Thursday, November 10, 2011

santai : cerita pendek

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



Seorang petani bingung memikirkan ternakan ayamnya yang setiap hari lima enam ekor mati dilanggar kereta. Dia menghubungi balai polis terdekat meminta dipasang papan tanda.

Beberapa hari kemudian terpampanglah papan tanda yang berbunyi: 
PERLAHAN – TERNAKAN MELINTAS.

Tiga hari kemudian petani itu menghubungi ketua balai, papan tanda itu tidak berkesan. “Masih banyak ayam saya mati, pemandu tetap memandu laju”, katanya sambil meminta kebenaran memasang papan tanda sendiri. Ketua balai setuju.

Sejak itu petani tersebut tidak lagi membuat aduan. Ketua balai berfikir, apakah papan tanda yang ditulis sehingga pemandu di kawsan itu mengbah haluan. “Mungkin boleh diguna pakai di mana-mana”, bisiknya.

Terkejut ketua balai ketika meninjau kawasan itu apabila dia ternampak papan tanda bertulis: 
PERLAHAN – KAWASAN ORANG BERBOGEL.


ketawa itu senaman muka yang baik
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

2 comments:

maszull said...

assalamualaikum CX'S...hahaha kelakar jer...:)

alia zainol said...

cett apadaa :D