Sunday, October 9, 2011

hidang air kopi maknanya disuruh balik?

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

cx nak cerita, kalau kita dekat Malaysia ni, orang kalau datang, kita hidangkan air terlebih dahulu kan? sebagai tanda kita menghargai kedatangan mereka and maybe boleh cakap, sebagai pembuka bicara. kemudiannya baru kita hidangkan food sebagai santapan. yelah kan, orang datang takkan bagi air jerk. itulah adat kita dekat Malaysia ni tak kiralah kita bangsa apa pun. mesti kita akan menghormati tetamu kita.


dan selalunya jika santapan dah selesai, kita akan buat lagi air teh atau air kopi atau air apa-apa pon untuk kita berborak pula kan. biasalah bila tetamu datang, takkan nak berborak kosong jerk. kita akan rasa segan kalau nothing untuk dihidangkan. at least ada juga air teh dan biskut cap ping pong tuh. hehehe

sebaliknya jika kita berada di Arab, jika kita bertandang kerumah mereka, mereka akan hidangkan kita dengan makanan yang sangat banyak untuk dimakan. mereka akan suruh kita makan even kita kata tidak  mengapa di mulut tetapi dihati riang kegembiraan sebab dapat makan. then korunk, apabila anda menziarahi rakan, bila korunk dah duduk berborak tak ingat dunia. then tiba-tiba diorunk buat air kopi untuk bagi pada korunk.  silalah angkat kaki dan punggung untuk beredar ya. :)

adat kita berbeza. kalau di Malaysia, bila air kopi dihidang, means tuan rumah nak berborak lama dengan kita tapi bila di Arab, itu maknanya petanda tuan rumah suruh korunk berambus beredar tanpa perlu kata apa-apa. so, faham-faham jelah ya. huhu. 

belajarlah dan ketahuilah budaya orang lain
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

5 comments:

sekamar rindu said...

salam...cx,

kena kaji tu nape..hidang kopi disuruh balik..? pelik juga kan..?

:)) apa khabar cx?

pinky_liscious said...

pergh...tak sangka eh..kalu air milo ade tak??hehehe

Ku Azhar said...

kalau kita xminum kopi..xpyh blk la? hehehe

Dhia BellamiZam said...

biaQ btoi..kwn2 kt mesir x pnah cite pon..huhu

cx's said...

@Dhia BellamiZam hahaha. pensyarah cerita yg member die dok Arab tp just certain area yg adatnya cmtu kot. im not sure la kan. lecturer mane plak nk menipu student die. heheh :)