Friday, September 30, 2011

KEPUTUSAN PERMOHONAN JPA 2011

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

pada korunk yang apply JPA PIDN, before this yang suppose result dia keluar pada 23hb September 2011, telah ditunda kepada 30hb September 2011. so, pada keesokan hari, korunk bolehlah cek ya. :) tetapi hanya boleh disemak mulai jam 5:00 petang. so good luck! :) 

Announcement 

Attention
if nak cek, sila ke SINI ya kawan-kawan. if nak tahu details sebelum tentang JPA ni. sila ke SINI. semoga berjaya dan bila dah dapat JPA tu, janganlah lupa pada cx yer. huhu. 

usaha tangga kejayaan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, September 26, 2011

Manusia bermata aneh

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

selamat malam kawan-kawan .. entry autopublish ya sekarang ni. cx ada kelaslah jam 8:00 - 10:00 malam. :) so hope korunk enjoy. jangan lupa komen kalau tetiba rasa tak puas hati. huhu. sharing kali ni berkenaan manusia yang mempunyai mata yang aneh atau mungkin disebabkan sesuatu penyakit .


Nong Youhui: anak lelaki Cina yang dapat melihat dalam gelap
Nong Youhui dari Dahua di Cina selatan dilaporkan dapat melihat dalam gelap dengan biru terang matanya dan melihat dengan jelas. Doktor yang telah mempelajari penglihatan menakjubkan Nong Youhui mengatakan bahawa Nong dilahirkan dengan keadaan yang dikenal sebagai luekodermia. Oleh karena itu, matanya sangat sensitif terhadap cahaya tinggi dan memiliki pigmen kurang protektif.


Seorang remaja dengan mata putih aneh
Laura Castro di Miami, Florida, Amerika Serikat adalah seorang remaja yang cantik. Dia memiliki mata putih aneh, para ahli dan doktor tidak dapat menjelaskannya. Selain itu, mata Laura boleh melihat melalui batu padat dan logam. Dia lahir normal, tetapi mata putih berkembang pada usia 10 tahun. Doktor mata dan ahli lainnya telah melakukan banyak penelitian tentang mata putihnya, tapi tidak ada yang dapat menjelaskan apa yang menyebabkan keadaannya sedemikian.


Gadis dengan mata sinar-X
Heise dari California, AS telah memiliki mata yang luar biasa sejak lahir. Dia boleh melihat melalui tubuh semua orang dan melihat bahagian organ dalam tubuh seperti mesin X-ray. Doktor pakar sangat eager tentang kemampuan Heise, namun tidak ada cara untuk menjelaskan keadaan Heise. Mereka hanya boleh menduga bahawa Heise memiliki keadaan "quani sinestesia".

Anugerah Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

pesakit AIDS lelaki ditumbuhi payudara wanita

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

apabila seseorang dijangkiti HiV AIDS, tempoh usia mereka tidak seperti orang biasa dan mereka juga tidak akan normal kesihatannya seperti biasa.  akan timbul bintik-bintik merah, jika luka, semakin parah keadaan mereka. namun, pernah tak korunk dengar tentang pesakit AIDS ditumbuhi payudara wanita?


Joseph Mkanda, 43 mengidap AIDS dan menerima kesan payudara wanita ini apabila dia memakan ubat pencegah AIDS.  Joseph yang berasal dari Tanzania ini sentiasa duduk dirumah dan segan untuk keluar rumah kerana takut ditertawakan orang ramai. Doktor di Tanzania menyatakan itu adalah kesan sampingan kepada pengambil ubat yang sudah lama. 

bukan lucah atau nyah ye kawan-kawan.
redha akan ketentuan Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

4 Tanda Mantan Kekasih Masih Mencintai Anda

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

hye everyone! sangat lama cx tak update blog. sebab apa? sebab sibuklah kan. nama pun student. rasanya semua blogger yang bergelar student, akan delay time to update their blog. betul tak? huhu. okay kali ni cx nak share 4 tanda ex bF/gF korunk still mencintai korunk. :)


1. Berusaha Mencari Alasan untuk Menghubungi kamu
kalau ex korunk asyik telefon, text atau gila-gila nak jumpa korunk, kemungkinan besar dia masih sayang dan memikirkan korunk.  selalu dan sering mencari cara agar dia dapat contact korunk even just nak tanya pendapat atau mungkin saja menggedik nak pinjam barang korunk. huhu.

2. Selalu Bersedia Membantu kamu
kebiasaannya seorang lelaki kalau sentiasa bersedia  untuk membantu kita, itu maknanya dia ada hati dengan kita. bantuan yang ex korunk bagi ni bukan berupa hal-hal kecil semata, tetapi lebih kepada dorongan atau membantu menyelesaikan masalah korunk yang mungkin agak membebankan.

3. Tak Segan Membicarakan Masa Depan
Walaupun statusnya sudah mantan, dia seolah tidak ada keraguan membicarakan masa depan dan 'melibatkan' korunk di dalamnya. Jika dia bersikap seperti itu, ada dua kemungkinan. Pertama, dia berharap ada kemungkinan kembali menjalin cinta, atau kedua, dia menganggap masih ada ikatan yang special antara korunk berdua. 

4. Membicarakan Hal-hal Positif dari Hubungan Masa Lalu
mantan korunk kalau selalu sangat mengimbau kisah korunk or still remember about yourself , yourlife and family, kemungkinan besar dia masih menyanyangi korunk :)

*
so korunk, kadang-kadang sesuatu yang berlaku antara korunk berdua itu ada hikmahnya dan kadang-kala kejadian itu adalah disebabkan kesilapan dalam mengatur kehidupan. so, no need to remember all the things yang membuatkan korunk sedih and maybe membuatkan korunk rasa down disebabkan ex-bf/gf korunk. if diorunk still ada hati dengan korunk, it's up to you to decide :) so take care!

setiap orang melakukan kesilapan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, September 22, 2011

Tempat duduk Unik

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

hye korunk. just nak share sesuatu. kalau kita dekat Malaysia ni, tempat duduk yang telah biasa menjadi pemandangan tempat bas dan teksi berhenti adalah terlalu biasa dan diterima dek akal. tapi camne kalau tiba-tiba kat pereka Malaysia ni terlalu kreatif? haha. cetengok~

unik? pelik? tiga suku?

korunk hado? haha
aish. nasiblah pereka Malaysia tak pernah kreatif untuk terfikir buat tempat duduk camni. yang first tu cam boleh accept tapi yang second ni. hahaha. gilO~ motiflah kann~

dibiar ianya berlalu tanpa disentuh lagi
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, September 21, 2011

#7 wordless wednesday : aneh

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t


diluar kotak fikiran 
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, September 20, 2011

Pertandingan buka tali bra wanita

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

hye peeps. tak payah nak eksaited sangat untuk baca entry ni eh. laju jerk kan bila tajuk relate horny ni? Astaghfirullahalazim. cx just nak share. tak payah nak fikir lain sangat. pertandingan ni ada dekat China jak. kalau kat Malaysia pon ada.. tak tau nak cakap ape lah weh. 


lelaki ni tengah test power untuk memenangi pertandingan ni. diorunk kena buka cangkuk bra model wanita yang ada dan siapa paling pantas, dia menang. tapi dengan syarat, dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. korunk yang lelaki, nak test power? huhu

setiap perkara perlu ada batas
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Pesan Ustaz

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w b..t

AP mode
entry sebelum ni cx cerita tentang 'mimpi dan sebaliknya' kan. disebabkan cx sangat mushkil dengan mimpi yang cx alami, cx bertanya kepada seorang Ustaz. yelah kan, kita ni cetek lagi ilmunya, jadi .. perlulah kita bertanya kepada yang berilmu.

soalan cx? cx tanyalah pada Ustaz tu apa maksud mimpi cx yang sangat pelik dan mengerikan itu.  cx tak dapat nak state mimpi cx tu sebab ... urm, better korunk baca jawapan Ustaz terlebih dahulu sebelum persoal macam-macam. :) terima kasih korunk! 

click to grow it up
Ustaz pesan pada cx "perlu berhati-hati dlm berkongsi perihal mimpi dgn org lain khuatir timbul pelbagai tafsiran yang boleh mengundang fitnah.." so, cx tak dapat nak share sebab manusia rambut jak sama hitam tapi hati lain-lain.

*Pesan Mak Temah
jangan judge seseorang jika anda masih belum mengenalinya

tak kenal maka tak cinta
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Anjing @ Panda?

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

Taiwan, pelik-pelik jerk diorunk ni kan. anjing dijadikan haiwan lain? huhu. actually diorunk ni saja nak tukar haluan. bosan tengok anjing, diorunk cat anjing diorunk jadi panda. comel sikit. hehehe. korunk hado? ;p


unik tapi pelik
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, September 19, 2011

Khinzir menyerupai Manusia

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

Autopublish.
Indonesia. penternak khinzir yang baru menyambut kelahiran baru baby khinzir terperanjat dengan keadaan anak khinzir tersebut. dikatakan menyerupai manusia dan tidak seperti khinzir yang lain. dan seperti biasa, pastinya diorunk ni ada kisah disebaik kejadian.


menurut sumber, diorunk cakap.. sebelum kelahiran baby khinzir ni, ada UFO datang menyerang dan mengganggu haiwan peliharaan yang menyebabkan baby khinzir ni terkenan dengan alien. hahah *tahyul tol. padahal, ketika proses tumbesaran dalam rahim, terdapatnya sel-sel yang tidak terbahagi dengan baik yang menyebabkan baby khinzir ni cacat. 

*celotah Mak Temah
tak payah nak tahyul sangatlah kan korunk

dunia akhir zaman
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Laptop terkecil didunia

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

makin canggih dunia kita ni kan. mula-mula laptop sebesar televisyen , tukar pula laptop size biasa, jadi pulak netbook dan sekarang mbook pulak yang dikatakan laptop terkecil didunia. canggih sungguh. tapi makin canggih teknologi kita, semakin teruk kesihatan yang menimpa manusia. rosak mata weh.


laptop ni dikatakan hanya seberat 315 gram dan berukuran 158 x 94,1 x 18,6 mm.  korunk bayangkan size dia sangat kecil ni korunk gunakan untuk main game online? huhu.. puyeng pale weh. huhu. walaubagaimanapun, ianya dilengkapi dengan webcam, microfon, connection wimax, bluetooth dan paling best,  boleh connect siaran television secara terus. fuhh.. canggih sungguh. 

*puyeng - pening

dunia makin maju, rakyat semakin mundur
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Raksasa Laut seberat 4.5 Tan

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

hye peeps. AUTOPUBLISH again and again. kali ni nak share pasal seorang nelayan yang berusia 66 tahun telah terjumpa seekor haiwan yang tak dapat dikenalpasti jenis dan asal-usulnya.  haiwan raksasa itu terdampar di persisiran pantai China.


haiwan ni diakatakan telah mati kerna tersangkut ditali.  orang ramai mula berpusu datang ke tempat kejadian walaupun haiwan tersebut mengeluarkan bau yang busuk. 

Allah buktikan kuasaNya 
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

boleh ker gajah panjat pokok?

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

pelik tak? haha. gajah boleh panjat pokok ekh? tapi semuanya tak mustahil. kuasa Allah. kau nak cakap apa? jangan nak sangkal sangatlah kan :) okaylah. korunk tengok gambar kat bawah ni. percaya atau tidak?


tapi kan. korunk rasa perkara ni jadi betul-betul atau sekadar auta semata-mata? yelah kan, sekarang ni IT canggih kot. edit jerk dah jadi sesuatu yang boleh menipu pancaindera kita. korunk rasa?

segalanya tidak mustahil
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, September 18, 2011

gara-gara ONANI, dimasukkan ke hospital

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

hye korunk. cx just nak share. tak bermaksud yang tidak baik oke? kisah ni berlaku dekat daerah Hongkong, China. seorang lelaki berusia 41 tahun cuba melakukan onani sendirian. tetapi bahan yang digunakan untuk menjadi mangsa adalah meja yang berlubang-lubang. boleh bayangkan? *sila bayangkan meja ye kawan-kawan.

meja yang tidak berdosa. *haha

pemangsa : Le Xiang
*Mak Temah's action
aku nak gelak! HAHAHAHA! *kejam

berfikir sebelum bertindak
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

muka koyak digigit anjing

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

hye peeps. still the same way .. AUTOPUBLISH. kisah ni terjadi di Cardiff.  seorang budak berusia 6 tahun digigit anjing di mukanya sehingga koyak. dikatakan budak tersebut ketika itu sedang membantu ibunya membasuh pakaian diluar rumah


Erfan Ali dikejarkan ke hospital dan dibedah selama 5 jam bagi memulihkan kembali lukanya. walau bagaimanapun, raut wajahnya tidak akan kembali normal kerana kesan gigitan yang dalam.  anjing yang menggigitnya itu merupakan anjing belaan jiran sebelah rumahnya.  

Jenis anjing yang dipercayai menggigit Erfan

Malang tidak pernah berbau
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Anonymous AGAIN!

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

before this already cerita pasal depa suka sangat SPAM comment dekat entry INI .. kebiasaannya depa buat camni sebab apa ekh? cubaan hacking blog orang ker? urm.. apa-apa pon, your work just wastes time. bosanlarh anonymous ni. gggrrr~


okaylah. malas nak layan . takde pekdah pon. just nak share jerk dengan korunk kerja keras dan semangat mereka. :) okay bai~

Allah sentiasa berada dimana-mana
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Student dan kereta mewah?

AP mode
Sebagai student, mentality masyarakat kita adalah, pelajar nak belajar dan memerlukan banyak belanja untuk pengajian mereka tapi kan, bagaimana dengan pelajar kita sekarang ni? Kalau korunk pergi kelas, korunk dapat beza tak which one is lecturer and which one is student?

Cx pon student dan apa yang cx dapat lihat sekarang ni, even depa bergelar pelajar tapi dah ada kereta. Oh maybe parents dia bagi, oh maybe dia beli second hand sahaja, oh maybe dia buat part-time untuk cover perbelanjaan, oh maybe duit PTPTN.

Cx just CURIOUS, how come depa control duit? Yelah kan, yuran lagi, buku lagi, assignment lagi.. then bila guna kereta, minyak lagi? Then bila kawan-kawan ajak keluar.. takkan cakap taknak right? Nanti kata sombong mentang-mentang dah ada kereta. tapi yang peliknya, kereta mewah konon mak pak kasi tapi still mintak gak PTPTN. Camno?


*bicara Mak Temah
Kereta kalau kancil still can accept but how about pelajar with Volkswagen Das Auto?

Thinking out of box
“lahirkanlah keikhlasan dihatimu”

Entry panjang @ Pendek?

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

AP mode
Kita susah untuk puaskan hati semua pihak dan kadang-kadang apa yang cuba kita buat tidak dapat memberi kepuasan even kita dah cuba yang terbaik. but for me, effort is more important if we want to attract people to stay and read our entry. Can you give me the answer for my questions below? :-

 1. Korunk more prefer pada entry pendek @ panjang?
*dah tahu jawapan. haha

*
 2. Camne kalau entry pendek tapi nothing?

*
 3. and how about entry panjang tapi sangat bermanfaat?

People can’t be a perfect person
“lahirkanlah keikhlasan dihatimu”

Saturday, September 17, 2011

Hotel Bawah Tanah

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

selamat malam semua. korunk mesti booking hotel if korunk ada sebarang aktiviti luar.  melancong ker kan. takkan korunk nak tumpang rumah orang yang tidak dikenali? mau kene halau kot~ bagi yang berduit sedikit, pakai hotel 5stars. bagi yang kurang mampu maybe pakai 1-3 stars. tapi korunk pernah terfikir tak untuk sewa hotel bawah tanah? 


Hotel ni bernama Hotel Sivermine Chamber terletak di Sweadea.  bertemakan bawah tanah asli dan digubah menjadi sebuah bilik hotel yang nyaman dan selesa. mungkin sikit dingin dan gelap tapi sangat selesa.  hotel ini juga turut menyediakan khidmat sistem komunikasi radio untuk pelanggan terus berkomunikasi dengan staff.  hal ini kerana, telefon biasa tidak mempunyai signal jika berada di hotel ini. 

*Mak Temah menggedik
kalau berbulan madu dekat sini pon best ni. hehe

gabungan ciptaan Allah yang cantik
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Rentung selepas menyeludup

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

hye korunk. tadi cx tengok berita tv1. then antara berita yang menarik perhatian cx untuk share adalah kisah dua penyeludup yang rentung apabila kereta yang mereka pandu terjunam kedalam tali air kering. dipercayai mereka membawa 30 tong diesel yang kemungkinan besar penyebab kebakaran. kejadian berlaku di Tumpat, Kelantan. 

sekadar hiasan
mengikut sumber berita tv1 tadi, dua orang ni masih belum dikenalpasti identitinya sebab kedua-dua mangsa rentung habis.  mereka cuba melarikan diri daripada sekatan polis dengan membuat pusingan U dan sejurus itu kereta mereka terjunam ke tali air. 

begitulah balasan Allah ya kawan-kawan.  banyak lagi pekerjaan di dunia ni yang Allah bagi kepada kita untuk mendapatkan rezeki yang halal tapi kebanyakkan kita pilih jalan seperti ini untuk kaya cepat even salah disisi agama dan undang-undang. insaflah sementara masa itu ada. 

Kembalilah kejalan yang benar
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Mimpi dan sebaliknya

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

AP mode
Semua orang pernah mimpi rite? But how about mimpi yang mengerikan? Mimpi orang yang dihukum diakhirat kelak bagi yang suka sangat mengumpat .. makan daging saudara sendiri.  Apa mimpi yang paling ngeri yang korunk pernah mimpi? Ngeri kat sini macam lebih kepada balasan Allah kepada hambaNya..


 Pernah mimpi? Boleh share?

Bila korunk dah mimpi tu, korunk mesti sangat eager untuk tahu maksud tersirat mimpi tersebut kan? Pernah tanya mana-mana Ustaz atau alim ulama? Urm.. cx sangat risau dan mushkil sekarang ni dengan makna mimpi cx. Takut pun ya jugak. Ya Allah.

Allah masih sayang
“lahirkanlah keikhlasan dihatimu”

Logo Halal tidak diiktiraf

Bismillahirahmanirahim
Assalammuaikum w.b.t

AP mode
Hye korunk. Pada hari khamis yang lalu, cx pergi beli barang di Pasaraya dekat Melaka tau, biasalah kan, cari stok makanan dan barang rumah. Penyewa kan. J cx cari yang perlu jerk sebab duit takde.

Time tu cx cari cornflakes dalam kotak tu tau.. kebiasaannya cx beli harga RM5.90 jerk untuk kotak besar tapi kali ni dah naik harga kepada RM7.90 .. tapi abaikan, benda pertama yang cx buat sebelum beli barang adalah cari cop halal dulu. Bila da jumpa , cx tengok betul-betul samaada logo tersebut diiktiraf atau tidak. Apa yang cx jumpa?


Camne kawan-kawan? Dapat kenal pasti logo yang halal? Sila lah berhati-hati ya kawan-kawan, kita tak tahu apa isi dalam makanan tu.. So, please be careful J

Jangan dipersoal hukum Allah
“lahirkanlah keikhlasan dihatimu”

Allah Masih Sayang

Bismillahirahmanirahim
Assalammuaikum w.b.t

AP mode
Korunk, even kita ada masalah yang sangat besar, sebenarnya ada lagi orang lain yang mempunyai masalah yang lagi besar berbanding kita.  Cuma kita ni sebagai manusia tak pernah nak tahu dan tak pernah nak fikir kenapa masalah itu datang pada kita.


Contohnya, cx ada problem yang melibatkan keluarga tapi bila cx jumpa dengan housemate cx, kami berborak dan secara tak langsung mereka share experience mereka. Rupa-rupanya, masalah mereka lagi besar berbanding masalah cx dan time tu, cx terdiam dan sebak didada. Apa yang mampu cx buat adalah mengucap syukur kepada Allah.

*tazkirah
Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan Allah tahu kita mampu dan Allah tidak akan menguji hambaNya dengan dugaan yang melampaui kemampuan kita.

*keinsafan Mak Temah
Bersyukurlah wahai teman kerna setiap permasalahan itu, makanya Allah masih menyayangi kita yang sering alpa kepadaNya. Allahuakbar~

Pintu taubat sentiasa terbuka
“lahirkanlah keikhlasan dihatimu”

privacy @ benci?

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

hye korunk :') dalam hidup ni, kadang-kala kita tak tahu kenapa dan mengapa perkara itu berlaku kepada kita dan kenapa perkara yang melibatkan perbuatan orang tapi akhirnya kita yang merana? jika tak sanggup untuk kekal selamanya, mengapa masih cuba meminta?

korunk, sebelum korunk nak buat sesuatu untuk mendapatkan cinta hati korunk, tolonglah berfikir semasak-masaknya kerna kesannya sangat teruk. teruk yang macam mana? cinta hati korunk tu tidak akan mampu melupakan korunk.  even korunk kata. korunk dah takde hati lagi pada sidia.

tapi korunk. salah siapa dalam hal macam ni? contoh korunk baca doa kasih-sayang agar cinta hati korunk tuh tersangkut pada korunk. bila dah tersangkut.. lama-kelamaan, korunk berubah hati. then nasib yang menimpa sidia? korunk abaikan sidia.

tahu tak betapa seksanya apabila menjadi mangsa doa kasih-sayang? apa yang cx boleh cakap.. cx serah kepada Allah agar tiada balasan buruk diberikan kepada 'dia' even 'dia' telah pon membenci dan membuang cx selamanya daripada hati 'dia' .. :')

*pesan Mak Temah
kembalilah memberi cinta dan hatimu kepadanya kerna kau perlu ingat bahawa kau yang meminta perkara ini berlaku dan Allah telah pun memakbulkannya. tidak rasa berdosakah dirimu wahai anak muda?

Jangan kau alpa akan janjimu kepadanya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, September 16, 2011

Kereta remuk. bayi selamat

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

AP mode
korunk semua mesti dah baca kisah seorang bayi yang selamat daripada kemalangan kan? kereta remuk tapi bayi sihat wal'afiat. Subhanallah. cx ada baca orang buat entry bertajuk "bayi ajaib" .. cx just menggelengkan kepala sahaja sambil tersenyum :)


sebab apa? sebab pada cx, tidak ajaib langsung pun bayi tersebut, apa yang menyebabkan bayi tersebut selamat adalah kerana kuasa Allah. tiadanya yang ajaib melainkan kuasa Allah. korunk pon pasti dah tahu kan, jika bayi didalam keadaan yang bahaya, Malaikat akan menyambut @ melindungi @ menyelamatkan mereka.  pernah dengar? cetanya pada sesiapa yang tahu.

so kawan-kawan, jika sesuatu keajaiban berlaku didunia ini, jangan terlalu taksub tapi kembalilah kepada Allah yang Maha Mencipta kita semua dan alam semesta kerana tiada Tuhan melainkan Allah. Allahuakbar ~

*celoreng
jangan kau taksub akan kesempurnaan duniawi

Duniawi persinggahan sementara
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunat Berpuasa Enam Hari Di Bulan Syawal

Bismillahirrahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

AP mode
cx dah lama tak online but once dapat online, memang menghadap tak hengat dunia la kan. hehehe. cx pon on fB , sangat banyak notification. *abaikan. cx bukaq group Dr. Danial Zainal Abidin .. dan apa yang cx jumpa ni adalah share diatas share ya kawan-kawan. cx terpanggil untuk share dengan korunk :) moga bermanfaat. Insyaallah.


masih sempat untuk kita berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal :) so korunk, tunggu ape lagi? jom sama-sama berpuasa.. 

Berpuasa mencari pahala sunat
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

TOPUP AVAILABLE

Bismillahirahmanirahim
Assalammuaikum w.b.t

Hye korunk. Update entry kali ni seperti biasa. AUTOPUBLISH lagi.  Cx minta maaf if cx tak dapat backlink korunk sebab cx takdak Wifi untuk update entry and online lama-lama  Nama jerk duduk dekat apartment tapi selevel jerk dengan setinggan buruh asing .. Astaghfirullahal’azim.. sila bersyukur ya cx. J

Fyi, cx actually berniaga tau. Takdelah biznes besar-besar. Cx ni peniaga kecil yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Ceh.. macam orang besar plak. Actually cx jual TOPUP .. J sejak zaman diploma dulu cx jual topup.  Alhamdulillah rezeki itu ada.



Kalau korunk nak jual topup juga seperti cx pon boleh. J just inform me and I will register your name. sangat mudah semudah A, B, C .. if nak register, yuran seumur hidup sebanyak RM30.  Kalau dekat tempat lain, korunk kena daftar dengan harga RM50 – RM99 tau. Sangat mahal. *promote sat. if berminat, boleh contact cx ye. Huhu.

Untuk student UiTM Kampus Bandaraya Melaka Bersejarah, korunk boleh datang terus jumpa cx. Cewah. Macam kenal jerk kan? Hahaha. Tempat dah tahu kan? So, tak mustahil. KBM bukannya besau benau. Huhu. Okaylah, 15/9 ni persidangan government tax 6% TOPUP akan diketahui keputusannya. Ada yang kata jadi, ada yang kata tidak. Kita tunggu jelah kan J

*pesanan Mak Temah
Berniaga perlu ikhlas agar rezeki itu sentiasa ada dan tidak putus-putus. btw, sila abaikan tax 6% if tak jadi :)

Berniagalah dengan jujur
“lahirkanlah keikhlasan dihatimu”

Erti cinta kepada dua jantina

Bismillahirahmanirahim
Assalammuaikum w.b.t

AP mode
Sangat mudah apabila melafazkan cinta jika tanpa perasaan dihati namun bagi mereka yang benar-benar merasakan dan mengerti apa itu cinta, sangat sukar baginya untuk melafazkan kerna terlalu bernilai kata cinta itu sehingga mereka sanggup melepaskan agar tidak pernah merasa kecewa.

You’ll always be a part of me
I’m part of you indefinitely
Girl don’t you know you can’t escape me
Cuz you’ll always be my baby..

Lelaki
Cinta pada lelaki adalah suatu perasaan yang tak mampu diungkapkan dan selalunya lelaki sangat sukar untuk jatuh cinta kerna cinta pertama lelaki adalah cinta selamanya.

Wanita
Cinta pada wanita adalah sesuatu yang sangat complicated kerna naluri wanita sangat seni dan sensitive.  Wanita juga tidak mudah jatuh cinta tetapi wanita mudah untuk memupuk rasa cinta itu buat si lelaki yang bergelar suami.

**

Lelaki
Mudah bagi lelaki untuk mencintai seorang wanita kerna telah Allah ciptakan tarikan bagi lelaki untuk tertarik terhadap kecantikan wanita.

Wanita
Mudah juga bagi wanita untuk mencintai seorang lelaki kerna wanita selalu menginginkan kasih-sayang dan perhatian daripada seorang lelaki.

**

Lelaki
Sukar untuk setia kerna lelaki sedia adanya tidak mampu untuk melawan nafsunya yang satu apabila adanya wanita lain yang cuba menggodanya.  Namun apabila lelaki itu setia, dia tidak akan pernah memandang wanita lain kerna wanita yang satu itu adalah segalanya bagi dirinya.

Wanita
Sangat setia kerna bagi wanita, cintanya hanya buat seorang lelaki yang disayangi dan tidak mudah berpaling tadah kerna hati wanita sangat ikhlas dan jujur dalam memberikan ketulusan.  Namun, wanita juga akan sukar setia apabila dirinya pernah ditipu atau dipermainkan oleh insane bergelar lelaki.

Jadi, cinta bagi dua jantina adalah sangat kompleks untuk ditafsir, apa yang perlu kita lakukan bagi memudahkan penafsiran tersebut adalah, lelaki dan wanita perlu ikhlas dalam memberi dan menerima cinta agar kesetiaan dan kasih sayang itu terpupuk sebatinya dalam hati selamanya. InsyaAllah.

*selingan
Cintaku kecundang ditengah jalan kerna dirimu yang tidak pernah tahu menilai antara kaca dan permata.

Belajarlah untuk setia
“lahirkanlah keikhlasan dihatimu”

Keperluan wanita yang lelaki rimas

Bismillahirahmanirahim
Assalammuaikum w.b.t

AP mode
Seperti yang semua orang tahu, perempuan sangat complicated. Complicated dari segi kehidupan dan perasaan mereka. Sila jangan salahkan perempuan oke? Nak kene debik? Haha. Banyak perkara yang lelaki rimas terhadap keperluan wanita tapi lelaki tidak sedar bahawa mereka penyebab utama kenapa dan mengapa perempuan sebegitu rupa. Tak percaya? Ayuh cx cerita.


Baju bertan-tan
Lelaki selalu merungut apabila wanita beli baju baru. Tetapi lelaki tidak perasan bahawa, apabila perempuan pakai baju yang sama tiap kali keluar, means 10 helai baju yang sedia ada, ditukar ganti mengikut hari dan lelaki akan bersuara ‘awak dah takde baju lain ke?’ .. *aku beli baju pakai duit kau ke boleh dapat banyak?

Tudung beriban tergantung
Tudung pun sama juga, lelaki selalu cakap tak payahlah beli tudung lagi, dah banyak dah tudung awak tu tapi lelaki tidak perasan bahawa, fesyen tudung wanita ada pelbagai, takkan nak pakai jenis tudung yang sama .. nanti korunk cakap, tak up-to-date langsung lah awak ni. Camne?

Make-up
Lamanya perempuan ni make-up.. leceh betullah .. rimas aku nak tunggu lama-lama.. tapi kan korunk, bila perempuan tak make-up, korunk cakap plak, awak ni tak reti nak touch-up ke muka tu? Takkan touch-up pakai bedak Johnson Baby jer? Lipstick? Eye shadow mane?

Kasut
Kasut perempuan selalunya banyak disebabkan fesyen kebiasaannya.  Cx ada pengalaman tau, ex cx selalu sangat komplen, kenapa asyik kasut ni jerk awak pakai? Larh. Dah 5 jenis kasut jerk cx ader, takkan cx nak pinjam kasut orang dan melaram tak sedar diri?

Aishhh. Lelaki selalu komplen penampilan wanita tapi bila dah berkahwin, alasan dia sama jerk, kan dah banyak dah tu, nak buat apa beli lagi? Hurm.. susah kan ?? bila pakai yang sedia ada, ditanya plak, kenapa sama jerk? Lelaki selalu nak perempuan cantik dipandang tapi … *fikir sendiri

Perempuan bukannya gila tamak nak barang banyak-banyak tapi kalau dah handbag tu 5 tahun dia pakai tak tukar ganti, korunk tak rasa pelik ke? Baju 10 pasang dipakai saban tahun sampai lusuh. Korunk nak tengok jerk ke? moral of story, perempuan sila berpada-pada dalam berbelanja dan si lelaki sila berjaga-jaga dalam menilai penampilan wanita. Semua yang wanita lakukan adalah buat insan yang bergelar lelaki. J

Dua hati menjadi Satu
“lahirkanlah keikhlasan dihatimu”