Tuesday, November 15, 2011

Doa Pengikat Kasih

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Banyak rumahtangga runtuh kerana hilang kasih sayang di tengah jalan walaupun pada awalnya dibina atas cinta yang suci. Pelik dan ajaib kerana setelah sekian lama berkasih sayang, tiba-tiba hilang perasaan kasih sayang terhadap pasangan masing-masing. Timbul rasa menyampah dan benci yang amat sangat. Jika terkena sihir berubatlah. Jika bukan disebabkan sihir mungkin faktor luaran. Berusahalah memperbaiki perhubungan itu serta berdoa dan bertawakal kepadaNya.

Amalkan ayat dari surah-surah ini, insyaAllah. Semuga Allah perkenankan doa hambaNya.

DOA PENGIKAT KASIH (1)


Maksudnya: 
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu.” Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

DOA PENGIKAT KASIH (2)


Maksudnya:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

MAK TEMAH's advice:
korunk yang belum berkahwin, tak payah menggatal nak ikat-ikat kasih sayang ya. amalkanlah demi kebaikan. jika diamalkan untuk niat yang salah, jawablah di akhirat kelak. :) 


Tingginya Kasih Sayang Allah buat HambaNya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

1 comment:

syazwani 'atiqah said...

br nk gune ayat nie..tp xde calon..mak temah pn ade pesan,blom kawen xbole gatal2 nk ikat2 kasih syg..heee...