Sunday, January 29, 2012

Petanda Anda Bersedia untuk Berkahwin

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Rela Berkongsi
Rela berkongsi bermaksud anda bukan hanya sanggup dan telah bersedia untuk berkongsi kasih, sayang dan cinta diantara anda berdua tetapi, ia jauh meliputi lebih banyak aspek dalam kehidupan seharian anda. 


Boleh Berfikir Secara Terbuka
Boleh berbincang dengan baik dan tenang sesama anda berdua ketika sesuatu perselisihan berlaku.


Sanggup Bertolak Ansur
Anda berdua boleh bertolak ansur jika sesuatu pilihan atau keputusan kritikal perlu dibuat.


Bersedia Menerima Sifat Dan Tabiat Pasangan
Memang kita perlu akur, ketika bercintan-cintun dulu, semuanya indah-indah dan baik-baik belaka.  Setelah berkahwin nanti, sifat-sifat atau tabiat-tabiat yang selama ini tersembunyi dan tidak ditunjukkan secara terus ketika bercinta dulu, harus anda terimanya dengan hati yang terbuka. Memang tiada sesiapa pun yang sempurna di dunia ini. Pasangan anda pasti mempunyai kekurangannya yang tersendiri.


akan datangnya adam kepada hawa
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

2 comments:

sekamar rindu said...

salam...

nak membina mahligai perkahwinan bukannya mudah juga..byk kena fikir..

keri ikhwan said...

lepas exam terus aktif blog... hehe
bagus2.. semua entri yg best