Saturday, June 16, 2012

surat untukmu : terima kasih ABAH.

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

16 Jun 2012

Abah,

aku tidak tahu mengapa kebelakangan ini, aku amat merindui abah. ketika pemergiannya, aku kuatkan hati untuk menerima ketentuan Ilahi. namun kini sebulan telah berlalu. dan aku mula merasakan kehilangan abah. amat memberi kesan kepadaku.  kehidupan semakin hari semakin membuka mataku betapa besarnya pengorbanan seorang bapa. terima kasih abah. tidak pernah aku terlintas untuk mengkaji pengorbanan seorang bapa ketika hayatnya ada. namun kini.. baru ku sedar dan baru ku tahu betapa besar pengorbananmu abah. setiap hari, Allah tunjukkan kepadaku setiap satu pengorbananmu selama ini. maafkan anakmu abah.

Anakmu.

hargailah bapamu tika hayatnya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

4 comments:

ary_lee said...

sayang ayah^^

An Najwa said...

sabar byk2 k..

izzah said...

sentiasa sedekahkan al-fatihah tiap kali teringatkan dia yek...

maszull said...

assalamualaikum cxs...betul tu hargailah mereka ketika mereka masih ada ..:)