Thursday, June 30, 2011

antara yang menyentuh hati

Bismillahirahmanirahim 
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 80
entry ni saje je nak share.  antara lagu-lagu yang benar-benar menyentuh hati aye.. kalau dengar dan hayati liriknya.. confirm mengalir airmata.. sayu sangat kata-kata lirik tu.. tambah lagi dengan nyanyian penyanyi yang penuh makna... =') semua lagu nyanyian kumpulan nasyid De'Hearty. 


De' Hearty - Permata Yang Dicari 


Lirik 

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui

Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


De'Hearty - Wanita


Lirik 

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


De'Hearty - Pasrah Segalanya


Lirik 

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tomahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiada siapa yang sudi membela

Ku tabahkan hatiku harungi hidup
Biar pun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di laluan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai

Namunku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Ku serahkan segala pada-Mu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta

Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah ku temui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai

Ya Allah Engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabah ku menghadapi dugaan
Agar tidak ku berhenti di pertengahan

Namunku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Serasa bagai noktah telah ku temui
Mengakhiri segala yang pernah ku mulai

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah ku temui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai

Ya Allah Engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabah ku menghadapi dugaan
Agar tidak ku terhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malam ku berkalut benci


okay. itu aje. =) tq sudi singgah.


insaf dan sesal tatkala terkenang dosa
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

mungkin sesaat lagi itu adalah ajal kita

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 79
entry ni aye baca daripada akhbar harian metro.. apa yang nak sangat aye share adalah tentang ajal.. sudahkah kita bersedia akannya? adakah kita ada membuat silap dengan sesiapa sebelum ini? marilah kita memohon keampuanan sementara masa masih ada.. 

USUNG...anggota polis dan keluarga mengangkat mayat Mohd Zamzuri Irwan (gambar kecil).

apa yang aye baca tadi, terjadi dekat Terengganu.. memang benar kata orang.. naluri seorang ibu sangat tepat apabila adanya terdetik sesuatu.. mangsa Mohd Zamzuri Irwan seorang yang banyak bercakap selama ni, tiba-tiba je dia berubah .. lepas mangsa basuh motor yang baru dibeli sebulan lepas.. tiba-tiba mangsa pergi minta maaf dengan ibunya.. kalau korunk.. korunk pun akan pelik kan? itulah petanda .. 

mangsa actually accident dengan kereta Proton Wira. masa tu, mangsa menunggang motosikal dengan kawan dia.. Namun, mangsa tercampak jauh yang menyebabkan kecederaan teruk.. kawan mangsa pulak.. terseret dan koma sampai sekarang..

kawan-kawan, marilah kita beringat sesama kita.. jika kita mempunyai kesilapan yang mungkin sedar atau tidak.. mintalah maaf. ajal maut semua di tangan Allah.. kita sebagai manusia perlulah bersiap sedia agar tidak terlambat.. 

sumber : click sini


tak perlu tunggu raya jika mahu memohon keampunan
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

dipenjara kerana gigit isteri

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 78
good morning semua! harap semua sihat hendaknya ya.. ok, dah baca paper hari ni? heheh.. pagi-pagi lagi dah buat lawak lah dunia kita ni.. kenapa? 

okay, tadi aye terbaca sebuah kisah .. seorang penoreh getah berusia 28 ni dia dipenjarakan sebab dia gigit isteri dia. hehhe. mau tak tergelak membacanya? lucu kan? tapi itulah kan.. lumrah asam garam rumahtangga. ceh.. macam dah kahwin pulak kan. hehehe


fyi .. penoreh getah tu baru je berkahwin dua tahun lalu .. diorunk belum ada rezeki untuk dapat anak.. isteri dia plak baru 23 tahun.. kes ni terjadi sebab isteri dia yang tak sihat tu menolak permintaan dia untuk bersama.. hurm.. macam-macam boleh jadi sekarang kan? kadang-kadang tak masuk dek akal.. 

Mohd Shakri Ismail dikenakan bayaran ikat jamin sebanyak RM7 ribu dengan seorang penjamin .. tapi dia tak mampu, so sekarang ni, dia telah dipenjarakan .. sebab takde yang nak menjamin .. makanya, dia sekarang kena tunggu kes dia disebut kembali pada 25 Julai 2011 ni.. 


kalau korunk nak tahu lebih lanjut kenapa dan sebab apa dia gigit isteri dia.. dekat mana kena gigit.. korunk leh lah singgah kat sini .. okaylah.. selamat membaca! =)


dunia sekarang.. macam-macam ada
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

adat bercinta la kan..

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 77
ade lagi idea budak ni? aish.. layankan aje lah kan.. okay.. kat sini nak share sikit jerk.. siket ke? okay, kita tengok brapa banyak sikit yang ada.. =) 

orite .. kalau korunk bercinta .. perasan tak kadang-kadang kita atau partner kita terlalu demand? terserlahlah segala kekurangan dan kebosanan. hahaha. okay, kat sini aye nak share apa tindakan yang korunk selalu lepas pandang kadang-kadang.. then.. apa yang important tapi tak diendah tapi tak important.. dikesahkannya pulak..  let's go .. 


1. kalau bf/gf korunk call even tak penting .. please, call her/his back.. sebab apa?? kadang-kadang kalau korunk dengan kawan-kawan, bila call .. mesti korunk call back rite? so, nape tak boleh praktik pada gf/bf korunk? susah ke? kot-kot lah itu saat terakhir dia kat dunia ni.. tak ke korunk nyosal seumur hidup? 

2. kalau dah duduk jaoh.. then dah tau yang bf/gf korunk tuh memang sangat banyak spend time dengan famili.. kemana pon mesti dengan famili.. takde maknenya nak berdating dengan atok/nenek jiran sebelah.. so, tak perlulah korunk nak gelabah sangat cakap "nape lalink tak bagitahu anje yang lalink kuar dengan famili?.. risau anje tau" eh! aye cepuk jugak kang orang camni.. tak payah lah menggedik sangat.. depa tu still dibawah tanggungjawab famili.. so nak risau ape kalau diorunk dengan famili? weh.. sedar sikit taraf anda dimana ya.. bukan tak hormat tapi fikirlah kan.. dengan famili je kot.. takkan nak bagitahu gak setiap saat? 

3. ini kes kalau korunk takde idea nak cakap tapi dok gatal gak dial number gf/bf korunk.. taulah rindu bagai .. tapi kalau ko dah call then cakap "anje takde pape lagi ekh nak cakap dengan lalink?" eh!! sape yang call sape plak yang kena cakap ni? aish.. tak paham kan? then, bolehlah disalahkan cuz takde ape nak dishare.. dah ko yang call minah/mamat tu.. dah ko plak yang nak gelabah lebih.. please lah kan.. 

4. dulu before bercinta .. cakap "saya nak gak masa saya dengan kawan-kawan, takkan saya nak mesej awak je kan, tolonglah faham.." waaaaaaahh~ fine .. accepted! cuz nothing between them.. tup-tup bercinta couple bagai.. dah lain plak situasi dia ... "aishh.. napa awak tak mesej saya?? lama tau saya tunggu.. awak pergi mana? saya risaulah.. sunyilah tanpa awak" huk aloh.. gile tak gile?? perlu ke korunk tunggu partner korunk yang text sedangkan before tu korunk pernah warning pasal spend time dengan member.. erk? sape nak jawab? 


haaa.... camno?? ok2.. tiap orang lain-lain pendapat kan.. so, if ada yang nak sangkal menyangkal.. silakan. aye tak kisah.. kita hidup ni berbeza pengalaman.. tak rugi pun kalau share.. thanks sudi baca!! =) 

p/s : cerita tersebut tidak ada kena mengena dengan sesiapa.. rekaan semata-mata melalui pengamatan sekeliling. tq!


sebelum kahwin semuanya indah.. dah kahwin?
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

tolong! pencuri masuk rumah aye.

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 76
hye korunk! selamat malam. eh salah.. selamat pagi. huhh~ korunk tau tak malam-malam camni bahaya? even dirumah sendiri? disini, aye nak ingatkan pada semua.. jangan lupa kunci pintu rumah.. rapat tingkap .. tutup segala punca pintu .. sebelum korunk lelap mata. haaa.. da cek lom? 


tadi sedang aye BW .. tiba-tiba aye dengar bunyi bising dari atas siling rumah aye.. dekat ruang tamu. gulp~ tak berderau darah? dah la sorang-sorang ni.. lama gak la bunyi tuh. rumah aye dah la bahagian tepi sekali .. punca utama proses memanjat berlaku untuk penjenayah.. 

korunk.. biasanya, penjenayah akan mula beroperasi dalam sekitar jam 1:30 pagi - 3:00 pagi .. so korunk.. silalah berhati-hati... jika terdengar sebarang bunyi yang mencurigakan.. sila cek .. pastikan keselamatan anda terjamin.  zaman sekarang ni.. kita tak boleh nak jangka sangat.. 


mesti korunk fikir bunyi tadi tu bunyi tikus kan? mustahil.. tikus kalau berjalan pun.. mana bunyi.. lain lah kalau dia berlari.. pantas kot.. tak macam orang yang sedang tinggalkan jejek disiling.. bayangkan.. then.. bunyi tu ada lah dalam 5minit.. risau gak aye.. kucing-kucing kat rumah aye ni sume tercengang dengar bunyi tu.. 

then korunk nak tau lagi? aye pon pegi lah cek segala tempat kan.. makesure semua berkunci.. tapi tadi selang dalam 10minit gitu .. tiba-tiba bunyi macam besi jatuh.. gulp~ terdiam seketika .. nak kejut mak.. kesian plak. so, aye diamkan . selidik lagi bunyi.. huh.. risau wooo..


dahlah itu ari jiran aye punya anak ada bagitahu yang dia terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan kat atas bumbung rumah dia.. haishh. seram.. then bulan bila ntah.. jiran belakang uma aye plak kena rompak.. waktu-waktu camni ye kawan-kawan.. tak ke cuak aye sekarang ni? 

okaylah kawan-kawan, makesure korunk jaga diri dan keselamatan orang sekeliling.. sediakan segala kelengkapan rumah seperti security alarm.. maybe la kan.. okay.. take care everyone!! 


duniawi sekadar tempat pelakon Allah berseni
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Wednesday, June 29, 2011

lelaki kedekut? euwww~

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 75
selamat petang readers! =) kali ni nak cite pasal lelaki kedekut. hehe. asal lak kan? ok, tadi aye tengok drama kat TV2 .. dalam pukul 12 lebih kot.. tak perasan plak. tajuk drama tu GILA .. hee. kenapa gile? haaa.... nak cite la kat sini.. GILA KEDEKUT! haishhh~


dalam cite tu kan. lelaki tu sape ntah nama pelakon tu.. dia boleh eh tawar menawar dengan mak bapak pompuan yang dia nak ni.. leh plak dia kena fikir dulu .. nak keluar duit atau nak lepaskan je perempuan tu? haha. lawak lah.. camtu pun ade kan? padehal dia adalah seorang pegawai yang paling berjaya dapatkan client dengan jumlah yang tertinggi.. aish. sampaikan makan pun. dia keluarkan duit syiling dalam beg duit kecik yang makcik-makcik selalu bawak pegi pasau.. Ya Allah.. malu aih .. 

dalam banyak-banyak lelaki kat dunia ni la kan.. simpang lah malaikat 44 kalau terdapat lelaki kedekut ni.. korunk sanggup ke? maybe ada yang kate sanggup .. yelah, cinta itu kan buta.. so, anything can happen.. BUT .. korunk tau tak yang lelaki kedekut ini sangat-sangat melimpah ruah rezekinya?? eh sat.. bukan lelaki tetapi orang yang kedekut .. kita open sikit space topic ni.. kenapa aye cakap orang yang kedekut ni melimpah ruah rezekinya? sebab .. 

apabila seseorang itu kedekut .. maka Allah akan berikan kepada mereka kelebihan dan rezeki yang melimpah ruah yang akhirnya tidak memberikan manfaat kepada orang itu.  

kenapa orang kedekut ni selalu sangat dapat rezeki yang banyak? okay , aye bagi contoh .. korunk pernah jumpa orang yang benar-benar kedekut? okay.. aye ade seorang.. tak perlu aye sebut disini.. membuka aib orang tu.. tapi kat sini aye nak share je ye untuk dibuat pengajaran... 


beliau yang si kedekut ni.. rumah mewah .. duit tiap-tiap bulan anak bagi.. pohon-pohon semua berbuah ranum banyaknya .. TAPI ... korunk tau disebalik kemewahan beliau .. akan ada satu yang Allah tarik kenikmatan itu daripada mereka yang kedekut ini .. iaitu anak-anak beliau.. kenapa? even anak-anak beliau bagi duit tiap-tiap bulan.. tapi.. dalam setahun .. 1, 2 kali belum tentu anak-anak beliau balik.. dan pohon-pohon beliau yang berbuah ranum itu .. tidak terjamah langsung.. tupai pun tidak menyentuhnya .. and finally.. buah-buah itu busuk dan gugur bersepah diruang tanamannya .. 

korunk boleh nampak tak apa yang aye cuba sampaikan?? kita dekat dunia ni.. segala rezeki dan kurniaan adalah harta Allah .. jadi.. buat apa kita kedekut untuk berkongsi harta Allah dengan orang lain? tak rugi pun kalau kita share. 


Rasulullah s.a.w bersabda:
 “Takutilah kamu akan bakhil, kerana bakhil itu pernah membinasakan orang dahulu daripada kamu sehingga mereka suka mengalirkan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang diharamkan ke atas mereka.”


Allah bagi kita jalan yang sangat luas untuk kita dapat rezeki dalam macam-macam bentuk.. jadi.. selagi kita berpeluang bernafas, manfaatlah harta untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain kerana rezeki yang kita miliki kadangkala ada hak kepada orang lain.


Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam, maksudnya:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu tergantung di Arasy, yang dikirim oleh Allah kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.


Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu: menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil terhadap diri (sendiri) dan memberi salam kepada orang lain,” (Riwayat Ahmad)


okaylah kawan-kawan.. janganlah terlalu kedekut yang kononnya berjimat tetapi sanggup bergadai dunia untuk duit.. ingatlah.. duit tidak membawa kita ke syurga.. meh sini aye kasi contoh-contoh orang kedekut punya fe'el .. 

. Seorang lelaki telah tidur di rumah orang kaya kufah (Iraq). Ketika waktu malam lelaki tersebut melihat tuan rumah telah membolak balik tubuh anak-anaknya kekanan dan kekiri.

Apabila sampai waktu subuh, tetamu tadi bertanya "Kenapa kamu berbuat demikian kepada anakmu?" Tuan rumah itu menjawab "Budak-budak ni telah makan sebelum tidur dan tidur mengiring ke kiri.

Makanan tadi akan diproses dan turun yang menyebabkan mereka bangkit pagi kelaparan. Aku pun membolak balik tubuh mereka ke kanan dan ke kiri supaya makanan tadi tidak cepat hadam dan mereka tidak merasa lapar bila bangun dari tidor."

jika korunk semua nak tahu lebih lanjut tentang kedekut. .boleh klik kat sini , sini dan sini .. sekian aje daripada aye.. jika ada salah dan silap .. harap ada teguran .. terima kasih sudi baca! =)


beramallah didunia kelak mudah diakhirat
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

suka tak suka orang komen entry kita?

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 74
hye everyone! selamat pagi.. sihat? dah sarapan? dah mandi? wah~ banyaknya soalan. huhu.. okay kawan-kawan, entry hari ni adalah berkaitan komen. aye just nak share pendapat.. kalau anda pon ade pendapat. silakan join skali. =) 

orite.. korunk suka tak if orang komen entry anda? mesti gile excited an bila first time ada orang tinggalkan komen dekat komen box kita kan? sapa yang tak excited? meh sini aye cepuk siket.. tipu la tu kalau tak excited.. once people leave their comment.. that's mean penulisan kita mula disukai .. kan? so, tipulah kalau tak happy bagai kan...


cecomment. ahakz~


tapi kan.. apa yang aye perasanlah .. adat komen dan berbalas ni macam tak dipandang sangat.. sorry to say but for me la.. pendapat aye je ye. jangan kondem lebih-lebih . tiap orang ada hak bersuara. ahaha tiba2 plak. heheh. ok2.. pada pendapat aye lah kan.. bila orang komen.. actually kita kena balas. kenapa? itu bukti penghargaan kita terhadap orang yang komen itu.. =) 

or maybe ada yang terlepas pandang.. dan mungkin boleh dimaafkan.. tahu tak bila kita reply komen blogger tersebut.. blogger tersebut akan lebih suka untuk singgah dan komen entry-entry kita yang seterusnya.. macam susah jerk nak percaya kan? heheh. tapi cuba anda praktikkan.. apa yang anda akan perolehi? nanti share k.. =) 


here.. bila kita bersungguh-sungguh balas komen mereka.. mereka akan terus kekal dengan kita.. camne ekh nak cakap. camni lah senang. bila diorunk komen dan nothing we do for that comment.. ia seolah-olah cakap dengan robot. like that lah.. 

BUT .. okay.. ada juga yang sangkal-menyangkal dekat sini okay.. ada TETAPI disini.. okay.. kawan-kawan.. apa yang aye cakap ni. aye lebih cakap tentang diri aye sebab aye ni still lagi baru menapak dan orang komen pon sikit2 jer.. so, aye pon ade lah masa nak reply kan. jadi.. aye tak salahkan pada yang tidak reply komen blogger lain ..yelah.. korunk bayangkan macam blogger femes kita .. contoh terdekat lah ekh.. abg Ben.. kenapa pulak? 


ini aye suka.. cuz semua orang leh comment. =)


haaa.. nak cite la ni.. kalau dah sume orang yang beriban-riban yang follow beliau itu minta abg Ben reply komen diorunk.. korunk rase.. tercabut tak jari jemari abg Ben?? haaa... so, disini . aye tak tuding jari pada sesiapa okay .. ini just pendapat aye because people akan rasa lebih dihargai .. itu sahaja.. tak lebih tak kurang.. kalau kurang rasa, tambah garam.. ok?? 

sorry and if you have any idea to suggest.. silakan. =) 


bertukar pandangan mampu mematangkan fikiran
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Tuesday, June 28, 2011

jom join contest "Header Blog Meletop"

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 73
okay, entry ni sangat simple dan ringkas serta padat. just nak promote.. jom join contest my friend.. click banner if you want to join it .. faster!! duedate 28 july 2011 ~ =) 

ceclick ceclick =)

cepat tau korunk!! hadiah lumayan menanti .. goodluck peeps!! =)


jom gila meroyan dengan contest!
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

UmarFaruq : Bloglist dan Review

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 72
contest dan segmen lagi.. gila betul aye ni kan? hahah. tanpa usaha .. takde kejayaan ye kawan-kawan .. =) bertatihlah selalu agar pandai berjalan kelak.. jom teroskan!


STEP 1 :
macam biasa buat entri khas tentang "UmarFaruq : Bloglist dan Review"
p/s : sila guna pensil 2B


STEP 2 :
letak header blog beliau
p/s : letak dan hempap pakai batubata tak kasi terbang

click kalau nak join


STEP 3 :
follow beliau 
p/s : jangan lupa pasang GPS


STEP 4 :
letak beliau dalam bloglist blog. tempek bukti skali.
p/s : tangkap gambar pakai camera DSLR



STEP 5 :
letak link entri yang dah siap dekat komen box beliau 
p/s : sebelum letak baca Bismillah


duetime  
12tengahari esok hari.
29 Jun 2011


okay done. 
thanks umarfaruq because give me a chance to join your segmen! =)


usaha tangga kejayaan
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

kotak bulat promote blog

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 71
okay.. next contest nak join ni. jom ramai-ramai!! let's go .. don't waste your time .. =) 


STEP 1 :
letak header 
p/s : letak jerk.. kalau angin tiup ..korunk tengok jer. 

click header kalau nak join


STEP 2 :
buat entri tajuk ni "kotak bulat promote blog"


STEP 3 :
kenapa nak dipromote kat blog beliau itu?
__ sebab dan kerana aye saja je nak soh promote blog aye yang baru nak menapak ni.. huhu. cam biase jawapan pon macam orang lain.. nak ramai lagi kenalan.. dunia blogger an besar.. =) __


STEP 4 :
link jerk entry ni dekat komen box owner


buletin 
p/s : duetime 11:59 pm today.


okay ciap! =) yeaaaahh~
thanks nazihanali cuz give me a chance to join your segmen! =)


makin teruja join segmen dan contest
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

ATM didasar laut

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 70
hye korunk!! haaa.. canggih tak dunia sekarang? haha. ATM dalam laut kot.. bolehlah korunk shopping dalam laut tuh kan. heheh kidding jerk kawan-kawan.. apa yang aye nak share ni actually sesuatu perkara yang murni .. 



korunk tau tak.. ATM Bank Rakyat telah diturunkan ke dasar laut Pulau Tioman hari ini? sebab apa? itulah dia antara niat murni Bank Rakyat apabila mereka mengubahsuai ATM itu menjadi tukun tiruan untuk membantu  menjadikan tempat pembiakan ikan dan terumbu karang di pulau antara 10 tercantik di dunia itu.

terbaik kan? =) untunglah hidupan laut tu kan dapat tengok ATM .. heheh.. =)  Ketua Wilayah Selatan Bank Rakyat, Nazaruddin Zainal Abidin cakap. semua usaha ni adalah bagi membantu pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan laut.. baguslah tu kan.. =) ada juga yang prihatin terhadap hidupan laut kita.. =)

sumber : sini

terciptanya sesuatu adalah manfaat untuk sesuatu yang lain
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Reddish GiveAway : Saya Nak Sarawak Souvenir!

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum. w.b.t

sharing number 69
hello everyone! today for this entry, I would like to join giveaway from princessredbloodsnow .. so, let's go~


STEP 1 :
create a new entry for this title " Reddish GiveAway : Saya Nak Sarawak Souvenir! "


STEP 2 :
put banner given 
click banner if you want to join it

STEP 3 :
submit your entry's link to owner's box comment


NEWS :
p/s : the winner will be choose by LUCKY DRAW process
p/s : only 5 bloggers will be selected!
p/s : duedate will be 30th June 2011


done! 
thanks to the owner for give me a chance to join your GA. =)


the next GA wait for me
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

korunk! jom join segmen bloggers Malaysia!!

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 68
hye everyone!! good morning~ =) kenape tak tito lagi ni anak-anak? huhu.. macam lah aye tu dah tito. an an an. okay, entry kali ni nak share dengan kawan-kawan semua .. kenapa aye ajak korunk semua join segmen bloggers Malaysia?

Gift 1:
kita dapat kenalan baru .. yelah, bila kita join segmen, slot or bloglist diorunk .. secara automatik kita dapat tambah kenalan iaitu penganjur segmen itu sendiri .. follow lah ofcourse kan? jangan kecik nau hati tu nak tekan button follow.. it will give you a miracle future~ =) 

Gift 2:
after join.. kita akan dapat up trafic .. kenapa lak? alahai.. dah tentu yang join tu pun ramai kan? korunk ingat korunk je ke yang join? tak payah pandang jauh lah kan.. tengok segmen abg Ben pon dah cukup .. tercipta rekord kot untuk segmen beliau tentang "SAYA" tu.. korunk tahu yang join tu brape?? huh.. 1900++ .. tak gempak? korunk bayangkan orang yang maybe tertarik dengan url kita dan click? so? can you see it? =) 

Gift 3:
dapat femes sekejap because dapat masuk bloglist mereka.. tak best? ape pulak tak best? cuba korunk tekan stats korunk dekat dashboard blog tuh .. tengok traffic sources daripada mana? ada tak daripada blog lain? huh.. jangan tipu aye kalau cakap takde.. confirm ade beb!! untung tak untung? =)

Gift 4:
dapat hadiah la derrrr... bukan calang-calang hadiah tau leh dapat.. korunk boleh ke dapat hadiah kalau korunk tak buat something?? mestilah tidak kan? haaa.. antara hadiah yang paling korunk suka adalah hadiah daripada blogger femes kan? sape lagi kalau bukan abg Ben? hadiah simple tapi gila gempak femes!! huhu.. abg Ben jadikan korunk blogger pilihan beliau.. tak suke ke?? =) selain hadiah abg Ben .. hadiah lain seperti music box, t-shirt, topup free and etc.. 

Gift 5:
ramai akan jengah blog korunk bila segmen dah tamat cuz url korunk still there la kawan-kawan.. so.. no need to worry la kan.. tak perlu fikir panjang.. nampak jer ape jenis segmen pon .. korunk click lah .. dan JOIN . . tak susah mana pun syarat mereka tuh.. so.. renungkanlah oke! =)

antara segmen yang aye dah join adalah:

1. ninie azriena 1st giveaway : kau muzik dihatiku 
link : just click here and here =)


2. slot kenali blogger zairie husin

link : just only here and here =)


3. pencarian megabloglist 
Chegu Zubir
link : only here and here =)


4. Giveaway from Moscow by Miszlullaby
link : click here and here =)


5. Makan Angin Bersama Genkcorner
link : follow this link and this =)


6. saya nak join bloglist ilasuhaila
link : press here and here =)


7. ada jugak segmen abg Ben yang aye join.. tapi it is just have to leave our comment at there..
Santai Bersama BEN ASHAARI
 so, I don't think so for me to list here right. btw tq too abg Ben !! =)


antara hadiah yang sudah diterima. =) sangat-sangat berterima kasih kepada owner yang buat contest.. =) korunk boleh click untuk tengok apakah penganugerahan itu =) 



okaylah korunk. fikirkanlah sesuatu yang mampu membuahkan sesuatu untuk manfaat bersama =) thanks a lot for bloggers because give me a chance to join yours! =)


what you give, you will get back
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

saya nak join bloglist ilasuhaila

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t


sharing number 67
for this entry.. aye nak join lagi bloglist blogger-blogger Malaysia ni.. best tau dapat join depa ni.. =) okay, let's go ~ eh sat2!! camne nak join? ok, let me show you here. =)


STEP 1:
kate Ila .. tepek banner kat entry ni
p/s : tepek jerk macam korunk tepek stamp.

click banner if you want to join

STEP 2 :
tulis tajuk macam di atas "saya nak join bloglist ilasuhaila"
p/s : sila guna color pensil LUNA ye. 



STEP 3 :
link jerk entry ni ke blog Ila 
p/s : nak tambah gula dan garam? tiru aye

id : cx's
url blog : http://www.cxopportunities.blogspot.com



STEP 4 :
tinggalkan url entry ni dekat komen blog Ila
p/s : korunk tinggalkan gula-gula skali eh.. upah skali.



STEP 5 :
eh! ade ke? mane ade.. dah siap lah.. 
PUBLISH POST right now! =)
p/s : post dekat TV eh.. tq!


dear Ila .. 
thank you so much to give me a chance to join your bloglist =)


tak rugi pun memberi dan join segmen blogger Malaysia
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Monday, June 27, 2011

jangan terlalu sombong

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t 

sharing number 66
entry kali ni sangat simple .. tak panjang mane pon .. apa yang cuba aye cakap kat sini .. moga menjadi pengajaran kepada aye sendiri dan mungkin para pembaca.. 

dalam dunia ni.. kita dibekalkan akal fikiran yang sempurna tetapi tidak mampu mencapai kebijaksanaan Allah.. makanya .. kita sebagai manusia .. tidak perlu terlalu sombong dan bongkak akan kesempurnaan yang cuma sementara di dunia ini.  kita perlu saling menghormati dan merendah diri.. 


namun jika sesuatu itu tidak kita ketahui .. janganlah cuba berlagak sombong akan pertolongan yang orang lain cuba hulurkan kepada anda.. jangan jadi seperti sang tikus yang membaiki labu.. tunjuk bijaksana sangat .. tapi apa kesudahannya?? 

orang yang cuba membantu anda itu bukan nak menunjuk-nunjuk tetapi ikhlas sekadar mahu meringankan beban masalah anda.. so, please .. fikir positif .. apabila tidak tahu.. jangan berlagak tahu .. kelak memakan diri sendiri .. 


bukan aye nak tuding jari kepada sesiapa atau lampiaskan kemarahan kepada sesiapa .. cuma peringatan terhadap diri sendiri dan orang di sekeliling.. ingatlah .. Allah bagi kita hidup sesama saudara Islam adalah untuk saling bergantung antara satu sama lain ... semua orang tak sempurna.  so, jangan berlagak sempurna sangat.. =)


Allah mampu tarik segala kelebihan itu jika tiada kesyukuran dalam diri
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

sanggup bermadu?

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 65
selamat petang semua. kali ni nak cerita kisah madu. korunk sanggup bermadu? jika kita tanya persoalan ni kepada mana-mana wanita pun .. rata-rata akan jawab tidak sanggup.. kerna apa? cemburu? tidak rela? takut suami tidak adil? 

yaa.. itulah antara persoalannya.. memang benar lelaki sekarang ni hanya tahu mahu ikut sunnah Nabi s.a.w tetapi perkara wajib 5waktu sehari pun belum tentu dibuat.. apatah lagi berlaku adil dalam rumah tangga yang mempunyai lebih daripada seorang isteri? maaf jika kata2 aye menyinggung mana-mana pihak tetapi aye tidak cakap semua lelaki sama ok.. sila baca sehabis-habisnya entry ni.. jika baca sekerat jalan.. aye confirm .. anda akan terpesong .. 


kalau aye dimadu? Ya Allah ya tuhanku .. memang aye tidak sanggup .. tidak sama sekali .. Ya Allah ... simpang malaikat 44.. tetapi kawan-kawan .. hanya beberapa orang wanita yang berhati mulia sahaja yang sanggup dan redha akan ketentuaan keatasnya .. kenapa aye cakap cmni.. yelah kan.. berapa orang sahaja yang sanggup dimadu? cuba korunk cari .. brapa ramai je yang korunk jumpa madu-madu yang baik? susah kan? 

apa yang cuba aye nak sampaikan ni adalah berkaitan kisah madu yang sangat redha akan ketentuan mereka terhadap qada' dan qadar Allah.. tapi kenapa mereka redha? sebab utama adalah hati mereka ikhlas dan suci menerimanya .. kedua .. mereka yakin suami mereka itu mampu berlaku adil dan segalanya kerna Allah.. namun .. pastinya kita sebagai seorang perempuan .. pasti akan ada sedikit cemburu kan? mustahil jika tidak .. sedangkan lidah lagi tergigit.. inikan pula suami isteri.. 

okay, mari aye kongsi kisah yang membuatkan aye rasa suci sungguh hati mereka ni .. tapi tidak aye ye.. aye tak capai lagi tahap untuk membenarkan diri dimadu. huhu.. tak sanggup. =)


kisah 1 :
Raden Ilham Maria seorang isteri kepada seorang suami yang telah membina masjid meraka selama 16 tahun.. tempoh yang sangat lama.. namun dugaan tiba apabila suami Raden mula bermain cinta di pejabat.. namun kawan-kawan .. setiap kali suaminya bercerita kisah Hani iaitu rakan sepejabat suaminya sendiri .. Raden tidak pernah marah .. malah lebih gemar untuk mengetahui kisah Hani .. 

Hani seorang gadis yang biasa dan mempunyai teman lelaki.. namun dikecewakan apabila teman lelakinya itu berkahwin dengan gadis lain.. kekecewaan Hani membawa Hani ke Makkah bersama ibubapanya.. disitu Hani memohon dan bermunajat kepada Allah agar memberikannya jalan petunjuk .. 

sebelum Hani ke Makkah.. Raden yang sedar akan hasrat suaminya yang menyukai Hani .. terus memberi idea agar suaminya melamar Hani dan diambil sebagai isteri .. ikhlas sungguh hati Raden.. terdapat pelbagai konflik yang melanda tatkala tempoh melamar itu berlaku.. namun akhirnya .. mereka akur dan Raden sendiri yang membantu menyiapkan majlis perkahwinan suami dan Hani.. 

sehingga kini, mereka hidup aman bahagia kerna suami Raden dan Hani sangat adil dan mereka tinggal berasingan ... namun, selalunya Hani akan bertandang ke rumah Raden untuk berborak dengan Raden. jika raya, mereka bertiga akan bersama raya mengikut giliran.. kemana sahaja mereka pergi, mereka pasti bertiga.


kisah 2 :

Noni seorang ibu yang mempunyai 8 anak .. memberi keizinan dan redha akan ketentuannya apabila madunya itu benar-benar memerlukan bimbingan suami dan Noni sendiri dalam mencari Islam..  madu Noni merupakan seorang bukan Muslim yang sanggup meninggalkan agamanya demi Islam.. maka itu , hati suci Noni telah membenarkan suaminya berkahwin lain kerna Allah.. 


sungguh muliakan hati mereka? jika kawan-kawan nak tahu kisah mereka lebih lanjut .. bolehlah klik kisah 1 : Raden Ilham Maria dan kisah 2 : Noni  .. terima kasih sudi baca entry aye kali ini sehingga ke coretan terakhir. =) terima kasih banyak-banyak. 


Allah menguji kerna Allah tahu kita mampu
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"