Monday, October 24, 2011

Proses Kejadian Nabi Adam a.s

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

before this cx ada update tentang Jenis Tanah yang digunakan untuk mencipta Nabi Adam a.s ... dan kali ni nak share tentang proses kejadian Nabi Adam a.s .. semoga kita mendapat manfaatnya bersama. Insyaallah. 

Menurut Ibnu Abbas

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Ingatlah Allah sentiasa
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

4 comments:

azu said...

KAGUM..MASYAALLAH~

Ku Azhar said...

bgus2...kena tau gak hal nie..

NURUL AINI NORAZMAN said...

wahhh cx...nice sharing, baru aini tahu begini rupanya Nabi Adam dicipta..

maszull said...

assalamualaikum cx's...begitu sempurna Allah menjadikan Adam kn...