Tuesday, October 4, 2011

jenis-jenis perempuan yang SELEKEH

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

saja nak share. tiada motif menganjing atau menghina mana-mana pihak tetapi sebagai PEREMPUAN, silalah menjaga kebersihan diri sendiri dan sekeliling anda kerna anda adalah tulang belakang kejayaan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. 


1. keluar rumah cantik, tapi dekat rumah, baju berlonggok tak basuh, bekas McD atas katil ditinggalkan.. air milo basi dalam cawan saja diletak bersepah.  baju dah basuh, malas nak sidai terus peruk dalam beg baju. 

2. lembut tutur kata bila berbicara dengan lelaki tapi bila dah serumah, cakap dengan mak tengking-tengking minta duit.  cakap tak cukup duit beli buku tapi bila mak dah bank in duit, terus pergi McD. 

3. tampak kemas bila kenal secara luaran, bila dah serumah, duduk sebelah dah berbau masam.  mandi tak bersabun kot.  baju bau busuk sebab pakai baju lembap.

4. geli bila tandas kotor tapi lepas melabur saham, dibiar satu rumah semerbak dengan perfume semula jadi tuh. silalah bersihkan keadaan supaya hilang segala bau.  dalam Islam pun suruh bersuci sehingga hilang bau, camne lah boleh dibiar jerk keadaan tersebut. janganlah bagi orang lain pula bersihkan najis tu.. berdosa tahu tak? 

*
so kawan-kawan, sebagai seorang perempuan dewasa, rasanya tak perlu untuk ditegur selalu.  daripada kecil kita telah dididik menjaga kebersihan. sedangkan Islam pun agama yang bersih. sila berubah demi kebaikan diri sendiri. bukan untuk orang lain tetapi kehidupan diri sendiri kelak. terimalah teguran sahabat sekeliling.  kami ambil tahu sebab kami sayang anda. 

jagalah kebersihan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

4 comments:

maszull said...

salam cx's...betul tu sebenarnya kebersihan ini bermula dr rumah tapi kalau rumah dah mcm tu apa cite wahai gadis2 yg begini...

berubahlah sebelum terlambatkn...:)

AwieKashi said...

tettttt!!
di reject...!
huhu...

*tetiba je... ^.^

alia zainol said...

Allah sukakan kebersihan :)

Dhia BellamiZam said...

stuju ngn maszull...sy ade roomate yg bley kwang suke tangkap muat la..aish xtao nk ckp la..time duty dlm bilik smpi 10x kne ingt kn bru nk buat..cmne la kt umh tu agk nye...hmmm...