Thursday, November 10, 2011

Syarat Melakukan MAKSIAT *1


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

SYARAT PERTAMA
Lelaki: “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham: “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Lelaki: “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”
Ibrahim bin Adham: “Ya! Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

SYARAT KEDUA
Ibrahim bin Adham: “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya,
 “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
Lelaki: “Ya! Anda benar.”

SYARAT KETIGA
Ibrahim bin Adham: “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”
Lelaki: “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
Ibrahim bin Adham: “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?”

*to be continued*

Allah Maha Pengampun
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

1 comment:

cerita best said...

NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman blpg pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow...follow pakjoe blk tau hahaha