Friday, February 10, 2012

Kuasa Wanita

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


DOA
doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang perempuan lebih kuat. Hadis Rasulullah saw : "doa ibu itu lebih cepat makbut". orang bertanya: "kenapa ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "ibu lebih penyayang dari bapa dan doa daripada orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


TAQWA
"kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada diluar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

"sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan (kecuali Nabi Adam a.s) yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara daripada kecil hingga dewasa"

KEJELITAAN
hal ini diketahui oleh semua orang. kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki sehingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar.  sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah dimana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

LAYANAN
kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi daripada perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

cx:
kumengharapkan yang terbaik dariMu Ya Allah. 

kirimkan aku Adam yang melindungi
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

2 comments:

Syazwan Che Deraman said...

istimewanya perempuan dalam islam.


lamanya tak singgah sini.

NOVA said...

wwaahhh!! betul betull.. kata2 di atas tu betul laa... memang betul apa yg awak tulis.. :)