Sunday, July 29, 2012

Azan + Sahur = Batal Puasa

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye kawan-kawan :) entry ini merupakan entry autopublish. :) sama seperti entry-entry sebelum ini yang bertarikhkan ramadhan :) orite, semalam selepas sahur, cx terdengar orang mengaji dekat surau.. sayup-sayup je tapi jelas dan amat menenangkan hati. kemudian, cx tergerak hati nak dengar radio IKIM.fm .

setiap pagi sabtu, ada siaran soal jawab bersama Ustaz Fadzli Al-Yamani tentang kemusykilan dalam bulan Ramadhan. terdapat banyak soalan yang membuatkan cx teruja untuk kekal mendengar siaran IKIM.fm pagi itu. apa yang cx dapat adalah ilmu yang sangat berguna. cuma cx nak kongsi satu perkara ini sahaja.

mungkin ada antara kita yang sudah tahu dan mungkin tidak. baiklah.. setahu cx jika kita bersahur, setelah masuk waktu imsak iaitu waktu kecederaan, kita tidak lagi boleh makan tetapi ada yang menyatakan selagi belum azan, kita still boleh makan.


apa yang cx nak share adalah, selama ini cx tahu bahawa jika azan sedang berkumandang, kita masih lagi boleh makan dan minum, seumpamanya waktu darurat kita terlewat bangun sahur, nak alas perut even niat dah baca lebih awal. namun kawan-kawan, pengetahuan cx selama ini adalah salah.  selepas cx dengar soal jawab Ustaz Fadzli, beliau menyatakan bahawa, jika telah masuk waktu dan azan berkumandang, jika kita minum atau makan, maka batal puasa kita. Allahuakhbar! time cx dengar tu, cx rasa sangat kerdil kerna tidak mengetahui kebenaran.

seumpamanya Ustaz Fadzli menyatakan jika kita solat selepas makan dan kita berkumur ketika berwuduk, ketika kita solat dan ada sisa makanan didalam mulut yang mana apabila kita menelannya, maka batal solat kita  . begitulah ya kawan-kawan :) okaylah, selamat menunaikan puasa!

bersama kita menuntut ilmu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

1 comment:

maszull said...

assalamualaikum cx...jgn lewat2kan sahur yer kalau x sedar tu nak buat mcm mana kan...:)