Thursday, April 26, 2012

hentilahkanlah airmatamu

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Suatu hari, seorang anak muda yang sedang putus cinta menangis buaian satu sudut sebuah taman permainan. Tiba-tiba datanglah seorang Pakcik tua lalu bertanya kepadanya, 

“Kenapa kamu menangis wahai anak muda?.. hentikanlah air matamu. ”

Anak muda itu menjawab, “ Aku sangat sedih , kerana dia meninggalkan aku. ”

Lalu Pakcik tua itu tertawa sambil berkata, “Wahai anak muda... kamu bodoh sekali! ”


Pemuda itu tersentak lalu bertanya kepadanya, Kenapa berkata begitu.? Aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan bagiku, tidak mengapa andai Pakcik tidak mahu memujukku , tetapi jangan sesekali mentertawakan aku. ”

“ Bodoh!.. sebenarnya kamu tak perlu bersedih, kerana yang harus bersedih adalah dia,” kata Pakcik tua itu.
Pemuda itu hairan lalu bertanya lagi, “Kenapa dia yang perlu bersedih, bukankah dia yang meninggalkan aku? ”

“ Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu, tapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya,” jawab Pakcik tua lantas menepuk bahu anak muda itu dan terus berlalu pergi.


hargailah cinta yang hadir
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

3 comments:

Shiema Sufian said...

waaaaaaaaaa, bagusnya ayat dia :D

[sutera kasih] said...

betul2..setuju ckp pkcik tuuu

Blossom Heart said...

sejuk hati bca ni.. :)