Thursday, November 10, 2011

Syarat Melakukan MAKSIAT *2

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


*sambungan daripada Syarat Melakukan Maksiat *1

Lelaki: Mengangguk dan meminta syarat yang keempat. 
Ibrahim bin Adham:, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, 
Lelaki: “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
Ibrahim bin Adham:“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

Lelaki: “Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim bin Adham: “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. 
Lelaki itu berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. 
“MULAI SAAT INI, AKU BERTAUBAT KEPADA ALLAH” katanya sambil terisak-isak.

Allahu a’lam bisshawab.

Ampunkanlah dosaku Ya Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

1 comment:

Bumblebee said...

kalo sng bak dikata..huhu~