Wednesday, November 30, 2011

#15 wordless wednesday : miss you

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
 اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


sometimes it's better if we don't know each other
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

#14 wordless wednesday : otak letih

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


berehatlah untuk recharge semula minda
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, November 29, 2011

Kurniaan Allah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


love them a lot
“Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”.

(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

fB's quote:

sucikanlah hati
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Fox Rain

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


I still don’t understand love. So I can’t get any closer
But why does my foolish heart keep pounding?
I’m haunted by you again and again
I just can’t get away. This hopeless love
Hurts my heart so much. Going from day to night
You’re all I think about

Being so pitiful and silly. What should I do?
The heart follows love. What am I going to do?
This hopeless love. Hurts my heart so much
Going from day to night. You’re all I think about

Being so pitiful and silly. What should I do?
The day when my pain fades away
Will that day ever come?. Being so pitiful and silly
What can I do after all?. The moonlight is so beautiful
I just can’t get away. Let me lie down by your side for a moment
A moment, just a moment

MAK TEMAH's heart say :
this song just make me sad of remembering you that already run away to leave me alone. *you hurts my heart so much.

wish you were here
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, November 28, 2011

RGP Lens

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
 اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

RGP Lens adalah nama pendek bagi rigid gas permeable contact lenses.  jika korunk baca entry cx yang sebelum ni berkaitan KERATOCONUS .. RGP Lens adalah penyelesaian bagi penyakit tersebut.  pesakit diwajibkan memakai RGP Lens untuk membantu penglihatan mereka walaupun RGP Lens ini mempunyai pros and  cons tersendiri. 

 

RGP Lens tidak seperti lens biasa yang mana lens biasa lembut dan mudah patah.  RGP Lens diperbuat dengan bahan yang dapat menjadikannya keras dan tahan lasak.   size RGP Lens juga berbeza dengan lens biasa.  saiznya yang lebih kecil menyebabkan pengguna perlu lebih berhati-hati dalam penjagaannya. 

antara kelebihan RGP Lens, ianya tahan lama dimana tidak perlu ditukar seperti lens biasa yang mana cukup 6 bulan, perlu ditukar.  RGP Lens boleh digunakan secara kekal selama 2-3 tahun.  hal ini kerana RGP Lens sangat istimewa dibuat untuk pesakit keratoconus.  Harga RGP Lens juga berbeza dan agak mahal tetapi masih berbaloi kerana tempoh penggunaanya yang lama.  Harga bagi sebelah RGP Lens adalah RM400+ .. 

cegah lebih baik daripada merawat
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, November 27, 2011

Keratoconus

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Keratoconus merupakan sejenis penyakit mata yang jarang berlaku.  penyakit ini kebiasaannya berlaku kepada mereka yang rabun dan memakai cermin mata.  dipanggil sebagai keratoconus adalah kerana diambil namanya daripada keadaan mata kita sendiri.  jika dilihat, kornea mata kita adalah berbentuk cembung tetapi apabila keratoconus terjadi, kornea mata kita akan berbentuk 'con' .


Antara tanda-tanda keratoconus berlaku:

1. power silau mata meningkat dan terus meningkat dalam jangka masa yang pendek.
2. sering tukar cermin mata
3. mata berair ketika melihat cahaya lampu atau cahaya matahari
4. penglihatan kabur jika tenungan melebihi 10-15 minit walaupun memakai cermin mata.

sayangilah mata anda
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, November 21, 2011

Cara Perbaharui Iman

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Diriwayatkan dari abu Huarairah r.a bahawa Rasulullah sallahua'layhiwasallam bersabda...

" Perbaharuilah iman kalian!"

Beliau di tanya,"ya Rasulullah,bagaimana kami memperbaharui iman kami?"

Beliau bersabda,perbanyakkan membaca

.لآاله الاالله

-[Hr. Ahmad dan Thabarani,dan isnad Ahmad adalah hasan-at targhib 2/415]-

sumber : Rien As-Syuhadah

Perbaharuilah Iman
"laihirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, November 20, 2011

Nilai Seorang Wanita

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Al Khawarizmi, ahli Matematik Islam pernah ditanya tentang wanita yang terbaik..
Beliau menjawab :

Jika wanita solehah & beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang "1" itu tiada..
Maka, tiada apa yang tersisa padanya kecuali sekelompok "0".

sumber : Azim Fashan

kekalkanlah nilai harga dirimu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Ragam Cinta Manusia

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


♥ Kalau bercinta , jangan berkepit macam belangkas , hantar surat berbelas-belas , SMS berbalas-balas , masa dating sebelah tandas , berpeluk-peluk dalam bas , asyik menjeling dalam kelas , minum air perghh.... kongsi segelas ♥

♥ Bila ada konflik , haa mula la nak frust , nak tunai solat pun malas , tak dapat tumpu study dalam kelas , waktu result nak keluar tahu pulak cemas ,
takut exam tak pass... , tup tup awek sendiri kena kebas , kesian...melepas ♥

♥ So , jadilah couple yang ada class , berdating ikut lunas , bergaul ada batas , jaga maruah dengan tegas , syariah dijaga dengan jelas , tutur kata sentiasa beralas , kalaulah cinta yang dihulur ikhlas , janganlah bimbang , cintamu pasti berbalas ♥

sumber : Azim Fashan

Bercintalah Kerana Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, November 17, 2011

Jangan Pertikai Jumlah Hantaran Isteri

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

cx tadi ada terbaca satu entry sahabat blogger tentang hantaran kahwin buat si isteri. si lelaki terpaksa bertungkus lumus mencari punca duit untuk dibuat hantaran, ditambah lagi dengan jumlah kenduri, sewa pelamin, jurugambar dan sebagainya. tapi korunk pernah terfikir tak jika hantaran diletak 15k sekalipun :

1. belum tentu jumlah hantaran itu dapat membayar penat lelah isteri menjaga si suami dan anak-anaknya.
2. belum tentu jumlah hantaran itu dapat membayar nyawa si isteri yang bertarung untuk melahirkan zuriatnya.


*apa? itu tanggungjawab isteri untuk menjaga segalanya? ingatlah wahai kaum adam, dalam Islam, sepatutnya si suami perlu sediakan orang gaji buat isteri dan bukan menghambakan isteri. berapa peratus lelaki di dunia ni yang sama-sama menjaga segala keperluan kehidupan keluarga? fikirlah.

celoteh MAK TEMAH:
si perempuan pula, janganlah menggila letak hantaran sampai 15k kalau si lelaki ada DEGREE tapi kau setakat SPM. mengalahkan student PHD pulak kan. bukan aku nak pertikai tapi fikir logik sikit dan consider condition pihak lelaki.

Amalkanlah Ajaran Islam
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, November 16, 2011

Doa Mendapat Teman yang Baik

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Maksudnya:

Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh.

Sentiasalah Tadah Tangan Memohon KepadaNya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Doa Hindar Dikhianati/ Hasad Dengki

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Maksudnya:
Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan.


Amalkanlah Suruhan Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Kepercayaan Traditional Terhadap Ladybugs

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps. :) kali ni cx nak share tentang kepercayaan masyarakat terhadap ladybugs. :) bukan kepercayaan masyarakat kita tetapi masyarakat luar. menarik pon ada sebab kepercayaan masing-masing berbeza. kita sebagai umat Islam, jangan taksub ya. ambil sekadar ilmu pengetahuan :)


Croatia, Eropah
jika terdapat ladybugs yang terbang ke kebun mereka, dipercayai akan adanya pasangan yang berkahwin di kawasan tersebut

Canada dan USA
percaya bahawa ianya membawa tuah

Swedes/Sweden
jika ladybugs terbang di tangan seorang gadis, makanya gadis tersebut akan berkahwin tidak lama lagi

German
ladybugs membawa tuah buat mereka, jika bintik bugs tersebut kurang daripada 7. makanya tuaian orang yang menjumpainya akan subur

Austria
melambangkan cuaca yang baik

Iran
akan mendapat berita yang baik-baik


Saling Menghormati Kepercayaan Orang Lain
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, November 15, 2011

Rawatan Penyakit Kejiwaan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

AMALKANLAH


1. Membaca al-Quran setiap hari.
2. Berdoa pada satu per tiga akhir malam dengan merayu agar ALLAH menenangkan jiwa.
3. Istiqamah membaca zikir khususnya zikir pagi dan petang.
4. Menjauhi maksiat.
5. Membanyakkan istighfar.
6. Memperbanyakkan membaca doa menjauhi kesedihan dan tekanan perasaan, iaitu:

Laailaha illallahul 'aziimul haliim laailaha illallahu rabbul 'arsyil 'aziim laailaha illalahu rabbus samaawaati wa rabbul ardhi wa rabbul 'arsyil kariim.

"Tiada tuhan selain ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Lemah Lembut. Tiada selain ALLAH. TUHAN 'arasy yang Agong. Tiada tuhan selain ALLAH. TUHAN langit dan bumi dan TUHAN 'arasy yang Pemurah."


Ku Bersujud KepadaMu Ya Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Doa Pengikat Kasih

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Banyak rumahtangga runtuh kerana hilang kasih sayang di tengah jalan walaupun pada awalnya dibina atas cinta yang suci. Pelik dan ajaib kerana setelah sekian lama berkasih sayang, tiba-tiba hilang perasaan kasih sayang terhadap pasangan masing-masing. Timbul rasa menyampah dan benci yang amat sangat. Jika terkena sihir berubatlah. Jika bukan disebabkan sihir mungkin faktor luaran. Berusahalah memperbaiki perhubungan itu serta berdoa dan bertawakal kepadaNya.

Amalkan ayat dari surah-surah ini, insyaAllah. Semuga Allah perkenankan doa hambaNya.

DOA PENGIKAT KASIH (1)


Maksudnya: 
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu.” Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

DOA PENGIKAT KASIH (2)


Maksudnya:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

MAK TEMAH's advice:
korunk yang belum berkahwin, tak payah menggatal nak ikat-ikat kasih sayang ya. amalkanlah demi kebaikan. jika diamalkan untuk niat yang salah, jawablah di akhirat kelak. :) 


Tingginya Kasih Sayang Allah buat HambaNya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

HARAM Ringtone Ayat Al-Quran.

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

cx taknak tulis apa-apa. sila baca untuk mendapatkan kefahaman yang maximum. terima kasih :)



Islam agama yang Indah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, November 14, 2011

Antara Sebab Kenapa Wanita Lebih Elok Bertudung

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps. :) as usual autopost again. cx tak ada masa untuk update. lebih-lebih lagi cx sekarang sibuk dengan test and assignment. so, cx ambil alternatif untuk autopost sahaja. entry ini tiada unsur-unsur 'hati hitam' ya. hanya sekadar perkongsian sesama kita :) 

TUNTUTAN AGAMA
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak ! menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.


MENGURANGKAN DOSA
Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?

LEBIH PINTAR DAN TENANG
Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

LEBIH DIHORMATI
Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi.

Hargailah Pemberian Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Mutiara Ilmu

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



MUTIARA ILMU WA AMAL:
✔ Ruginya orang handsome tak solat, Nabi Yusof yang handsome pun solat.
✔ Ruginya orang cantik tak solat, Saidatina Aisyah yang cantik pun solat.
✔ Ruginya orang kaya tak solat, Nabi Sulaiman yang kaya pun solat.
✔ Ruginya orang miskin tak solat, Nabi Muhammad yang miskin pun solat.
✔ Ruginya budak-budak tak solat, Hasan dan Husin budak pun solat.


ruginya manusia yang belum ada kesedaran
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Cara Menegur Orang yang Melakukan Kesilapan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Tak Faham, Terangkan.
(Bukan Ketawakan)

Tak Betul, Nasihatkan.
(Bukan Diumpatkan)

Tak Tahu, Tunjukkan.
(Bukan Dimarahkan)

Tak Jelas, Jelaskan. 
(Bukan Dirumitkan)

Tak Mampu, Usahakan.
(Bukan Dimanjakan)

Tak Percaya ??? 
Renung-renungkan....! :)

contoh:
kalau nak tegur orang yang buat silap atau yang jahil jangan tegur sekali gus, nanti dia fed-up... contohnya, kalau kesilapan membaca al-Fatihah, betulkan 1 atau 2 ayat dahulu dan kesalahan selebihnya di masa yang lain~


Sebarkanlah Ilmu Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, November 13, 2011

Manfaat Solat : Salam

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Pergerakan:
Memutar kepala ke kanan dan ke kiri secara maksima.

Manfaat:
Kelonggaran otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala. Pergerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga ketegangan kulit wajah.

Jadi selepas ini, jom kita sempurnakan solat kita jika sebelum ini kita sering melakukan gerakan solat dengan tergesa-gesa. Selain dari untuk mendapatkan khusyuk dalam solat,Insya Allah kita juga akan mendapatkan kesihatan & menambah kecerdasan

Amalkanlah apa yang telah Allah perintahkan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Manfaat Solat : Sujud

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Meletakkan kedua tangan, lutut, ujung kaki dan dahi pada lantai.

Manfaat:
Aliran darah dipam ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah yang banyak oksigen boleh mengalir secara maksima ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang. Oleh itu,semasa bersujud,jangan tergesa-gesa supaya darah mencukupi kapasitinya di otak. Gerakan ini juga menghindarkan gangguan buasir. Khas kepada wanita, rukuk dan sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.

Telah Allah Persiapkan Segalanya Tanpa Kita Sedari
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Saturday, November 12, 2011

Manfaat Solat : Duduk

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Duduk ada dua , iaitu iftirasy (tahiyyat awal) dan tawarruk (tahiyyat akhir). Perbezaan terletak pada posisi tapak kaki.

Manfaat:
Semasa tahiyat awal, kita bertumpu pada pangkal paha yang berhubung dengan syaraf nervus Ischiadius. Posisi ini menghindarkan sakit pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya tidak mampu berjalan. Duduk tawarruk sangat baik kepada lelaki kerana tumit menekan aliran pundi air kencing (urethra), kelenjar kelamin lelaki(prostat) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan. dengan betul, Posisi ini mencegah mati pucuk. Variasi posisi telapak kaki pada iftirasy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot kaki turut meregang dan kemudian relaks kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga kelenturan dan kekuatan organ-organ gerak kita.

Manfaat Solat : Iktidal

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah, mengangkat kedua tangan setinggi telinga.

Manfaat:
Iktidal adalah variasi setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerak berdiri bongkok berdiri sujud merupakan latihan pencernaan yang baik. Organ-organ pencernaan di dalam perut mengalami kesempitan dan pelonggaran secara bergilir. Kesannya, pencernaan menjadi lebih lancar.

Allah Maha Mengetahui
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, November 11, 2011

Manfaat Solat : Rukuk

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Rukuk yang sempurna ialah tulang belakang yang lurus sehingga bila diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tidak akan tumpah. Posisi kepala lurus dengan tulang belakang.

Manfaat:
Gerakan ini menjaga kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat syaraf. Posisi jantung selari dengan otak, maka aliran darah maksima pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi meregangkan otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan untuk mencegah gangguan prostat.

Allah Maha Bijaksana
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"