Monday, October 31, 2011

3 soalan 1 penampar

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

selamat petang rakan-rakan. :) silalah senyum even korunk diuji oleh Allah dengan seberat-berat ujian. okay . cx nak share something. tadi cx on fB, then my friend ada post sesuatu yang menarik minat cx untuk share. sumber idea asal adalah daripada fB sebarkan!!! .. itu nama fB owner tau. hehe. so, apa yang cx nak share. jom baca.

Jawapan dengan Tamparan...

Pemuda : Anda siapa dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

*
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.

*
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika
Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk
syaitan...

sama-samalah kita renungkan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

they are awesome friends!

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

hye semua blogger :) kali ni cx secara tiba-tiba rasa nak cerita tentang kebaikan dan kejujuran rakan-rakan sekelas cx di UiTM Kampus Bandaraya Melaka ni. sebab apa ekh? sebab diorunk ni sangat baik. nak tahu apa yang membuatkan cx sayang sangat kat diorunk? ini semua disebabkan mereka mempunyai sifat-sifat yang baik sebagai seorang sahabat. antaranya adalah :

OM221 4A
1. mereka sentiasa membantu walaupun kita dalam senang atau susah. contohnya, ketika presentation, even depa tak faham apa yang cx cakap *kantoi. ahhaha. tapi depa still support dengan memberi tindakbalas tanda mereka faham. heheh. so sweet la diorunk. :) 

2. sifat saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain membuatkan cx sangat-sangat menghargai diorunk dalam hidup cx. :) kami ada 28 orang sekelas dan antara kami, tidak ada dendam yang tercipta sebab kami seperti adik-beradik yang mana, kalau seorang terluka, kesemua 27 yang lain turut terluka. *thanks korunk! :')

3. tidak pernah mementingkan diri. jika salah seorang daripada kitorunk ada masalah seperti masalah kewangan, famili, cinta dan sebagainya.. diorunk tak pernah pandang sebelah mata, diorunk akan duduk bersama-sama dan berfikir untuk mencari jalan penyelesaian demi melihat kembali senyuman yang telah hilang. *I really appreciate all of you .

Hot Gegurl vs Hot Guy - *only us know :)
pada cx, cx sangat bersyukur apabila berjumpa dengan diorunk sebab diourunklah cx dapat belajar banyak benda baru yang menyedarkan cx tentang erti persahabatan. :') terima kasih yang tidak terhingga buat korunk! :) disebabkan cx sangat terharu dengan keikhlasan diorunk, cx baik hati untuk share gambar kami sekelas. *tengok gambar kat atas ya. hehehe. certeka which one is cxopportunities? huhu.

MAK TEMAH:
sejak bila lah si cx ni rajin cerita hal peribadi ni? heheeh *sekali sekala kann ;p 

tingginya nilai persahabatan yang kalian berikan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, October 30, 2011

Cara Menjawab Telefon dengan Betul

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

tadi cx pergi terjah ke group pelajar UiTM tau. then, tiba-tiba E-g Gitariz ada post something. katanya, terfikirkah kita untuk menjawab telefon dengan betul? :), so korunk nak tahu apa yang beliau suggest? jom baca sama-sama :) 

1.soalan: haloo.may i speak to ain please?
jawapan: maaf.sini bukan balai polis.

2.soalan: haloo, siapa disana?
jawapan: ntah. saya kat sini,mana le saya tau sapa kat sana..

3.soalan: haloo,boleh saya bercakap ngan bapak awak?
jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4.soalan: haloo,boleh sambungkan ke nombor 323?
jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5.soalan: haloo,mak ade rumah?
jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6.soalan: haloo ain,buat ape tu?
jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7.soalan: boleh saya bercakap ngan ain ?
jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... .time kacih.

8.soalan: haloo.tolong panggilkan ain. saya nak bercakap dengannye.
jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9.soalan: halloo... ...
jawapan: haloo.pusat sakit mental disini.anda ingin mendaftar?

10.soalan: haloo.saya nak tumpang bertanya...
jawapan: maap.ini bukan kaunter pertanyaan.

11.soalan: haloo.betul ke ini nombor 3234412?
jawapan: sila dail sekali lagi.kalu saya masih menjawab betul le tu.

12.soalan: assalammualaikum...
jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon)

MAK TEMAH:
LOL~

hidup sentiasa indah jika kita tahu mencoraknya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

cuba terbalikkan muka korunk.

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

hye semua. :) dengan gembiranya cx datang disini untuk update blog. huhu. sekian lama tak update gara-gara ter'obses dengan novel. kih3. orite, apa yang cx nak share ni just suka-suka. tengah cx syok bw tadi, tiba-tiba cx tertarik dengan gambar yang ada. cuba korunk terbalikkan muka korunk menjadi muka yang lagi satu. macam Dr. Jekyll and Mr. Hyde yang ada split personality. mesti lawak kan? haha okay. jom tengok. 




so camne korunk? kretif sungguh pelukis yang melukis dan berimaginasi kan? :) korunk boleh? heheh. jangan macam-macam bila korunk cuba terbalikkan muka korunk ya. kih3. okay bye~


Indahnya ciptaan Allah tiada tandingannya 
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, October 26, 2011

#11 wordless wednesday : Bumi Allah

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt


by:
ككندا ازري

Bersyukurlah diatas keizinan Allah untuk kita menumpang disini
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, October 25, 2011

Apabila Mulut Tak Reti DiJaga

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

kita hidup dekat dunia ni, diuji dan diduga dalam sedar dan tanpa sedar namun kita sebagai manusia yang melihat orang lain diduga, usahlah sesuka hati untuk membuat kesimpulan tentangnya.  siapa anda untuk menentukan baik buruknya seseorang? siapa anda untuk menyatakan bahawa perbuatannya itu adalah tidak ikhlas? fikirlah.. SIAPA ANDA????


Jagalah mulut anda.. jangan gara-gara mulut, badan binasa.  Jangan fikir semua orang boleh terima cara anda... FIKIR dan tolonglah HORMATI ORANG LAIN.  Jangan anda ingat, apabila Allah uji anda adalah untuk melihat tahap keimanan anda tetapi SEDARLAH bahawa Allah uji anda adalah kerana perbuatan anda terhadap orang lain yang melampaui batas. 

MAK TEMAH:
kalau kau tak tahu apa-apa, better kau diam! Aku buat bukan sebab nak menunjuk! kau tahu apa? buat fitnah? tunggu balasan Allah untuk kau!

mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia?
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

13 Cara Suami Melayan Isteri Mengikut Cara Rasulullah SAW

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

1) Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”


2) Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri(selain masalah lain)

3) Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak suka, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.

4) Ambil berat kesihatan isteri. Segera merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa doktor.

5) Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.

6) Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.

7) Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.

8) Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan belilah sesuatu untuknya.

9) Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.

10) Elakkan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.

11) Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.

12) Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakkan daripada merokok dalam rumah dan depan anak-anak.

13) Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincang dengan isteri. Isteri pula janganlah “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan.

sesungguhnya peribadi Rasulullah itu adalah peribadi yang paling baik untuk menjadi ikutan.. 
walluhu ‘Alam

Ikutlah Sunnah Nabi saw
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Apa Yang Kita Tidak Tahu Tentang Ayah

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita.. aTip tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?


Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak “sudah diberitahu! jgn minum ais!”. Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata “tidak boleh!”..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya…Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi tanpa menolak, beliau memenuhinya..  Saat kamu berjaya.. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu.. Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..  Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya..  Dan akhirnya..  Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan.  ayahpun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia.. Dan diapun berdoa “Ya Allah, tugasku telah selesai dengan baik.. Bahagiakanlah putra putri kecilku yang manis bersama pasangannya”..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk.. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

MAK TEMAH :
tersentuh. Ampunkanlah anakmu ini wahai abah. :'(


Sayangilah Ayah Anda
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, October 24, 2011

Setelah Roh Masuk Kedalam Tubuh Nabi Adam a.s

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :

Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.  Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.  Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: "Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.


indahnya ciptaan Allah 
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Proses Kejadian Nabi Adam a.s

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

before this cx ada update tentang Jenis Tanah yang digunakan untuk mencipta Nabi Adam a.s ... dan kali ni nak share tentang proses kejadian Nabi Adam a.s .. semoga kita mendapat manfaatnya bersama. Insyaallah. 

Menurut Ibnu Abbas

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Ingatlah Allah sentiasa
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Jenis Tanah yang digunakan untuk mencipta Nabi Adam a.s

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

Menurut Ibnu Abbas:

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.


9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.
11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

segalanya diluar pemikiran minda manusia
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, October 23, 2011

blog diupdate orang lain? best ke?

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

hye semua. semoga sihat sentiasa. cx dah jarang update blog sebab kesibukan lalu lintas dijalan raya semakin teruk. ggggrrr~ okay. apa yang cx nak share. korunk pon dah tahu kan? yelah. title dah terang-terang kan? orite, ini just my opinion. bukan menghentam or nak sesuka hati komplen blog orang. just my opinion.  for me, if blog kita diupdate oleh orang lain, even korunk kenal orang tu, antara negatif feedback yang korunk akan dapat adalah :


1. Penulisan berbeza
penulisan blog korunk akan berubah. penulisan korunk yang dulu best dan kini secara tiba-tiba ada orang lain yang rajin nak meng'hapdate' blog korunk, automatically orang tak berapa nak gemar cuz cara penulisan yang berubah. bila korunk dah biasa guna 'aku kau' dalam blog, secara tiba-tiba tukar jadi 'saya' .. pelik tak? rasa tak berminat mula menapak dalam pembacaan.

2. Identiti Blog
bila share blog ni, tahu tak risiko tinggi untuk blog menjadi tidak seperti diri anda? nak cakap lagi kasar? urm. taknak lah. korunk fikirlah sendiri. cx tak cakap kepada yang blog dia memang ada dua orang yang handle okay. cx just cakap pada blog yang dulu famous sorunk2 diri tiba-tiba ada orang lain nak join jadi partner. so? fikir sendiri. 

3. Bosan
pada cx, bila cx tertarik dengan sesuatu blog tu, itu disebabkan penulisan blogger tersebut yang sangat menarik minat cx untuk follow dan terus follow. but once, dia bagi orang lain update blog dia.  cx tak rajin untuk pergi ke blog dia lagi, so maaf kepada blogger tersebut. just say the truth. 

okaylah korunk, cx just bagi opinion cuz ada satu blog ni, cx sangat suka baca dan sentiasa update latest entry dia but once ada orang lain yang update blog dia. cx stop to blogwalking dekat blog dia. okaylah, sorry ya blogger berkenaan. 

LUAHAN MAK TEMAH:
kadang-kala rasa diri DITIPU hidup-hidup dengan kata-kata yang semanis-manis ciptaan oleh sipemilik mulut untuk berbicara. hurm. *kecewa

semoga kekejaman itu tidak berbalik kepadamu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

SUSHI + suka makan = OTAK BERULAT

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum bt

sekian lama tak update blog disebabkan kesibukan yang melampau. so hari ini terasa free even terpaksa curi masa untuk memberi ruang kepada diri sendiri. sakit kepala bila tak cukup rehat. tapi takpe, tanggungjawab dan amanah dekat dunia ni, kita perlu laksanakan dengan baik. InsyaAllah.

kali ni cx nak cerita something, tadi sedang cx blog-jogging.. secara tiba-tiba cx tertarik untuk baca sesuatu yang menyebabkan cx dengan pantasnya click link blog beliau. bila bukaq.. Ya Allah!!!! seram wooo. otak berulat gara-gara SUSHI? huh. cx tak tahu kebenaran cerita ni tapi ianya sangat menakutkan. kenapa? sebab cx suka makan sushi. 



okay. sangat geli rite? cx tengok pon dah pening kepala. so dinasihatkan agar tidak teliti sangat nak tengok ya. hehehe. okay, cerita dia camni, menurut sumber, Shota Fujiwara yang berusia 80 tahun berasal dari Jepun  selalu mengalami sakit kepala yang luar biasa selama tiga tahun, dan apabila dia pergi jumpa doktor .. setelah x-ray dibuat, doktor mendapati bahawa terdapat sarang ulat didalam otaknya. Allahuakbar!.. seram. 

nak tahu sebabnya? ha.. klik ke SUMBER

jagalah pemakanan kita
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, October 20, 2011

Ilmu Pengasih Din Kudung - hembusan asap rokok

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

morning peeps. tiba-tiba hari ni rajin nak baca berita. onlinelah tapi kan. heheheh. so apa yang cx dapat tahu adalah kes 'beli isteri orang' . sanggup bayar mahkamah dengan harga yang berjuta. apalah nak jadi dengan dunia ni kan. aish.. 

ehsan google
hembusan asap rokok ni umpama pukau yang pernah menjadi bualan satu ketika lalu.  Namun kini ianya menjadi semakin bercambah-cambah jenayahnya.  kes ni terjadi di Johor Bahru bila si pemukau yang digelar Din Kudung telah menghembuskan asap rokok bagi memukau mangsa.  din kudung telah menipu lebih 100,00 ringgit bagi setiap mangsa.  

Pesan Mak Temah:
so kawan-kawan, sila berhati-hati. even member sendiri pon yang secara tiba-tiba hembus asap rokok di muka, silalah berjaga-jaga. 


musuh dalam selimut
"lahirkanlah kekhlasan dihatimu"

Wednesday, October 19, 2011

#10 wordless wednesday : roti

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt


Quote:
Gardenia Sambal 'IBLIS' kini telah iblis pasarkan di pasar raya. Amboi, Iblis mula berbisnes ya. ;p

Mak Temah:
gelak guling-guling *tiru shin chan

by:

jangan salah tafsir ye. saja suka-suka
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

#9 wordless wednesday : Islam

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt


Allahuakbar
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, October 18, 2011

cx dapat cupcakes from pahitmasamanis :)

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

hye korunk. cx sangat happy sebab kenalan blog menjadi kenalan reality yang best. huhu. cx dapat cupcakes daripada syazwani 'atiqah :). suka suka suka! *eksaited melampau. korunk mesti jeles kan? hahaha. special tau cupcakes ni.. sebab.. 

Syazwani 'Atiqah

1. wani buat cupcakes ni sendiri
2. bagi 3 cupcakes yang comel dan sedap
3. siap ada tulis nama cx lagi tau. *dedicate ler tu. huhu
4. dapat daripada wani by hand lagi. *so, beliau dah kenal cx. kih3.


so korunk. siapa kata blog ni sekadar luahan perasaan dan kawan tak kenal rupa? cewah. blog ni sangat bagus dalam merapatkan silaturrahim sesama kita tau :) so, mari berblogging. lah. tetibe. huhu. btw, again .. THANK YOU SYAZWANI 'ATIQAH! :) really appreciate it. :)

kenalan alam maya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

bayi sujud dalam rahim ibu

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

hye semua. tadi cx on fB. then, member cx tag untuk satu video ni. bila cx tengok. Allahuakbar! rasa nak mengalir air mata ni. bukan sebab sedih, bukan sebab yang negatif tetapi secara tiba-tiba satu perasaan menyelinap masuk menusuk kalbu bila tengok sendiri Kuasa Allah s.w.t .. korunk tengoklah sendiri video yang terang jelas dan nyata akan berkuasanya Allah swt. Allahuakbar!


merupakan salah satu petua untuk mendapatkan anak yang soleh dan solehah.. iaitu membaca atau memperdengarkan atau mengamalkan bacaan ayat-ayat Al-Quran.. 
“Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

Besarnya KuasaMu Ya Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

kelar anak sendiri di asrama

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Subhanallah. cx tengok tv3 tadi untuk rancangan wanita hari ini dan ada  selingan kisah seorang ibu yang baru melahirkan anak telah mengelar anaknya tanpa sebarang perasaan. Allahuakbar! mengucap panjang bila dengar kisah ni. 

sekadar hiasan
perkara ni terjadi di sebuah asrama yang mana ibu muda ini baru berusia 16 tahun. disebabkan kekasih hatinya tidak dapat menerima keadaannya yang mengandung dan mempunyai anak, ibu muda ini nekad untuk mengelar leher anaknya. Allahuakbar! 

cx tak tau nak cakap camne, semoga ibu bayi tersebut diampunkan Allah akan dosanya. InsyaAllah. kita pon tak bolehlah nak salahkan ibu muda ni sahaja sebab kalau kita berada ditempatnya pon, mungkin kita akan melakukan perkara yang sama. lebih-lebih lagi terpaksa menghadap masalah besar sebegini seorang diri. Allahuakbar! Ampunilah Hamba-hambaMu di muka bumi ini Ya Allah. Amin. 

pesan Mak Temah:
janganlah dihina manusia yang khilaf itu kerna ketika ini adalah masa dan waktu dirinya diuji oleh Allah. kita yang sempurna seketika ini belum tentu tiada calar dikemudian hari. renungkanlah.

Anak anugerah Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, October 16, 2011

Hikmah Terjaga ditengah Malam

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt


Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam, 
ia sebenarnya satu anugerah daripada Allah s.w.t. 
Allah s.w.t. kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. 
Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, 
paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) 
walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. 
Kemudian tidurlah.

by

Terima Kasih Ya Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, October 14, 2011

Senjata elak wanita dirogol

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

sejak dari dulu lagi kita tak habis-habis kisah rogol merogol ni. ntah apa yang diorunk ni fikir pon cx tak faham. just imagine perempuan yang menjadi mangsa rogol korunk tu adalah adik perempuan atau emak korunk. apa perasaan korunk? aisshhh. tak tahulah nak cakap camne. susah!

gambaran sahaja
jika dulu senjata yang disuggest adalah membawa peralatan tajam, kemudian bawa penyembur cili.  dan sekarang makin maju apabila senjata ni adalah sejenis button yang boleh link terus kepada lima pihak termasuk polis. senjata ni akan terus menghantar mesej kepada 5 pihak tersebut. dikatakan juga ianya relate terus kepada twitter dan fB. baguslah kalau camtu kan. tapi senjata ni ada dekat New Delhi jerk sebab kes dekat New Delhi sangat tinggi. 

diharap pihak Malaysia akan mengambil inisiatif untuk mendapatkan senjata yang sangat bagus ni.  dalam masa yang sama kita dapat mengurangkan jumlah mangsa rogol. untuk lelaki pun boleh guna bagi keselamatan diorunk sendiri. yelah kan, zaman sekarang ni kan banyak sangat penyangak tak bertauliah. so, be careful. 


Ingatlah Allah sebelum melakukan sesuatu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Seruan Kubur Kepada Manusia

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

kali ni cx nak share lagi. macam-macam yang cx baca thru facebook. so, dengan rasa bertanggungjawabnya, cx nak share dengan kalian. yelah kan, even zaman sekarang ni zaman fB .. tapi tak semua orang yang ada blog itu ada fB. kan? :) so, i share with you .


Setiap hari kubur menyeru manusia sebanyak 5 kali:

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan "بسم الله" sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
"لا إلاه إلا الله محمد رسول الله", supaya kamu dapat jawab soalan mereka.


Amal Ilmu Perbuatan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, October 13, 2011

5 waktu seksaan Allah

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

before this cx dah share tentang AZAB ALLAH kan. so sekarang waktu-waktu azab yang telah Allah tetapkan untuk kita. maka, beringatlah sesama kita. InsyaAllah. 


6 seksa di dunia
1) Allah mengurangkan berkat umurnya
2) Allah memanyahkan rezekinya
3) Allah hilangkan tanda/cahaya soleh dari wajahnya
4) Tidak akan mendapat tempat dalam islam
5) Tidak mendapat pahala atas amal kebajikannya di dunia
6) Allah tidak akan menerima doanya

3 seksa hadapi maut
1) Mati dalam keadaan amat dahaga
2) Mati dalam keadaan lapar
3) Mati dalam keadaaan hina

3 seksa di dalam kubur
1) Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempit kubur
2) Allah akan menggelapkan kuburnya dengan segelap-gelap kubur
3) Allah akan seksa hingga hari kiamat

3 seksa dipadang mahsyar
1) Pada hari kiamat akan dibelengu oleh malaikat
2) Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan ehsan
3) Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa orang yang meninggalkan sembahyang

4) Allah akan memasukkan mereka yang meninggalkan sembahyang kedalam neraka dengan azab seksaan yang pedih lagi keras

Dosa meninggalkan solat subuh
Akan dimasukkan kedalam neraka selama 30 tahun akhirat bersamaan 60000 tahun dunia

Dosa meninggalkan solat zohor
Sekali meninggalkannya,dosanya seperti membunuh 1000 umat islam

Dosa meninggalkan solat asar
Sekali meninggalkannya,seperti meruntuhkan Baitullah (kaabah di Masjidil Haram)

Dosa meninggalkan solat maghrib
Sekali meninggalkannya seperti berzina dengan ibu sendiri

Dosa meninggalkan solat isyak
Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal dibumi dan berbumbungkan langit serta Allah tidak reda makan dan minuman yang ada dibumi dan langit.


Ampunilah kami Ya Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Azab Allah - ular

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.


Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
“Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya,

“Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”
Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

sumber :
sharing atas sharing

Insaflah wahai manusia
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, October 12, 2011

#8 wordless wednesday : Allahuakbar

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt


seru dalam hati
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Pesan Rasulullah s.a.w sebelum tidur

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

just nak share sesuatu. sumber from HERE

Rasulullah s.a.w berpesan pd Aisyah r.h yang bermaksud, 
"Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu : 


1. sebelum khatam al-Qur'an 
2. sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhirat 
3. sebelum para Muslimin meredhai kamu dan 
4. sebelum kau laksanakan haji dan umrah. 

Bertanya Aisyah, 
"Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasulullah tersenyum dan bersabda maksudnya, 
"Jika engkau tidur bacalah: 

1. al- Ikhlas tiga kali seolah-olah kau mengkhatamkan al-Qur'an. 
2. Bacalah selawat untukku dan para Nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. 
3. Beristighfarlah untuk para Muslimin, maka mereka akan meredhai kamu. 
4. Dan banyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir (subhanaullah,walhamdulill
ah,walaillahailaullah, Allahuakbar), maka seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

sayangnya Nabi s.a.w kepada kita
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, October 11, 2011

DUNIA JUNKO is newbie but ohsem!

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

hye semua. :) cx seperti biasa, bw even kerja sekolah tengah berlambak tidak dihiraukan. huhu.. update blog jerk kerja budak ni tau. so, time cx bw, then my roomate cakap.. cuba tengok ni!! geli gila.. rasa nak muntah tengok.. ggggrrr~ then cx pon cakaplah, apa jer? then i ask her the website.. 

klik here to flying without wings
then, cx pon pergi ke website yang dikatakan. apa yang cx boleh cakap? fuhh!! terbaik.. memang ohsem. sebab apa? sebab blogger ni baru start blogging pada 9 September 2011 and first entry beliau adalah tidur mampu menurunkan berat badan .. banyak sharing yang tak semua blogger sanggup share.  blogger ni boleh share gambar yang mengerikan eh bila tengok. kalau cx,  memang tak lah nak share dekat sini. cx tengok sendiri pon dah rasa loya.. gggrrr~ 

antaranya adalah : 

bukan itu sahaja lah yang ada. macam-macam entry blogger ni tulis tapi yang penting, semuanya best. thumbs up! :) blog macam ni lah yang kita nak baca. :) good job! nak terjah? ayuh klik pada banner or just klik HERE .. * tapi tak tahulah kan if blogger ni macam faruq.com yang close their account and begin a new chapter. :) cx tak pasti. 

penuhi duniawi kita dengan ilmu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

ALERT! Ayat Al-quran tiruan!

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

macam-macam agenda  yang mereka cuba lakukan untuk menghina agama kita. mereka cuba memurtadkan Muslimin dan Muslimat dengan bekerja keras. kita tak mampu untuk menghalangkan mereka tapi apa yang mampu untuk kita lakukan adalah ALERT dan BERHATI-HATI. cuba tengok gambar dibawah. 


sila lihat penjelasan daripada gambar di atas. cx print screen terus supaya tiada yang tertinggal. 



berhati-hatilah wahai saudara seISLAMku
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Halo Moon dan Kalimah Allah

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

seperti biasa, topik yang hangat untuk hari semalam dan hari ini.  so apa yang cx nak share lagi pasal halo moon ni adalah kalimah Allah yang terdapat pada bulan. nak tengok? ayuh cx share. 


apa yang bermain difikiran korunk sekarang ni? :) Allahuakbar! :)

akan tercipta sesuatu apabila Allah mahukannya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, October 10, 2011

Facebook is a SEX?

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

hye korunk. semalam kecoh pasal Halo Moon dan bencana disebalik Halo Moon ... macam-macam cerita yang cx dengar bila masing-masing dok bercerita pengalaman sendiri. tapi cx kali ni taknak cerita pasal tu, cx nak cerita pasal facebook. korunk ada fB kan? tipu ler tuh kalau kata tidak. meh sini kasi 'piat' telinga sikit. 

bila kita buka jer facebook, kita akan nampak dia tulis "FACEBOOK HELPS YOU CONNECT AND SHARE WITH THE PEOPLE IN YOUR LIFE" and korunk akan nampak ada connection antara kepala-kepala orang yang kononnya kita dihubungkan tak kira tempat. kan? tapi, cuba korunk tengok gambar kat bawah ni. 


so, camne? any comment? :) sumber? klik SINI

mereka bijak mengaburkan mata si pengguna
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

bencana disebalik HALO MOON?

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

hye semua. tadi seluruh bumi digemparkan dengan kejadian Halo Moon namun secara tiba-tiba, cx terbaca satu blog yang menyatakan Halo Moon merupakan petanda kepada beberapa bencana alam. sangat menakutkan. Ya Allah, adakah ianya benar? Allahuakbar!


*from sources
- hadirnya bulan berlingkaran (ada aura di keliling bulan)
- pada esok siangnya, akan berlaku mendung yang panjang (sehingga melebihi 1 hari penuh)
- pada keesokan siangnya, pasti berlaku kematian yang banyak (di Nusantara)
- semenanjung tanah Melayu terutamanya di Perak, Penang , Kedah (ketiga2 negeri ini bakal menghadapi tanah jerlus “di sesetengah daerah terpencil”)
- air terjun akan mengalir dengan deras…!!!
- kerang pasti timbul di pantai2 peranginan selepas beberapa hari atau minggu
- kehadiran binatang2 asing seperti dugong, makhluk2 aneh laut (yang lain dari lain)

cx tak berani nak cakap perkara ni betul atau tidak tapi sebagai umat Islam yang percaya akan kuasa Allah. kita perlu untuk sentiasa beringat. if korunk nak tahu apa yang cx baca .. korunk boleh klik SINI.

Allahuakbar!
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, October 9, 2011

Halo Moon - 10.10.2011 *00:00am

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

hye semua. Subhanallah. pertama kali cx dapat tengok bulan secantik ini. puas cx cari bayang-bayang bulan tadi yang tersembunyi di atas bangunan tempat cx tinggal ni. penat tawaf mencari bulan apabila ramai rakan-rakan yang menyapa tentang kecantikan bulan pada malam ini.. a few hour .. i can see it. so exciting! Allahuakbar~

sumber : wakaka entertainment
pembentukan lingkaran bulan disekeliling bulan adalah dipanggil 'lingkaran Halo' .. Halo Moon pernah terjadi pada 28 Mac 2010 dan sekali lagi berlaku pada hari ini 10.10.2011 .. Subhanallah.  terjadinya Halo Moon adalah disebabkan pembiasan cahaya yang dirembes oleh titisan air hujan yang turun.  Kebiasaannya terjadinya pelangi diwaktu siang.  samalah fenomena ini yang menyebabkan Halo Moon terbentuk. 

Tagged :

Indahnya Ciptaan Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

hidang air kopi maknanya disuruh balik?

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

cx nak cerita, kalau kita dekat Malaysia ni, orang kalau datang, kita hidangkan air terlebih dahulu kan? sebagai tanda kita menghargai kedatangan mereka and maybe boleh cakap, sebagai pembuka bicara. kemudiannya baru kita hidangkan food sebagai santapan. yelah kan, orang datang takkan bagi air jerk. itulah adat kita dekat Malaysia ni tak kiralah kita bangsa apa pun. mesti kita akan menghormati tetamu kita.


dan selalunya jika santapan dah selesai, kita akan buat lagi air teh atau air kopi atau air apa-apa pon untuk kita berborak pula kan. biasalah bila tetamu datang, takkan nak berborak kosong jerk. kita akan rasa segan kalau nothing untuk dihidangkan. at least ada juga air teh dan biskut cap ping pong tuh. hehehe

sebaliknya jika kita berada di Arab, jika kita bertandang kerumah mereka, mereka akan hidangkan kita dengan makanan yang sangat banyak untuk dimakan. mereka akan suruh kita makan even kita kata tidak  mengapa di mulut tetapi dihati riang kegembiraan sebab dapat makan. then korunk, apabila anda menziarahi rakan, bila korunk dah duduk berborak tak ingat dunia. then tiba-tiba diorunk buat air kopi untuk bagi pada korunk.  silalah angkat kaki dan punggung untuk beredar ya. :)

adat kita berbeza. kalau di Malaysia, bila air kopi dihidang, means tuan rumah nak berborak lama dengan kita tapi bila di Arab, itu maknanya petanda tuan rumah suruh korunk berambus beredar tanpa perlu kata apa-apa. so, faham-faham jelah ya. huhu. 

belajarlah dan ketahuilah budaya orang lain
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"