membawa 30 tong diesel yang kemungkinan besar penyebab kebakaran. kejadian berlaku di Tumpat, Kelantan. 

sekadar hiasan
mengikut sumber berita tv1 tadi, dua orang ni masih belum dikenalpasti identitinya sebab kedua-dua mangsa rentung habis.  mereka cuba melarikan diri daripada sekatan polis dengan membuat pusingan U dan sejurus itu kereta mereka terjunam ke tali air. 

begitulah balasan Allah ya kawan-kawan.  banyak lagi pekerjaan di dunia ni yang Allah bagi kepada kita untuk mendapatkan rezeki yang halal tapi kebanyakkan kita pilih jalan seperti ini untuk kaya cepat even salah disisi agama dan undang-undang. insaflah sementara masa itu ada. 

Kembalilah kejalan yang benar
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"