sifat isteri solehah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

kita pasti berimpian untuk menjadi isteri yang solehah bukan? :) entry kali ni, cx share sifat-sifat isteri solehah beserta dengan syaratnya jika ingin menjadi isteri yang solehah. moga kita bersama-sama tergolong dalam golongan yang menjadi isteri solehah :) Amin.


Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya (suami).

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia (suami) mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya (suami) , kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya (suami) dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:
> l Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
> l Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
> l Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

moga kami tergolong dalamnya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Post a Comment

0 Comments