Sunday, July 31, 2011

Biasiswa JPA 2011 dibuka mulai 1 Ogos 2011

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 64
hye peeps! how are you? dah lama aye tak blogging. saja ditinggalkan. :) rehat sekejap. yelah kan, seperti yang aye cakap.. aye kan diserang carpal tunnel syndrome .. so, saja direhatkan diri. :) idea sangat banyak tapi tak rela kalau CTS ni menyerang. sakit woo.

click to grow it up
oryte, today aye ringkas je.  taknak cerita panjang-panjang, just nak share bahawa Biasiswa JPA akan dibuka mulai bulan puasa ni. :) rezeki tu.. nak tahu lebih lanjut? sila layari laman sesawang jpa.gov ... korunk boleh juga merujuk kepada website ini untuk maklumat lanjut > esilav2.jpa.gov.my .


Iklan PIDN 2011 disiarkan di akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, The New Straits Times, Tamil Nesan, Nanyang Siang Pau, The Borneo Post Sarawak dan The Borneo Post Sabah serta di laman web iaitu pada 30 – 31 Julai 2011 (hari Sabtu dan Ahad) dan 1 & 6 Ogos 2011 (hari Isnin dan Sabtu)

Pertanyaan mengenai masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853453, 03-88853541 atau 03-88853532 manakala pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian hotline 03-88853049 (10 talian) atau melalui e-mel di alamat pidn2011@jpa.gov.my

Keputusan JPA akan diketahui kelak pada 23 September 2011 (Jumaat) .. 

Membantu atas dasar Allah
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Thursday, July 28, 2011

Apabila RM 50 bertemu RM 1

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 63
hye peeps! camna hari ni? sihat? aye hari ni sibuk mengemas rumah. nak sambut Ramadhan :) so hari ini aye nak share something sempena nak menyambut bulan mulia ni kan :) orite, tadi aye jalan-jalan dekat fB .. then terbaca  satu post ni oleh wannursyuhada di ruang legar satu group yang kami ditemukan. *cewah. macam jejak kasih.  

syuhada ni juga seorang blogger, jadi sebagai penghargaan terima kasih sebab bagi share dekat blog ni.. aye nak state la blog beliau di sini .. so, jom terjah Pepel is Vyolewd :)  apa yang menarik perhatian aye adalah berkenaan post beliau tentang 'Apabila RM50 bertemu RM1'.. nak tahu apa cerita? mari sama-sama baca dan renungkan :)

Pada suatu hari, RM1 terserempak dengan RM50. 
Mereka ni dah lama tak jumpa. 
Lalu kedua-dua berbual-bual.

"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?", tanya RM1

RM50 menjawab,
" Aku pergi merata- rata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, pegi KK naik AirAsia, lepak One B, konsert AF, M'sian Idol.. tempat2 cam bgtulah. Eh, ko camna plak?."

RM1 menjawab perlahan seraya menunduk,

"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama............'SURAU...., MASJID......., SURAU........."


jadi kawan-kawan, mari kita sama-sama renungkan dan selamat beramal sempena bulan Ramadhan yang mulia ini bakal tiba .. :)

dunia hanya pinjaman Allah yang sementara
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Wednesday, July 27, 2011

#3 wordless wednesday

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 62
wordless wednesday 


sympathy 
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Membaca Biar Daripada A sampai Z

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 61
good night peeps! still blogging right now? wah3!! .. meletop lah kan masing-masing ada idea :) okay, kali ni aye nak cakap sikit jer. tak banyak. tak reti nak membebel panjang-panjang macam mak nenek. heheh. *padahal 2x5 jerk. haha


okay, seperti tajuk diataslah kan. mesti korunk dah faham apa yang aye nak cakap.  camni, aye tak fahamlah kenapa still ada orang yang tidak rajin untuk membaca sesuatu perkara sehingga ke titik noktah terakhir sedangkan knowledge itu penting bagi dirinya. *aye tak tuding jari pada sesiapa ya dan aye tak kata semua orang sama. .. bukan nak cakap tak rajin membaca tapi 'alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan" okay aye bagi contoh.. aye baca satu entry tentang Resdung tapi tinggalkan separuh lagi perenggan seperti dibawah ..
Resdung merupakan satu allergy yang terjadi kepada manusia yang mana mampu membawa maut.  Resdung disebabkan oleh kulat-kulat yang membiak disinus kita.  Antara perkara yang perlu dielak adalah, habuk, makanan laut, ikan yang berbisa dan segala benda campuran daripada soya.  Oleh itu, perlulah berhati-hati dan berpantanglah agar tidak menjadi lebih teruk dan akhirnya membawa kepada maut. 
then ask question like this ... 

"apa punca Resdung yang perlu dielakkan ya?"

oryte..apa yang korunk fikir apabila situasi sedemikian berlaku? aye bukan apa, rugi tau bila sesuatu knowledge itu kita belajar sekerat jalan je dan korunk tidak akan faham sepenuhnya apa yang cuba disampaikan.  cuba korunk tiba-tiba dapat satu agreement pasal jual beli rumah.. *yelah korunk one day nak beli gak kan. korunk pon baca separuh jalan then sign. bila berlaku sesuatu, korunk haruk satu dunia tapi rupa-rupanya dalam agreement dah mention semua benda. siapa yang rugi babe?  

so, moral of story.  please read carefully until the end.  don't stop at half sentences and leave a question because people will not mention the same thing twice except you misunderstanding or you are not understand about it.  it will kill your life forever when you can't understand fully about that.. and you can't blame others because it's not other's fault but you! your own self that don't have an effort to know something.

p/s : jika tak faham, boleh tanya tapi kalau tak baca.. jangan rajin sangat nak tanya . peace! :)

take it, read, understand and think.
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Tuesday, July 26, 2011

Carpal Tunnel Syndrome : Sakit Otot

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 60
hye korunk. hari ni aye nak cerita tentang Carpal Tunnel Syndrome.  baru-baru ni, selalu sangat diserang oleh CTS ni. sakitnya Ya Allah.. eh sat, apa itu CTS? okay, biar aye bagi maksud  dari segi pemahaman aye ye.. memandangkan aye belajar CTS ni masa diploma dulu.

click for the best view


CTS merupakan sakit otot yang disebabkan tindakan atau pergerakan kita secara berulang-ulang.  kebiasaannya akan merasa kebas, sesemut, sengal-sengal dan sakit akhirnya.  jika telah kronik, otot korunk boleh lumpuh.  CTS selalu berlaku pada tangan, kaki dan pinggang yang more to otot-otot kita.  okay, faham tak? kalau tak faham, aye kasi definition secara doktor pula ya.. camni, CTS ni actually ..

Keadaan menyakitkan tangan dan jari yang disebabkan oleh pemampatan saraf utama di mana ia melepasi tulang carpal melalui petikan di depan pergelangan tangan, bersama-sama dengan tendon flexor tangan. Ia mungkin disebabkan oleh pergerakan yang berulang-ulang dalam tempoh yang panjang, atau oleh pembendungan cecair, dan dicirikan oleh sensasi kesemutan, kebas, ataumembakar - CTS Google
atau pun boleh didefinisikan sebagai Sejenis neuropati mampatan (kerosakan saraf) yang disebabkan oleh pemampatan dan kerengsaan pada saraf median pada pergelangan tangan. Saraf dimampatkan dalam terowong carpal, terusan bertulang di sebelah sawit pergelangan tangan yang memberi laluan untuk saraf median ke tangan.  Kerengsaan pada saraf median khusus disebabkan oleh tekanan daripadaligamen carpal melintang - medterms

okay, dah faham? bagus jika dah faham.  aye before this okay je bila mengadap laptop 24/7 tapi semenjak berblogging ni, aye semakin gila untuk mengadap lappy dan aye tak sedar kedudukan aye tidak betul dan menyebabkan otot bahu kanan aye ni mengalami CTS. sangat sakit woo sebab dia effect tulang belakang aye. hurm, apa yang aye nak cakap CTS ni sangat bahaya ya kawan-kawan.  sila jangan biarkan diri korunk jadi cam aye. sekarang ni aye just urut, exercise dan sapu minyak panas dekat bahu aye.  dan mungkin aye boleh mengurangkan penggunaan lappy after this. hope so. 

cara korunk pegang mouse pun kena betul okay.  kedudukan korunk depan lappy pun kena betul, if not.. siaplah korung CTS menyerang.  jangan amalkan berbaring di atas katil dan mengadap lappy.  itu salah satu  penyebab CTS kerna, korunk tekan otot tangan untuk bekerja keras menaip, mengawal mouse dan menyesuaikan kedudukan korunk yang sedang baring tu.  aye nak masukkan gambar operation CTS, tapi aye tak sanggup nak tengok. korunk nak tengok? sila rujuk sumber ya. 


amalkan kehidupan yang sihat
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Monday, July 25, 2011

Casper : Cousin Spooky

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 59
Casper's cousin spooky love to scare others.  hope you will like it. enjoy~












moral of the story? ada yang sudi share? :) 

Mengisi masa lapang bersama Casper's Story
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

doodle : ragam

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 58
apa yang boleh korunk simpulkan melalui doodle ni? boleh share diruang komen :) tq! 

ceclick to grow doodle's up

dunia hanyalah sementara
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

dah follow tapi blog tidak tersenarai dekat new/latest follower

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 57
morning peeps! morning? yelah kan.. dah pukul 1:25 am. :) pagi la kan? orite. today aye nak share something. if ada kesilapan.. sila perbetulkan. aye tak kisah :) seperti biasa kita as blogger, bila dah suka satu blog tu, mesti nak follow kan? tapi korunk, bila korunk follow, tup-tup dekat senarai follower tu takde pun muka korunk. padahal dah klik to join this site.. camne?

haaa. camni, untuk pengetahuan korunk, sesiapa yang follow blog orang lain tetapi muka korunk tidak diupdate untuk berada dikedudukan follower latest.. padahal jumlah follower blogger tu dah pun meningkat.  sebenarnya, korunk tidak terpapar disitu sebab korunk lupa nak setting gambar korunk as follower.

photo as follower
jangan silap ya kawan-kawan. photo ada dua bahagian yang perlu korunk letak. satu dekat dashboard > edit photo > photograph > photo URL ... yang ni aye confirm semua dah buat kan? yang lagi satu ni yang korunk maybe tak perasaan. 'photo as follower' cam gambar yang kat atas ni.  camne nak buat photo as follower tu muncul? jom aye kasi share sikit. *sila klik gambar untuk gambaran lebih jelas.




pergi ke dashboard


cari senarai blog yang anda dah follow


pergi ke blog tersebut dan cari button ni even korunk dah follow


korunk kena dapatkan perkataan 'option' seperti gambar. sebab tu aye suruh buat step yang before this untuk klik "join this site" even dah follow.


then korunk kena klik 'option' dan klik 'site settting'




nanti akan muncul box seperti di atas. 'your profile'



nampak tak 'fewer options' dekat bawah sekali sebelah kanan 'done' ?? haa. klik la kat situ



then, akan keluar new box cam kat atas ni. tekan 'edit picture'
p/s : konon2 takde picture la blog aye ni :) hehe



then, upload la picture yang korunk nak and waiting


after korunk dah buat semua tu.. then nanti barulah muncul muka korunk as latest follower kalau korunk baru follow blog tu lah. if da lama follow, cetry cari nama blog korunk dekat senarai follower blogger tu nanti. once korunk dah setting, automatically kat semua blog yang korunk follow, akan terpapar gambar korunk. okaylah. good luck! if ada salah dan silap atau ketidakfahaman berlaku.. heheh sila leave komen. :) tq if sudi perbetulkan kesilapan aye :)

ceclick to grow me up

p/s : *actually, bukan takde as latest follower .. cuma your blog tersenarai dibelakang sekali sebab tidak letak gambar :) tak percaya? tengok contoh gambar atas ni  :)

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Saturday, July 23, 2011

Ben Ashaari Singgah dan Follow Blog cx!

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 56
hye korunk. heheh hari ni hari bertuah MALAYSIA kan? kenapa lak? :) kan Malaysia berjaya jaringkan 3 gol tadi lawan Singapura even tak menang tapi 28hb nanti kan ada lagi perlawanan di Bukit Jalil. :) dan paling bertuah apabila MALAYSIA raih tempat pertama Qari dan Qariah tahun 2011 ni :) bangga tak? Alhamdulillah.

disamping kegembiraan terhadap Negara Malaysia tercinta. :) aye pun happy hari ini. hehe. kenapa? okay, meh aye cerita.. tapi mesti korunk kata aye ni koya gila.. poyo tahap gaban. tapi takpelah, kita tak merasa, so kita tak tahu tau. dan hari ni hari dalam sejarah aye.. kenapa? hahah. senangnya dalam hati .. cuba tengok dekat followers aye kat atas ni.. nampak apa-apa tak? ;)

yeah.. terima kasih pada yang nampak. pada yang tidak, meh sini aye nak cerita. :) tadi lepas aye update kemenangan Qari dan Qariah Malaysia .. aye pon ping la dekat fB seperti biasa. then tiba-tiba aye rasa nak jemput seorang blogger terkenal untuk singgah di blog aye. then letak la link sekali kan pasal Tilawah tu. 

aye pon just jemput je, tak letak harapan pun, tiba-tiba blogger femes tu like post aye tu. suka tak? hehe. :) then, sedang aye cek new comment untuk segmen aye .. tiba-tiba bila aye view blog.. aye tengok follower aye bertambah. yang buat aye teruja sekali apabila blogger femes tu follow aye!! huhu. suka babe!! sape tak suka? beliau jadi follower ke-332 aye. tqvm blogger femes!! nak tahu sape? jom ~

ceclick to grow it up
still tak nampak? hehe meh aye kasi browse lagi ye.. meh tengok .. mai rapat-rapat .. taarraaa~ :)

kenal tak? hehe
still tak puas hati? heheh jahatnya  korunk ni kan. sampai hati tak puas hati. meh aye kasi lagi tengok puas2 ~

blogger feymes~
haa. camne? jeles tak? jeles tak? heheh. bangga tau bila blogger feymes datang singgah dan follow kita. :) ingat diorunk senang-senang ke nak turun padang tengok anak2 kecik yang baru lahir. heheh. *newbie. btw .. thanks a lot to Abg Ben Ashaari cause sudi singgah dan follow. sangat tidak menaruh harapan pada mulanya tapi Alhamdulillah :) suka sangat. tq Abg Ben! :)


1 Blogger, 1 Malaysia
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Malaysia rangkul tempat pertama Qari dan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-53

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 55
match Malaysia vs Singapura telah pun diketahui keputusannya.  Namun, disamping match Malaysia di TV2 .. tidak dilupa kepada Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-53 1432H bersamaan 2011M di TV1.



seperti tahun-tahun lepas, Malaysia seperti biasa menghantar Qari dan Qariah untuk dipertandingkan.  hari ini merupakan hari penutup bagi Tilawah Al-Quran ini dan keputusannya? :) Alhamdulillah.. Qari dan Qariah Malaysia raih tempat pertama .. :) 

Qari & Qariah Malaysia

terima kasih pakcik Google untuk gambar tersebut.  disini, saya senaraikan para pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi Qari dan Qariah Tilawah Al-Quran berserta hadiah-hadiah yang diperolehi :)

QARI

Tempat Pertama
(Malaysia)
Encik Amirrahman Hj Abbas
RM30400,00 + pingat + sijil penyertaan

Tempat Kedua
(Filipina)
Encik Mohd Saudi
RM21280,00 + pingat + sijil penyertaan

Tempat Ketiga
(Arab Saudi)
Encik Mohd Abdil Basid
RM12160,00 + pingat + sijil penyertaan

QARIAH

Tempat Pertama
(Malaysia)
Hjh. Suraya Abu Hassan
RM30400,00 + pingat + sijil penyertaan

Tempat Kedua
(Indonesia)
Puan Nur Qalidah 
RM21280,00 + pingat + sijil penyertaan

Tempat Ketiga
(Singapura)
Puan Nur Azizah Solihin
RM12160,00 + pingat + sijil penyertaan

disamping itu juga, para Qari dan Qariah yang lain turut diberi saguhati sebanyak RM4560,00 berserta cenderamata dan sijil penyertaan.. untuk pengatahuan korunk, penyampaian hadiah disempurnakan oleh Sultan Negeri Kedah Darul Aman

Malaysia hebat! Tahniah Malaysia
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Final Result Malaysia vs Singapura

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 54
hari ni tepat jam 7:30 pm, pasukan Harimau Malaya bertemu Singapura.. huh.. sangat eksaited menanti keputusan.  perlawanan semakin sengit tiap kali goal dijaringkan oleh kedua-dua pasukan. banyak cubaan yang dilakukan pasukan Malaysia tapi rezeki tidak menyebelahi kita.




(separuh masa pertama, penjaga Gol Malaysia : Sharbinee Allawee )


Minit - 1 
(Safie Sali) Malaysia 1 - 0 Singapura 

Minit ke-8
Malaysia 1 - 1 Singapura (Alex)

Minit ke-21
Malaysia 1 - 2 Singapura (Qiu Li)

Minit ke- 43
Malaysia 1 - 3 Singapura (Mustafiq)

Minit (kecederaan) ke-45
Malaysia 1 - 4 Singapura (Siew Yee)

permainan pada malam ni, sangat kasar antara kedua-dua pasukan. masing-masing tertekan agaknya.. yelah, match kali ni penentu segalanya kan .. tapi rezeki berpihak kepada Singapura apabila mereka mampu mengukuhkan kedudukan Singapura dengan 4 - 1 Malaysia. Dengan mudah Singapura membolos pintu goal Malaysia pada separuh masa pertama .. 

(separuh masa kedua, penjaga Gol Malaysia : Sharbinee Alawee )



Minit ke-50
Syafiq Rahim dikenakan kad merah
(keluar padang)

Minit ke-54
Ismail Yunos dikenakan kad kuning ke-2
(keluar padang)

Minit ke-69
(Abdul Hadi Yahya) Malaysia 2 - 4 Singapura

Minit ke -70
(Safie Sali) Malaysia 3 - 4 Singapura

Minit ke- 80
Malaysia 3 - 5 Singapura (Qiu Li)

tamat sudah perlawanan. nampaknya bukan rezeki Malaysia pada malam ni. apa-apa pun, tahniah Malaysia! :) Harimau Malaya the best! :)

Malaysia boleh!
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Friday, July 22, 2011

Segmen Kami Blogger 1 Malaysia

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 53
kali ni nak join segmen plak. hehehe cuz segmen dia best! :) menarik perhatian. :) okay jom ~

click banner if nak join tau :)



anak jati MELAKA

Lirik

Melaka Negeri Bersejarah
Tempat Tumpah Darah Kita
Dijunjung Dengan Sepenuh Jiwa
Untuk Maju Dan Jaya
Rakyat Melaka Sudah Bersatu Padu
Berikrar Taat Setia
Jujur Berkhidmat Setiap Masa
Melaka Maju Jaya

Tags

Melaka Maju jaya
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

menuding 1 jari, 3 selebihnya kembali kepada kita

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 52
hye everyone. hari ni aye coret sedikit je. taknak banyak-banyak.  sejak kebelakangan ni, aye selalu perasan yang ramai orang suka tuding jari pada orang lain. maaflah kalau aye cakap camni, ini just my opinion. 

kita sebagai manusia biasa, kita tiada hak untuk menghukum orang lain yang telah melakukan kesilapan dalam hidup mereka. contoh.. apabila seseorang itu terlanjur, pregnant dan buang bayi.. kita tiada hak nak cakap "kami benci orang yang membuang bayi" .. actually bila kita buat camtu, kita menghukum mereka.. dalam situasi diorunk, mereka tertekan .. cukuplah mereka dah membuat kesilapan tapi apabila kita tekan mereka, cemuh mereka, makanya terjadilah keadaan sebegitu.


memang benar mereka bersalah tapi .. korunk tau ke yang mereka tu mugnkin dah menyesal dan bertaubat? korunk tak tahu kan? jadi, janganlah hukum mereka tetapi berilah mereka peluang untuk memperbaiki dan bertaubat kembali kepada Allah.. kita yang kena bantu mereka. dugaan itu boleh datang bila-bila. ntah hari ni? esok? tulat? Allah itu Maha Adil, Maha Mendengar dan Maha Menguji .. tak mustahil untuk Allah uji kita dengan cara yang sedemikian. 

jika nampak sesuatu yang orang lain buat yang tak baik, kita tak perlu sebar cerita sambil bermegah-megah kononnya kita ni baik sangat..  bila diorunk buat salah, kalau berani sangat, pergi tegur depan-depan. kalau tak berani, cuba nasihat dan if diorunk still tak dengar, korunk diam dan tutup mulut. jadikan pengajaran dan berdoa agar kita tidak terjebak ke kencah sedemikian ..  hari mereka dah tiba untuk diuji, tapi hari kita diuji? renungkanlah.


1 menuding, 3 kembali
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Wednesday, July 20, 2011

Segmen cx's : geng UiTM by campus

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

_STICKY POST _

sharing number 51
hye readers. today cx tiba-tiba dapat idea. disebabkan cx ni sangat sayang akan UiTM ..  ceh! macam dia sorang ada U kan? huhu. btw, disebabkan cinta terhadap UiTM, cx dapat satu idea. before this cx buat segment Bloglist UiTM di Hatiku. dan ramai yang cakap duedate awal sangat. so, cx bagi korunk due sebulan untuk segmen ni.  oryte, segmen ni simple sangat. cx nak kumpulkan para blogger from UiTM by campus.

1. Follow my blog
2. Make sure you are UiTM's product - never mind if you are ex-UiTM.
3. Create new entry for this segment
4. Title - 'Segmen cx's : geng UiTM by campus"
5. Put my header and link to this entry

right click + save image as
6. Answer my questions

    *UiTM campus mana - cth^ UiTM Jengka, Pahang.
    *your course there - cth^ Diploma in Accountancy
    *Part berapa - cth^ Part5
    *Tag members if you want
*link your entry at my comment box

itu je rules yang perlu diikut.  cx akan buat satu entry khas untuk korunk mengikut kampus korunk ok. so, from there, korunk leh dapat tahu yang korunk ni actually satu UiTM or not. :) selain tu, kalau dah satu campus, then tetiba satu course, leh gak korunk buat bisnes an? cam biasa lah, kalau dah product UiTM.. tentu korunk tahu bisnes ape kan? dari sini gak korunk leh kenal junior senior. or maybe super duper senior .. hope so ada yang sudi join .. :) tq!

*duedate : 20th August 2011 (Saturday)
11:59 pm

UiTM di Hatiku
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Firdaus Life : Berkawan Dalam Kumpulan

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 50
hey everyone. nothing to share just wanna join segment. a simple segment from freaky. due time at 00:00 am tonight. if you want to join it, just follow the step. thank you! 

Firdaus Life

click banner if you want to join
Freaky ask to put this motto. erk. motto? not sure. just put this statement. :)  

"Mari Kita Sama-sama Berkawan"
(^_^)
"Let's Together Make friends"

done? just leave this entry's link at his comment box

silent and join segment
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

#2 wordless wednesday : statistik

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 49

click to grow me up


silent for a while
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Tuesday, July 19, 2011

doodle's love story

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 48
just click to enlarge doodles












try to forget my superman
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Monday, July 18, 2011

nak suruh orang BW & singgah blog kau tapi kau dok setting "this blog is open for invited readers only". pe cer?

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 47
hye readers. lama rasanya tak update entry, ceh. padehal semalam dah update tapi sekarang makin kurang update because takde idea. okay, aye today nak share something, fyi, semalam aye dok BW rakan-rakan sahabat blogger .. yelah, link bloggers berjuta-juta telah disenaraikan, so, rugilah kan kalau tak singgah.

orite, bukan itu yang aye nak cerita. tapi, sedang syok-syok bukak new tab untuk semua link.. ada dalam empat blog aye buka ikut round supaya senang nanti tak payah nak tunggu loading yang maybe makan bertahun-tahun lamanya sebab banyak sangat ternak widget sampai berkilo-kilo an.. so, aye pon new tab jer semua..

dah buka new tab banyak-banyak, loading satu hal, lagu pun satu hal, background blog pon satu hal, tapi itu aye tak brape nak kisah sangatlah kan, privacy orang lain. so, let it go. paling aye tak fahamlah kan.. bila aye tekan satu link yang ada dekat sahabatblogger.net  .. tiba-tiba aye dapat camni *rujuk gambar ye

just click to grow me up

haa. camno? kalau hang nak private blog korunk, tak payahlah letak link korunk dekat link SB tu.. aye bukan marah atau apa tapi aye tak faham, apa motif letak and ask readers to stop at your blog but you already setting your blog. wasting time lah kawan. aye minta maaf pada blogger tersebut jika anda rasa itu anda. tapi cuba anda setting semula blog anda. nanti siapa yang rugi bila orang tak singgah blog? anda jugak kan? so, take action. mane tahu blog anda menarik minat readers and diorunk pun click button follow.. siapa yang untung? trafik pun naik babe. so, tak rugi kalau anda setting semula. :) harap tiada yang berkecil hati. tata~

teguran membina itu mampu membaiki kelemahan
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Sunday, July 17, 2011

adab atau kebersihan?

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 46
actually entry yang ni aye nak combine dengan entry betul ke cara aku ni? .. then bila dah tulis till the end, tup-tup rasa panjang berjela plak. urm.. readers mana rajin nak baca panjang-panjang.. lebih-lebih lagi dengan cara penulisan aye yang bored .. iye idak? huhu. ignore it. :) 

second thing yang aye nak share tadi adalah apabila korunk nak cedok lauk ketika sedang makan. korunk pegang sudu pakai tangan mana? tangan kanan yang korunk sedang guna untuk makan atau tangan kiri yang bersih?

cebesaukan :)

okay, dulu aye ingat lagi cikgu aye cakap, kalau nak cedok lauk sedangkan tangan kanan diguna untuk makan dan ada sisa makanan, jadi kita kena jilat jari-jemari kanan dan bersihkannya, baru boleh cedok lauk. eeeeeuuuwww~~ geli tak? tahu tak apa reason cikgu tersebut? sebab adab kita kena guna tangan kanan. huhu.. time aye dengar cikgu cerita time tu, aye dah geli geleman dah. kotor kot.. <maafkan aye cikgu>

kita sebagai orang Islam tidak menitikberatkan adab itu jika ianya lebih kepada kotor. sebab itu Islam suka akan kebersihan.. jadi, jika hendak cedok lauk ketika makan, sila guna tangan kiri yang bersih itu ya.. adab? tak payah nak adab sangat kalau dah tangan kanan korunk tu dijilat dan pegang sudu .. beradab ke? air liur adalah lebih kotor daripada jari yang bersisa makanan tadi ya kawan-kawan. 

so kawan-kawan, silalah tukar cara anda. jika baru nak makan .. dan tangan kanan pun belum digunakan untuk makan, silalah beradab untuk guna tangan kanan ketika ambil lauk.. sebab apa? sebab.. time itulah korunk boleh tunjuk adab sopan korunk. faham? :) 


okaylah, itu je yang aye nak share .. actually dah lama aye simpan perkara ni .. disebabkan dulu tiada blog, jadi aye diamkan aje. sekarang dah ada blog, so, bolehlah share. :) tq korunk! 


adab sopan itu amalan mulia, namun kebersihan itu lebih utama
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

betul ke cara aku ni?

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 45
selamat menyambut nisfu sya'ban readers. orite, aye kali ni nak share sesuatu yang mungkin korunk dah tahu and mungkin korunk tak tahu.. takpelah, biar aye share jugak k.  apa yang aye nak share ni actually sesuatu perkara yang habit buat kita cuma kita tak perasan. tajuk entry ni pon still aye tak tahu nak letak apa supaya korunk tertarik nak baca.

camni, aye nak tanya.. korunk kalau nak bagi benda tajam pada orang lain.. korunk bagi camne? means, camne korunk pegang benda tajam tu untuk diberi kepada mereka? 

cara pertama
cara kedua

cara pertama atau cara kedua? okay, melalui apa yang aye tahu, aye tak ingat pula siapa yang bagitahu aye tapi time tu aye pergi satu ceramah keselamatan. speaker tu yang bagitahu cara-cara pegang benda tajam apabila nak beri kepada orang. bayangkan yang bulatan merah itu tempat korunk pegang. 

cara pertama :
adalah salah, kerana kita akan mengacu sudut tajam kepada si penerima dan ini akan membahayakan keadaan apabila mereka tidak perasan ketika proses menerima. lagipun, apabila mengacu benda tajam kepada orang , orang akan rasa takut sebab mereka risau jika terkena mereka dan terluka. 

cara kedua :
adalah betul, maknanya bahagian yang tajam itu kita pegang dan arahkan kepada kita .. kenapa? sebab, ketika nak bagi nanti, ianya tidak membahayakan keadaan si penerima. keadaan kita camne? okay, actually apabila kita yang pegang bahagian tajam tu, kita akan alert dan lebih berhati-hati dan ianya dapat mengurangkan risiko kemalangan.
  
*
*
haa. camne korunk pegang selama ni? :) okay, harap ianya berguna. tq sudi luang masa kat sini~ :)


berhati-hatillah dalam setiap perilaku
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"