Sunday, March 11, 2012

Peristiwa Penting Rabiulakhir

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

bulan Rabiul Akhir ini bermaksud bulan di mana berakhirnya musim bunga bagi tanaman.  mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiul Akhir, pokok buah-buahan mula luruh dan seterusnya reput.  maka nama bulan ini diambil sempena musim luruh tanaman mereka.  antara peristiwa penting dalam bulan ini adalah :

1. peperangan di Najran pada tahun ketiga Hijrah

2. pengusiran Yahudi Bani an-Nadhir dari Madinah pada tahun keempat Hijrah.  Rasulullah s.a.w pergi ke perkampugnan mereka untuk meminta bantuan bagi menebus kematian dua orang dari kabilah Bani 'amir yang telah dibunuh oleh 'Amr bin Umaiyah Ad Dhumariy

3. peperangan al Ghabah atau Zi Qarad di bawah pimpinan nabi s.a.w bagi memburu 'Uyainah bin Hisn dan 40 orang pembantunya yang telah menyerang dan merampas binatang ternakan penduduk pinggir kota Madinah.

hayatilah peristiwa penting bulan Islam kita
"lahirkanlah keihlasan dihatimu"

No comments: