Sunday, February 5, 2012

Kenapa Lambat Bertemu Jodoh?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



1. Usaha Anda Belum Sempurna - Usaha sudah dibuat tetapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Ada orang sudah mandi bunga sampai 99 kali tetapi masih tidak bertemu jodoh. Kenapa? Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tetapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Oleh itu, cuba dan cuba lagi.

2. Diri Anda Belum Benar-Benar Bersedia - Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Adakah anda benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah sudah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, dan kematangan.

3. Doa Anda Tidak Makbul - Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah s.w.t. telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan.” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

4. Restu Ibu Bapa Belum Sempurna - Jodoh tidak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak sempurna. Emak bapak masih rasa tidak berapa sedap untuk lepaskan anaknya. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tetapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang rumit.

Akan datangya hari untukmu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

3 comments:

hana said...

setuju..
pe yg penting usaha dan doa..
=D

Mr. Z dan Mis N said...

jodoh itu terletak padaNya namun kita hendaklah berusaha utk mencari jodoh yang terbaik..

jom singgah sini
Nilailah Sesuatu Itu Dari Dalamannya bukan Luarannya

Rokiah Wandah said...

lepas dah usaha kna la berdoa kan . dah berdoa kna pasrah je dgn ketentuan hehe :) nice sharingg