Saturday, July 21, 2012

IBUBAPA - PERNIKAHAN = MAKSIAT?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


hye semua. apa yang cx nak cakap dekat entry ni adalah merujuk kepada perkara diatas ya. :) status berkenaan adalah dari segi positif dan masuk akalnya telah diakui oleh orang alim ulama. tetapi disalahtafsirkan oleh anak-anak muda zaman sekarang. bukan cx nak cakap apa.. yang re-update status ni adalah anak-anak remaja sekolah yang tak habis belajar lagi. apakah significant status diatas sebenar-benarnya? mari kita kaji bersama :

1. PERKAHWINAN DIPAYAHKAN kerna adik-adik masih lagi dibangku sekolah. yuran sekolah pun mak ayah tanggung lagi. inikan dah nak fikir kahwin?

2. BERLELUASA MASALAH ZINA ya betul jika dipayahkan kahwin, masalah zina pula timbul tapi dik.. masalah itu tidak akan ada jika kita pandai jaga diri dan maruah kita.

3. PERKAHWINAN DIPAYAHKAN kerna tak cukup lagi ilmu agama dalam diri kita dik. banyak lagi yang perlu dipelajari. kita belum matang dengan cabaran kehidupan sebenar.

4. BERLELUASA MASALAH ZINA ibubapa kita dah didik kita, so jangan tuding jari jika berlaku masalah zina. bukan salah sesiapa tetapi tanya kepada diri sendiri, anda ada jawapannya.

pucuk pangkalnya adalah DIRI KITA SENDIRI .. bukan salah IBU BAPA yang mendidik .. bukan salah RAKAN SEBAYA disekeliling kita .. bukan salah KEADAAN tetapi DIRI KITA SENDIRI .. bukan salah SESIAPA tetapi tanya IMAN didalam hati.  bukan ibubapa TIDAK MEMBERI tetapi kalian amat DISAYANGI.

nukilan:
berfikir dari segi positif, insyaAllah anda akan nampak baik buruknya sesuatu itu. jangan fikir dari sudut positif keseronokan duniawi semata-mata. tepuk dada, tanya IMAN. InsyaAllah.

p/s:
entry ini bukan berunsurkan berat sebelah atau tidak puas hati kepada mana-mana pihak tetapi entry ini adalah pendapat dari seorang insan yang tidak lepas daripada kesilapan. 

bersamalah menasihati
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

2 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

remaja sekarang fikir kahwin kerana nafsu.. diorang tak fikir tanggungjawab yang bakal diorang pikul.. huhu

maszull said...

assalamualaikum cx...semoga kita diberikan akal fikiran yg baik utk berfikir sesuatu perkara tu....:)