Monday, November 7, 2011

Taktik Baru Pencuri - Kertas Putih pada Cermin Belakang Kereta

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

hye semua. tadi cx terbaca sesuatu yang mengejutkan. TAKTIK TERBARU pencuri untuk memperdayakan kita sebagai mangsa.  pesan ni adalah pesan daripada pihak polis. cx rasa bertanggungjawab untuk share sebab cx risau akan keselamatan kita bersama ..



" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar-sebarkan.. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yang melekat ditengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi. Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum adam dan hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci-kunci kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian.


Berhati-hati walau dimanapun berada
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

3 comments:

maszull said...

assalamualaikum CX'S....izinkn mama nak share info ni yer utk pengetahuan semua kekawan...:)

alia zainol said...

hayyo banyak betul taktik2 penyamun ni...

cx's said...

@maszull silakan mama :)